Malaysia legislation
Section 37
Seksyen 37
(2)
Bagi maksud subseksyen (1), institusi swasta—
(a)
yang berdaftar di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 [Akta 506], hendaklah dalam masa enam bulan dari permulaan kuat kuasa Akta ini mengemukakan kepada Majlis bilangan personel itu dalam penggajiannya; atau
Orang Kurang Upaya 31
(b)
yang memohon untuk didaftarkan di bawah Akta Pusat
Jagaan 1993 hendaklah pada dan selepas permulaan kuat kuasa Akta ini mengemukakan kepada Majlis, sebelum memulakan operasi, bilangan personel itu dalam penggajiannya.
(3)
Walau apa pun subseksyen (1), Menteri boleh mengecualikan mana-mana sektor swasta atau pertubuhan bukan kerajaan yang menyediakan jagaan institusi bagi orang kurang upaya, sebagaimana yang disifatkannya patut dan perlu, daripada mengambil khidmat personel kesihatan dalam institusi dan sebaliknya boleh membenarkan lawatan berkala personel kesihatan itu ke institusi swasta itu.