/akn/my/act/act/2009/698

*AKTA MAKANAN HAIWAN 2009

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
2009
Sections
54
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

*AKTA MAKANAN HAIWAN 2009 is Malaysia Act, cited as Act 698 2009, currently marked in force and first recorded in 2009.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta untuk menubuhkan Lembaga Makanan Haiwan, untuk mengawal selia kualiti makanan haiwan dengan mengawal pengimportan, pembuatan, penjualan dan penggunaan makanan haiwan dan bahan tambahan makanan haiwan, untuk memastikan bahawa makanan haiwan memenuhi keperluan nutrien bagi haiwan, tidak memudaratkan haiwan dan tidak tercemar supaya haiwan dan keluaran haiwan selamat untuk dimakan oleh manusia dan selamat untuk kegunaan lain, dan bagi perkara lain yang bersampingan dengannya. [1 Januari 2010, P.U. (B) 580/2009] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Bahagian I

Bahagian I

PERMULAAN

Suggest a correction

Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa

Seksyen 1

Open as pageSuggest a correction

(2)

Akta ini terpakai hanya bagi Semenanjung Malaysia dan

Wilayah Persekutuan Labuan.

Suggest a correction

(3)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan dalam Akta ini.

Undang-Undang Malaysia 8

Akta 698

Tafsiran

Suggest a correction

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

Open as pageSuggest a correction

“antibiotik” ertinya sesuatu bahan yang dihasilkan oleh mikroorganisma atau apa-apa keluaran lain yang dihasilkan secara keseluruhannya atau sebahagiannya melalui sintesis kimia dan yang dalam kepekatan yang rendah merencatkan pertumbuhan atau membunuh mikroorganisma, dan digunakan bagi maksud merangsang pertumbuhan dan mencegah penyakit;

“bahan kimia” termasuk antioksidan, bahan awet, agen pengikat, bahan pewarna, agen perasa dan ubat bukan antibiotik;

“bahan tambahan makanan haiwan” ertinya apa-apa ramuan yang ditambah, termasuk mikroorganisma dan enzim yang biasanya tidak digunakan sebagai makanan haiwan dengan sendirinya, sama ada ia mempunyai nilai nutrien atau tidak, yang menjejaskan ciri-ciri makanan haiwan atau keluaran haiwan;

“bungkusan” ertinya apa-apa benda yang di dalamnya atau dengannya makanan haiwan atau bahan tambahan makanan haiwan dimasukkan, dibalut, ditutup atau diisi;

“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh Menteri melalui perintah atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

“haiwan” ertinya—

(b)

mana-mana haiwan akuatik dan termasuk ikan, moluska dan krustasea;

Suggest a correction

(e)

mana-mana burung dan termasuk ayam, itik, burung puyuh dan burung unta; dan

Suggest a correction

(f)

mana-mana serangga, yang dipelihara dalam kurungan atau di bawah kawalan bagi apa-apa maksud kegunaan manusia;

Makanan Haiwan 9

“hormon” ertinya sesuatu bahan kimia yang diperoleh daripada kelenjar endokrin atau melalui proses sintetik yang mempunyai kesan tertentu terhadap tisu;

“juruanalisis” ertinya seseorang yang berkelayakan yang dilantik oleh Menteri di bawah seksyen 34;

“label” ertinya apa-apa perkara bertulis, bercetak atau grafik yang menerangkan kandungan apa-apa makanan haiwan pada bungkusan atau selainnya pada makanan haiwan itu, atau yang disertakan bersama dengan makanan haiwan itu;

“Lembaga” ertinya Lembaga Makanan Haiwan yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;

“makanan haiwan” ertinya apa-apa bahan tunggal atau pelbagai sama ada diproses, separuh diproses atau mentah, yang bertujuan untuk diberi makan kepada haiwan;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pertanian dan industri asas tani;

“pegawai diberi kuasa” ertinya seorang pegawai awam yang diberi kuasa oleh Menteri di bawah seksyen 21;

“pembuatan” berhubung dengan makanan haiwan, ertinya merumuskan, menyediakan, menyebatikan, mencampurkan, membuat, membungkus, melabel atau mengolah makanan haiwan itu dengan tujuan untuk menjualnya atau untuk kegunaan sendiri tetapi tidak termasuk penyelidikan atau uji kaji bona fide yang berhubungan dengan makanan haiwan dan apa-apa tindakan yang menjadi sebahagian daripada atau yang bersampingan dengan penyelidikan atau uji kaji itu;

“pengangkut” ertinya apa-apa kenderaan, vesel, kapal, pesawat udara atau apa-apa cara pengangkutan yang lain sama ada melalui udara, laut atau darat;

“penjualan” termasuk barter atau bekalan di bawah perkiraan perladangan kontrak bersepadu.

