Malaysia legislation

Section 33

of *AKTA ORANG KURANG UPAYA 2008

Seksyen 33

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), Majlis, penyedia perkhidmatan jagaan kesihatan swasta dan pertubuhan bukan kerajaan hendaklah menganjurkan, mengukuhkan dan memperluas perkhidmatan dan program habilitasi dan rehabilitasi yang komprehensif, terutamanya dalam bidang kesihatan, pekerjaan, pendidikan dan perkhidmatan

Orang Kurang Upaya 29

sosial mengikut sedemikian cara yang perkhidmatan dan program ini bermula pada peringkat seawal mungkin dan berdasarkan penilaian pelbagai bidang mengenai keperluan dan kekuatan individu.

(3)

Majlis, penyedia perkhidmatan jagaan kesihatan swasta dan pertubuhan bukan kerajaan hendaklah menggalakkan pengadaan, pengetahuan dan penggunaan alat bantu dan teknologi yang direka bagi orang kurang upaya sebagaimana yang ia berhubungan dengan habilitasi dan rehabilitasi.

(4)

Majlis, sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan hendaklah mengambil langkah yang sesuai untuk menggalakkan dan mengukuhkan program rehabilitasi berasaskan komuniti untuk menyediakan intervensi awal, rehabilitasi dan latihan bagi orang kurang upaya dalam komuniti mereka sendiri melalui penyertaan aktif komuniti.

Perkhidmatan di rumah, kediaman dan sokongan komuniti lain