Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
(2)
Sebelas orang anggota hendaklah membentuk kuorum mesyuarat Majlis.
(3)
Pengerusi hendaklah mempengerusikan kesemua mesyuaratnya.
(4)
Jika Pengerusi tidak berupaya atas apa-apa sebab untuk mempengerusikan mana-mana mesyuarat Majlis, mesyuarat hendaklah dipengerusikan oleh Timbalan Pengerusi.
(5)
Majlis boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat atau pertimbangtelitian Majlis bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan, tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat itu.
(6)
Pada mana-mana mesyuarat Majlis, Pengerusi hendaklah mempunyai undi biasa dan hendaklah, sekiranya terdapat persamaan undi, mempunyai undi pemutus.
(7)
Mana-mana orang yang diundang di bawah subseksyen (5)
boleh dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh
Menteri.
(8)
Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, Majlis boleh membuat peraturan-peraturan bagi mengawal selia mesyuarat dan prosidingnya.
Undang-Undang Malaysia 14
Akta 685
Setiausaha Majlis