Undang-Undang Malaysia 10

Akta 698

Suggest a correction

Bahagian II

Bahagian II

LEMBAGA MAKANAN HAIWAN

Suggest a correction

Penubuhan Lembaga Makanan Haiwan

Seksyen 3

Open as pageSuggest a correction

(a)

Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, yang hendaklah menjadi Pengerusi;

Suggest a correction

(b)

seorang pegawai kanan Kementerian Pertanian dan Industri

Asas Tani yang dilantik oleh Menteri;

Suggest a correction

(c)

seorang pegawai kanan Jabatan Pertanian yang dilantik oleh Menteri;

Suggest a correction

(d)

seorang pegawai kanan Jabatan Perikanan yang dilantik oleh Menteri;

Suggest a correction

(e)

seorang pegawai kanan Jabatan Perkhidmatan Veterinar yang dilantik oleh Menteri;

Suggest a correction

(f)

seorang pegawai kanan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia yang dilantik oleh Menteri;

Suggest a correction

(g)

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian

Kesihatan, atau wakilnya;

Suggest a correction

(h)

Pengarah Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan,

Kementerian Kesihatan, atau wakilnya;

Suggest a correction

(i)

seorang pegawai kanan Institut Penyelidikan dan Kemajuan

Pertanian Malaysia yang dilantik oleh Menteri;

Suggest a correction

(j)

Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia, atau wakilnya;

Suggest a correction

(k)

seorang pegawai kanan daripada suatu institusi pengajian tinggi yang dilantik oleh Menteri;

Suggest a correction

(l)

Ketua Pengarah Jabatan Standard, atau wakilnya;

Makanan Haiwan 11

Suggest a correction

(m)

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan

Ternak Sabah, yang hendaklah menjadi anggota ex-officio;

dan

Suggest a correction

(n)

Ketua Penolong Pengarah Veterinar, Jabatan Pertanian

Sarawak, yang hendaklah menjadi anggota ex-officio.

Suggest a correction

(2)

Menteri hendaklah melantik seorang pegawai kanan Jabatan

Perkhidmatan Veterinar untuk menjadi Setiausaha Lembaga.

Suggest a correction

(3)

Tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya, seseorang anggota Lembaga yang dilantik oleh Menteri hendaklah, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan atau mengosongkan jawatannya atau pelantikannya terlebih dahulu dibatalkan, memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun dan anggota itu layak untuk dilantik semula.

Suggest a correction

(4)

Menteri boleh, berkenaan dengan setiap anggota yang dilantik olehnya, melantik seorang anggota silih ganti untuk menghadiri, sebagai ganti anggota itu, mesyuarat Lembaga sekiranya anggota itu tidak dapat hadir atas apa-apa sebab.

Suggest a correction

(5)

Apabila menghadiri mesyuarat Lembaga, seseorang anggota silih ganti hendaklah, bagi segala maksud, disifatkan sebagai seorang anggota Lembaga.

Fungsi dan kuasa Lembaga

Suggest a correction

Seksyen 4

Open as pageSuggest a correction

(a)

untuk mentadbirkan, menguatkuasakan dan memastikan pelaksanaan yang berkesan Akta ini;

Suggest a correction

(b)

untuk menasihati Menteri dalam membuat peraturan-peraturan di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(c)

untuk mengawal selia kualiti dan keselamatan makanan haiwan dan bahan tambahan makanan haiwan;

Undang-Undang Malaysia 12

Akta 698

Suggest a correction

(d)

untuk mengawal selia industri makanan haiwan, terutamanya dalam pembuatan, pengedaran, penggunaan dan pengimportan makanan haiwan dan bahan tambahan makanan haiwan; dan

Suggest a correction

(e)

untuk melaksanakan program jaminan kualiti dan keselamatan bagi makanan haiwan.

