Malaysia legislation
Section 43
Seksyen 43
Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan
(2)
Tanpa menjejaskan keluasan kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1), Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut:
(a)
untuk mengawal selia pengurusan institusi yang ditubuhkan bagi orang kurang upaya;
(b)
untuk mengawal selia pengurusan institusi yang ditubuhkan bagi orang dengan ketidakupayaan teruk;
(c)
untuk memproses dan mengawal selia pendaftaran orang kurang upaya dan apa-apa perkara yang berhubungan atau bersampingan dengannya;
Undang-Undang Malaysia 34
Akta 685
(d)
untuk menetapkan apa-apa perkara lain yang dikehendaki atau dibenarkan untuk ditetapkan di bawah Akta ini; dan
(e)
untuk mengadakan peruntukan bagi apa-apa perkara lain yang disifatkan suai manfaat atau perlu oleh Menteri bagi maksud Akta ini.
Perkara yang dilakukan dalam menjangkakan Akta ini diperbuat