Malaysia legislation

Section 31

of *AKTA ORANG KURANG UPAYA 2008

Seksyen 31

(2)

Orang kurang upaya hendaklah mempunyai hak untuk menikmati akses—

(a)

kepada bahan kebudayaan dalam format boleh akses;

(b)

kepada program televisyen, filem, teater dan aktiviti kebudayaan lain, dalam format boleh akses; dan

(c)

ke tempat persembahan kebudayaan atau perkhidmatan seperti teater, muzium, panggung wayang, perkhidmatan perpustakaan dan pelancongan dan, seboleh mungkin, ke monumen dan tapak yang mempunyai kepentingan kebudayaan kebangsaan.

(3)

Majlis hendaklah mengambil langkah yang sesuai untuk membolehkan orang kurang upaya mendapat peluang untuk membangunkan dan menggunakan potensi kreatif, artistik dan intelek mereka, bukan hanya untuk kepentingan mereka sendiri, tetapi juga untuk memperkaya masyarakat.

(4)

Orang kurang upaya adalah berhak atas asas kesetaraan dengan orang upaya untuk mendapatkan pengiktirafan dan sokongan terhadap identiti khusus kebudayaan dan linguistik mereka, termasuk

Bahasa Isyarat Malaysia dan budaya orang pekak.

Akses kepada rekreasi, santai dan sukan