Suggest a correction

(2)

Lembaga hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan segala perkara yang suai manfaat atau yang semunasabahnya perlu bagi atau berkaitan dengan atau bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya.

Suggest a correction

(3)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (2), Lembaga hendaklah mempunyai kuasa—

(a)

untuk menjalankan tinjauan dan siasatan berkenaan dengan industri makanan haiwan;

Suggest a correction

(b)

untuk menghendaki mana-mana orang yang berurusan dengan makanan haiwan atau bahan tambahan makanan haiwan untuk mengemukakan laporan;

Suggest a correction

(c)

untuk mengawal selia pengimportan makanan haiwan dan bahan tambahan makanan haiwan; dan

Suggest a correction

(d)

untuk mencegah apa-apa tindakan fraud berkaitan dengan pembuatan, pembekalan dan penjualan makanan haiwan dan bahan tambahan makanan haiwan.

Jawatankuasa

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 5

Open as pageSuggest a correction

Lembaga boleh menubuhkan jawatankuasa, yang terdiri daripada orang yang bukan anggota Lembaga, untuk menasihati dan membantu Lembaga dalam melaksanakan fungsinya dan menjalankan kuasanya.

Seksyen 6

Pewakilan fungsi dan kuasa Lembaga

Open as pageSuggest a correction

Lembaga boleh, tertakluk kepada apa-apa syarat dan sekatan yang boleh dikenakan olehnya, mewakilkan kepada jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen 5 atau kepada mana-mana pegawai awam, mana-mana fungsi dan kuasanya selain kuasa pewakilan ini.

Makanan Haiwan 13

Seksyen 7

Kuasa Menteri untuk memberikan arahan

Open as pageSuggest a correction

Menteri boleh, dari semasa ke semasa, memberi Lembaga arahan yang selaras dengan peruntukan Akta ini dan Lembaga hendaklah melaksanakan segala arahan itu.

Seksyen 8

Mesyuarat Lembaga

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pada mana-mana mesyuarat Lembaga, enam orang anggota hendaklah membentuk kuorum.

Suggest a correction

(3)

Pengerusi hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat

Lembaga.

Suggest a correction

(4)

Jika Pengerusi tidak hadir pada sesuatu mesyuarat Lembaga, anggota yang hadir hendaklah melantik salah seorang daripada mereka untuk mempengerusikan mesyuarat itu.

Suggest a correction

(5)

Pengerusi atau anggota lain yang mempengerusikan mesyuarat hendaklah mempunyai satu undi biasa dan hendaklah, sekiranya terdapat bilangan undi yang sama banyak, mempunyai undi pemutus.

Suggest a correction

(6)

Lembaga boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat Lembaga, tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat itu.

Suggest a correction

(7)

Tertakluk kepada seksyen ini, Lembaga boleh mengawal selia tatacaranya sendiri.

Suggest a correction

Bahagian III

Bahagian III

PELESENAN

Suggest a correction

Larangan terhadap pengimportan makanan haiwan dan bahan tambahan makanan haiwan

Seksyen 9

Open as pageSuggest a correction

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, melarang sama ada sepenuhnya atau dengan syarat, pengimportan, dari mana-mana negara atau wilayah atau mana-mana bahagian mana-mana negara atau wilayah, apa-apa makanan haiwan atau bahan tambahan makanan haiwan yang mungkin membawa penyakit atau menjejaskan kesihatan haiwan atau manusia atau kedua-duanya.

Suggest a correction

(3)

Mana-mana orang yang mengimport apa-apa makanan haiwan atau bahan tambahan makanan haiwan tanpa suatu lesen atau dengan melanggar perintah Menteri di bawah subseksyen (2)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya dan bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya.

Permohonan dan pengeluaran lesen

Suggest a correction

Seksyen 10

Akta 698

Open as pageSuggest a correction

(a)

mengikut cara yang ditentukan oleh Lembaga; dan

Suggest a correction

(b)

dengan mengemukakan bersama dengan permohonan itu apa-apa maklumat, butiran atau dokumen sebagaimana yang dikehendaki oleh Lembaga.

Suggest a correction

(2)

Jika sesuatu permohonan untuk mendapatkan lesen diluluskan, lesen itu hendaklah dikeluarkan atas nama pemohon lesen itu apabila fi yang ditetapkan dibayar dan Lembaga boleh mengenakan apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkannya perlu.

