Malaysia legislation

Section 5

of *AKTA ORANG KURANG UPAYA 2008

Seksyen 5

Akta 685

(a)

jika kelakuannya, sama ada yang berkaitan dengan kewajipannya sebagai anggota Majlis atau selainnya, telah memburukkan nama Majlis;

(b)

jika telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan—

(i)

kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;

(ii)

kesalahan di bawah undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau

(iii)

apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan;

(c)

jika dia menjadi bankrap; atau

(d)

jika dia menjadi tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menunaikan kewajipannya.

Keterhentian keanggotaan