Malaysia legislation

Section 3

of *AKTA ORANG KURANG UPAYA 2008

Seksyen 3

(2)

Majlis hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:

(a)

Menteri yang hendaklah menjadi Pengerusi;

(b)

Ketua Setiausaha Kementerian yang bertanggungjawab bagi kebajikan masyarakat, yang hendaklah menjadi

Timbalan Pengerusi;

Orang Kurang Upaya 11

(c)

Peguam Negara Malaysia, atau wakilnya;

(d)

Ketua Setiausaha Kementerian yang bertanggungjawab bagi kewangan;

(e)

Ketua Setiausaha Kementerian yang bertanggungjawab bagi pengangkutan;

(f)

Ketua Setiausaha Kementerian yang bertanggungjawab bagi sumber manusia;

(g)

Ketua Pengarah Pendidikan;

(h)

Ketua Pengarah Kesihatan;

(i)

Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan;

(j)

tidak lebih daripada sepuluh orang yang mempunyai pengalaman, pengetahuan dan kepakaran yang sesuai dalam permasalahan dan isu yang berhubungan dengan orang kurang upaya yang hendaklah dilantik oleh Menteri.

(3)

Anggota Majlis yang dilantik di bawah subseksyen (2)

boleh dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh

Menteri.

(4)

Seseorang anggota Majlis yang dilantik di bawah perenggan (2)(j), melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan jawatan atau mengosongkan jawatannya atau pelantikannya terlebih dahulu dibatalkan hendaklah memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi dua tahun dan adalah layak untuk dilantik semula selama tempoh tidak melebihi dua penggal berturut-turut.

Anggota silih ganti