Suggest a correction

(3)

Sesuatu lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen ini hendaklah, melainkan jika digantung atau dibatalkan, sah bagi suatu tempoh yang habis tempohnya tidak lewat daripada penghujung tahun kalendar lesen itu bermula, dan hendaklah tamat apabila habis tempoh itu.

Makanan Haiwan 15

Keengganan untuk mengeluarkan lesen

Suggest a correction

Seksyen 11

Open as pageSuggest a correction

Lembaga tidak boleh mengeluarkan suatu lesen untuk mengimport makanan haiwan atau bahan tambahan makanan haiwan di bawah Akta ini—

(a)

jika negara asal yang darinya makanan haiwan atau bahan tambahan makanan haiwan itu akan diimport tidak diketahui;

Suggest a correction

(b)

jika spesifikasi makanan haiwan atau bahan tambahan makanan haiwan itu tidak diperuntukkan atau tidak mematuhi spesifikasi yang ditetapkan;

Suggest a correction

(c)

jika Lembaga mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa makanan haiwan atau bahan tambahan makanan haiwan yang akan diimport itu tercemar atau berkemungkinan membawa penyakit dan menyebabkan kesihatan haiwan atau manusia terjejas; atau

Suggest a correction

(d)

jika mana-mana lesen atau perakuan lain yang perlu bagi pengimportan sebagaimana yang dikehendaki di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain tidak diperoleh.

Pembaharuan lesen

Suggest a correction

Seksyen 12

Open as pageSuggest a correction

(a)

mengikut cara yang ditentukan oleh Lembaga; dan

Suggest a correction

(b)

dengan mengemukakan bersama dengan permohonan itu apa-apa maklumat, butiran atau dokumen sebagaimana yang dikehendaki oleh Lembaga.

Suggest a correction

(2)

Apabila sesuatu permohonan untuk memperbaharui lesen diluluskan oleh Lembaga, lesen itu hendaklah diperbaharui apabila fi yang ditetapkan dibayar, dan Lembaga boleh mengubah terma dan syarat lesen itu atau mengenakan terma dan syarat tambahan.

Undang-Undang Malaysia 16

Akta 698

Suggest a correction

(3)

Lembaga boleh enggan untuk memperbaharui sesuatu lesen jika pemegang lesen—

(a)

tidak mematuhi mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; atau

Suggest a correction

(b)

tidak mematuhi apa-apa terma atau syarat lesen.

Lesen tidak boleh dipindah milik

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 13

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau mana-mana orang yang menggunakan lesen orang lain melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Penggantungan atau pembatalan lesen

Suggest a correction

Seksyen 14

Open as pageSuggest a correction

(a)

pemegang lesen tidak mematuhi mana-mana peruntukan

Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(b)

pemegang lesen tidak mematuhi apa-apa terma atau syarat lesen;

Suggest a correction

(c)

pemegang lesen telah mendapatkan lesen itu secara tidak wajar atau dengan menyalahi undang-undang; atau

Suggest a correction

(d)

telah berlaku apa-apa perbuatan atau peninggalan oleh pemegang lesen atau telah wujud suatu perubahan dalam hal keadaan sehingga menyebabkan pemegang lesen itu tidak lagi berhak untuk diberi lesen di bawah Akta ini.

Makanan Haiwan 17

Suggest a correction

(2)

Sebelum Lembaga membuat keputusan di bawah subseksyen (1),

Lembaga hendaklah memberi pemegang lesen itu—

(a)

suatu notis bertulis mengenai niat untuk menggantung atau membatalkan lesen itu; dan

Suggest a correction

(b)

suatu peluang untuk membuat representasi bertulis dalam suatu tempoh yang dinyatakan dalam notis bertulis itu yang hendaklah tidak kurang daripada empat belas hari dari tarikh notis itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Lembaga hendaklah, selepas menimbangkan representasi yang dibuat oleh pemegang lesen di bawah subseksyen (2), jika ada, memutuskan sama ada untuk menggantung lesen itu bagi apa-apa tempoh atau untuk membatalkan lesen itu.

Suggest a correction

(4)

Lembaga hendaklah memberi pemegang lesen suatu notis bertulis mengenai keputusannya di bawah subseksyen (3) secepat yang dapat dilaksanakan.

