Malaysia legislation
Section 14
Seksyen 14
(a)
pemegang lesen tidak mematuhi mana-mana peruntukan
Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
(b)
pemegang lesen tidak mematuhi apa-apa terma atau syarat lesen;
(c)
pemegang lesen telah mendapatkan lesen itu secara tidak wajar atau dengan menyalahi undang-undang; atau
(d)
telah berlaku apa-apa perbuatan atau peninggalan oleh pemegang lesen atau telah wujud suatu perubahan dalam hal keadaan sehingga menyebabkan pemegang lesen itu tidak lagi berhak untuk diberi lesen di bawah Akta ini.
Makanan Haiwan 17
(2)
Sebelum Lembaga membuat keputusan di bawah subseksyen (1),
Lembaga hendaklah memberi pemegang lesen itu—
(a)
suatu notis bertulis mengenai niat untuk menggantung atau membatalkan lesen itu; dan
(b)
suatu peluang untuk membuat representasi bertulis dalam suatu tempoh yang dinyatakan dalam notis bertulis itu yang hendaklah tidak kurang daripada empat belas hari dari tarikh notis itu.
(3)
Lembaga hendaklah, selepas menimbangkan representasi yang dibuat oleh pemegang lesen di bawah subseksyen (2), jika ada, memutuskan sama ada untuk menggantung lesen itu bagi apa-apa tempoh atau untuk membatalkan lesen itu.
(4)
Lembaga hendaklah memberi pemegang lesen suatu notis bertulis mengenai keputusannya di bawah subseksyen (3) secepat yang dapat dilaksanakan.
(5)
Jika suatu lesen digantung di bawah subseksyen (3),
Lembaga boleh menghendaki pemegang lesen untuk meremedikan kemungkiran atau pelanggaran itu dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis yang dikeluarkan di bawah subseksyen (4) dan jika difikirkan perlu oleh Lembaga, ia boleh mengenakan terma dan syarat tambahan ke atas lesen itu.
(6)
Jika Lembaga berpuas hati bahawa pemegang lesen tidak meremedikan kemungkiran atau pelanggaran itu dalam tempoh yang dinyatakan atau pemegang lesen telah melanggar terma dan syarat tambahan di bawah subseksyen (5), atau kemungkiran atau pelanggaran itu berterusan selepas lesen itu digantung di bawah subseksyen (3), Lembaga hendaklah membatalkan lesen itu.
(7)
Pemegang lesen yang lesennya—
(a)
digantung atau dibatalkan tidak berhak kepada apa-apa pampasan bagi apa-apa kerugian yang dialaminya kerana penggantungan atau pembatalan lesen di bawah Akta ini;
dan
(b)
dibatalkan tidak berhak kepada apa-apa bayaran balik fi yang ditetapkan yang dibayar di bawah seksyen 10
atau 12.
Undang-Undang Malaysia 18
Akta 698
Rayuan kepada Menteri