Suggest a correction

(5)

Jika suatu lesen digantung di bawah subseksyen (3),

Lembaga boleh menghendaki pemegang lesen untuk meremedikan kemungkiran atau pelanggaran itu dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis yang dikeluarkan di bawah subseksyen (4) dan jika difikirkan perlu oleh Lembaga, ia boleh mengenakan terma dan syarat tambahan ke atas lesen itu.

Suggest a correction

(6)

Jika Lembaga berpuas hati bahawa pemegang lesen tidak meremedikan kemungkiran atau pelanggaran itu dalam tempoh yang dinyatakan atau pemegang lesen telah melanggar terma dan syarat tambahan di bawah subseksyen (5), atau kemungkiran atau pelanggaran itu berterusan selepas lesen itu digantung di bawah subseksyen (3), Lembaga hendaklah membatalkan lesen itu.

Suggest a correction

(7)

Pemegang lesen yang lesennya—

(a)

digantung atau dibatalkan tidak berhak kepada apa-apa pampasan bagi apa-apa kerugian yang dialaminya kerana penggantungan atau pembatalan lesen di bawah Akta ini;

dan

Suggest a correction

(b)

dibatalkan tidak berhak kepada apa-apa bayaran balik fi yang ditetapkan yang dibayar di bawah seksyen 10

atau 12.

Undang-Undang Malaysia 18

Akta 698

Rayuan kepada Menteri

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 15

Open as pageSuggest a correction

(2)

Menteri boleh, selepas menimbangkan rayuan itu, membuat apa-apa perintah yang difikirkannya patut dan perintah itu adalah muktamad.

Kuasa mahkamah untuk memerintahkan pembatalan lesen

Suggest a correction

Seksyen 16

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika mana-mana orang yang kepadanya suatu lesen telah dikeluarkan di bawah Akta ini disabitkan atas kesalahan kedua atau yang berikutnya di bawah Akta ini, mahkamah boleh, sebagai tambahan kepada penalti yang boleh dikenakan, mengarahkan supaya orang itu hilang kelayakan untuk memegang suatu lesen di bawah Akta ini bagi suatu tempoh tidak melebihi lima tahun sebagaimana yang ditentukan oleh mahkamah.

Suggest a correction

(3)

Mana-mana orang yang mendapatkan atau cuba untuk mendapatkan suatu lesen semasa dia hilang kelayakan di bawah subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu bulan atau kedua-duanya dan bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.

Makanan Haiwan 19

Suggest a correction

Bahagian IV

Bahagian IV

SPESIFIKASI MAKANAN HAIWAN DAN SYARAT BAGI

Suggest a correction

PENYIMPANAN, PENSTORAN, PEMBUNGKUSAN, PELABELAN

DAN PENGANGKUTAN YANG SEPATUTNYA

Pematuhan spesifikasi

Seksyen 17

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Pematuhan syarat-syarat bagi penyimpanan, penstoran, pembungkusan, pelabelan dan pengangkutan yang sepatutnya

Suggest a correction

Seksyen 18

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Undang-Undang Malaysia 20

Akta 698

Suggest a correction

Bahagian V

Bahagian V

KAWALAN PENGGUNAAN ANTIBIOTIK, HORMON DAN

Suggest a correction

BAHAN KIMIA LAIN

Cara dan takat pemasukan

Seksyen 19

Open as pageSuggest a correction

(a)

membubuh apa-apa antibiotik, hormon atau bahan kimia lain ke dalam makanan haiwan; atau

Suggest a correction

(b)

memasukkan apa-apa antibiotik, hormon atau bahan kimia lain secara langsung atau melalui bahantara ke dalam haiwan, melainkan mengikut cara yang ditetapkan dan pada takat yang ditetapkan.

Suggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya.

Suggest a correction

(3)

Walau apa pun subseksyen (1), apa-apa antibiotik, hormon atau bahan kimia lain boleh dibubuh ke dalam makanan haiwan atau dimasukkan secara langsung atau melalui bahantara ke dalam haiwan, pada takat yang lebih tinggi daripada takat yang ditetapkan jika dipreskripsikan sedemikian oleh seorang doktor veterinari secara bertulis dan hanya bagi maksud rawatan, pengawalan atau pembasmian penyakit.

Suggest a correction

(4)

Bagi maksud seksyen ini, seorang doktor veterinar ertinya seorang doktor veterinar sebagaimana yang ditakrifkan dalam

Akta Doktor Veterinar 1974 [Akta 147].

Makanan Haiwan 21

Pemilikan makanan haiwan atau bahan tambahan makanan haiwan yang mengandungi antibiotik, dsb.

Suggest a correction

Seksyen 20

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya.

Suggest a correction

Bahagian VI

Bahagian VI

Seksyen 21

Open as pageSuggest a correction

(2)

Seseorang pegawai diberi kuasa boleh menjalankan semua kuasa yang terletak hak padanya di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

Kad kuasa

Suggest a correction

Seksyen 22

Open as pageSuggest a correction

(2)

Apabila seseorang pegawai diberi kuasa menjalankan mana-mana kuasa di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, dia hendaklah apabila diminta mengemukakan kepada orang yang terhadapnya kuasa itu sedang dijalankan kad kuasa yang dikeluarkan kepadanya di bawah subseksyen (1).

Kuasa penangkapan

Suggest a correction

Seksyen 23

Akta 698

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika mana-mana orang telah ditangkap di bawah subseksyen (1), orang itu hendaklah selepas itu diperlakukan sebagaimana yang diperuntukkan oleh Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593].

Penggeledahan dan penyitaan dengan waran

Suggest a correction

Seksyen 24

Open as pageSuggest a correction

(a)

mana-mana premis telah digunakan atau akan digunakan bagi; atau

Suggest a correction

(b)

ada di dalam mana-mana premis keterangan yang perlu bagi penjalanan siasatan mengenai, pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, Majistret boleh mengeluarkan suatu waran yang memberi kuasa mana-mana pegawai diberi kuasa yang dinamakan dalam waran itu, pada bila-bila masa yang munasabah, sama ada pada waktu siang atau malam dan dengan atau tanpa bantuan, untuk memasuki premis itu dan jika perlu dengan menggunakan kekerasan.

Makanan Haiwan 23

Suggest a correction

(2)

Waran yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) boleh memberi kuasa pegawai diberi kuasa untuk—

(a)

menggeledah premis, dan menyita apa-apa makanan haiwan, bahan tambahan makanan haiwan, bekas, bungkusan, pengangkut, peralatan, buku, dokumen atau benda lain yang dengan semunasabahnya dipercayai dapat memberikan keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu;

Suggest a correction

(b)

mengambil sampel apa-apa makanan haiwan, bahan tambahan makanan haiwan atau benda lain yang dijumpai di dalam premis itu bagi maksud menentukan dengan ujian atau selainnya, sama ada kesalahan itu telah dilakukan; dan

Suggest a correction

(c)

membuat salinan atau mengambil cabutan daripada apa-apa buku, rekod, dokumen atau benda lain yang dijumpai di dalam premis itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Seseorang pegawai diberi kuasa yang memasuki mana-mana premis di bawah seksyen ini boleh membawa bersama-samanya mana-mana orang lain dan kelengkapan sebagaimana yang didapatinya perlu.

Suggest a correction

(4)

Seseorang pegawai diberi kuasa boleh, pada menjalankan kuasanya di bawah seksyen ini, jika perlu untuk berbuat demikian—

(a)

memecah buka mana-mana pintu luar atau dalam premis itu atau mana-mana pagar, kepungan, pintu pagar atau halangan lain ke premis itu, untuk masuk ke dalam premis itu;

Suggest a correction

(b)

mengalihkan dengan menggunakan kekerasan apa-apa halangan kepada kemasukan, penggeledahan, penyitaan dan pengalihan sebagaimana yang dia diberi kuasa untuk melakukannya di bawah seksyen ini; dan

Suggest a correction

(c)

menahan mana-mana orang yang dijumpai di dalam premis itu sehingga penggeledahan itu selesai.

Suggest a correction
Suggest a correction

(5)

Jika oleh sebab jenis, saiz atau amaunnya, tidaklah praktik untuk mengalihkan apa-apa makanan haiwan, bahan tambahan makanan haiwan, bekas, bungkusan, pengangkut, buku, dokumen atau benda lain yang disita di bawah seksyen ini, pegawai diberi kuasa itu hendaklah mengelak pengangkut, bekas atau premis yang di dalamnya makanan haiwan, bahan tambahan makanan haiwan, bekas, bungkusan, buku, dokumen atau benda lain itu dijumpai.

Undang-Undang Malaysia 24

Akta 698

Penggeledahan dan penyitaan tanpa waran

Suggest a correction

Seksyen 25

Open as pageSuggest a correction

Apabila seseorang pegawai diberi kuasa mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa apa-apa makanan haiwan, bahan tambahan makanan haiwan, bekas, bungkusan, pengangkut, buku, dokumen atau benda lain yang berkenaan dengannya suatu kesalahan telah dilakukan mungkin dijumpai di dalam atau pada mana-mana tempat, premis, orang atau pengangkut dan bahawa oleh sebab kelengahan dalam mendapatkan waran di bawah seksyen 24 matlamat penggeledahan mungkin terkecewa, dia boleh, tanpa waran, dengan apa-apa bantuan dan kekerasan sebagaimana yang perlu—

(a)

memasuki dan menggeledah tempat atau premis itu;

Suggest a correction

(b)

memberhentikan dan memeriksa orang atau pengangkut itu; dan

Suggest a correction

(c)

menyita apa-apa makanan haiwan, bahan tambahan makanan haiwan, bekas, bungkusan, pengangkut, buku, dokumen atau benda lain yang mungkin dijumpai dan boleh menjadi keterangan bagi kesalahan itu.

Kuasa untuk memasuki premis

Suggest a correction

Seksyen 26

Open as pageSuggest a correction

Walau apa pun seksyen 24 dan 25, seseorang pegawai diberi kuasa boleh pada bila-bila masa memasuki mana-mana premis bagi maksud—

(a)

memeriksa apa-apa makanan haiwan, bahan tambahan makanan haiwan, bekas, bungkusan, pengangkut, buku, dokumen atau benda lain sebagaimana yang difikirkannya perlu;

Suggest a correction

(b)

mengesahkan ketepatan rekod atau pernyataan atau apa-apa maklumat yang diberikan kepada pegawai diberi kuasa; atau

Suggest a correction

(c)

mengambil sampel apa-apa makanan haiwan, bahan tambahan makanan haiwan atau bahan lain yang dijumpai di dalam premis itu bagi maksud menentukan, melalui ujian atau selainnya, sama ada suatu kesalahan telah dilakukan.

Makanan Haiwan 25

Capaian kepada data berkomputer

Suggest a correction

Seksyen 27

Open as pageSuggest a correction

(2)

Bagi maksud seksyen ini, pegawai diberi kuasa hendaklah diberi kata laluan, kod penyulitan, kod penyahsulitan, perisian atau perkakasan yang perlu atau apa-apa cara lain yang dikehendaki bagi capaiannya untuk membolehkan pemahaman data berkomputer itu.

Kuasa untuk memberhentikan, menggeledah dan menyita pengangkut

Suggest a correction

Seksyen 28

Open as pageSuggest a correction

(2)

Orang yang mengawal atau menjaga pengangkut itu hendaklah, jika dikehendaki untuk berbuat demikian oleh pegawai diberi kuasa itu—

(a)

memberhentikan pengangkut itu dan membenarkan pegawai diberi kuasa itu memeriksa pengangkut itu; dan

Suggest a correction

(b)

membuka semua bahagian pengangkut itu untuk diperiksa dan mengambil segala langkah yang perlu untuk membolehkan atau memudahkan penjalanan pemeriksaan itu sebagaimana yang didapati perlu oleh pegawai diberi kuasa itu.

Undang-Undang Malaysia 26

Akta 698

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.

Senarai benda yang disita

Suggest a correction

Seksyen 29

Open as pageSuggest a correction

(2)

Senarai yang disediakan mengikut subseksyen (1) hendaklah diserahkan dengan serta-merta kepada—

(a)

penghuni premis tempat makanan haiwan, bahan tambahan makanan haiwan, bekas, bungkusan, buku, dokumen atau benda lain yang disita itu dijumpai; dan

Suggest a correction

(b)

orang yang mengawal atau menjaga pengangkut itu, jika penyitaan itu dibuat di bawah seksyen 28.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Jika penyitaan itu dibuat di dalam atau dari mana-mana premis yang tidak dihuni, pegawai diberi kuasa itu hendaklah bilamana mungkin menampalkan senarai benda yang disita itu dengan cara yang mudah dilihat di premis itu.

Suggest a correction

(4)

Jika makanan haiwan, bahan tambahan makanan haiwan, bekas, bungkusan, pengangkut, buku, dokumen atau benda lain itu disita selain di dalam atau dari mana-mana premis, pegawai diberi kuasa yang membuat penyitaan itu hendaklah memberikan suatu notis secara bertulis mengenai penyitaan itu dan alasan penyitaan itu kepada pemunya makanan haiwan, bahan tambahan makanan haiwan, bekas, bungkusan, pengangkut, buku, dokumen atau benda lain yang disita itu dengan menyerahkan suatu salinan notis itu kepada pemunya itu sendiri atau melalui pos ke tempat perniagaan atau kediamannya.

Suggest a correction

(5)

Notis di bawah subseksyen (4) tidak perlu diberikan jika penyitaan itu dibuat daripada pemunya, dalam kehadiran pemunya atau dengan pengetahuan pemunya.

Makanan Haiwan 27

Kuasa penyiasatan

Suggest a correction

Seksyen 30

Open as pageSuggest a correction

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), Kanun Tatacara Jenayah hendaklah terpakai dan seseorang pegawai diberi kuasa hendaklah mempunyai segala kuasa yang diperuntukkan di bawah Kanun

Tatacara Jenayah.

Pegawai diberi kuasa boleh meminta bantuan untuk memeriksa benda yang berkaitan dengan kesalahan

Suggest a correction

Seksyen 31

Open as pageSuggest a correction

Seseorang pegawai diberi kuasa boleh meminta bantuan mana-mana orang untuk memeriksa apa-apa makanan haiwan, bahan tambahan makanan haiwan, bekas, bungkusan, pengangkut, buku, dokumen atau benda lain yang disita atau ditahan di bawah Akta ini jika orang itu mempunyai kelayakan yang perlu untuk memeriksa makanan haiwan, bahan tambahan makanan haiwan, bekas, bungkusan, pengangkut, buku, dokumen atau benda lain itu bagi maksud sesuatu penyiasatan di bawah

Akta ini.

Seksyen 32

Kuasa untuk mengambil sampel

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tatacara bagi pengambilan dan berurusan dengan sampel hendaklah sebagaimana yang ditetapkan.

Undang-Undang Malaysia 28

Akta 698

Penetapan makmal

Suggest a correction

Seksyen 33

Open as pageSuggest a correction

Menteri boleh menetapkan makmal sebagaimana yang difikirkannya patut bagi maksud Akta ini.

Seksyen 34

Pelantikan juruanalisis

Open as pageSuggest a correction

Menteri boleh melantik mana-mana orang yang berkelayakan untuk menjadi juruanalisis bagi maksud menjalankan analisis di bawah Akta ini.

Seksyen 35

Perakuan analisis

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika Pendakwa Raya berhasrat untuk memberikan apa-apa perakuan yang disebut dalam subseksyen (1) sebagai keterangan dia hendaklah menyerahkan suatu salinan perakuan itu kepada tertuduh tidak kurang daripada sepuluh hari genap sebelum permulaan perbicaraan itu.

Pemeriksaan atau pengujian makanan haiwan atau bahan tambahan makanan haiwan yang disita

Suggest a correction

Seksyen 36

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika perlu dilakukan ujian terhadap mana-mana makanan haiwan atau bahan tambahan makanan haiwan yang disita di bawah Akta ini, adalah mencukupi untuk hanya menguji suatu sampel yang tidak melebihi lima peratus daripada jumlah atau berat makanan haiwan atau bahan tambahan makanan haiwan yang diperiksa di bawah subseksyen (1).

Suggest a correction

(3)

Mahkamah hendaklah menganggapkan bahawa makanan haiwan atau bahan tambahan makanan haiwan yang terkandung di dalam bungkusan atau bekas yang tidak dibuka adalah daripada jenis, bilangan dan mutu yang sama seperti yang dijumpai di dalam bungkusan atau bekas yang serupa yang telah dibuka.

Tiada kos atau ganti rugi yang berbangkit daripada penyitaan boleh didapatkan

Suggest a correction

Seksyen 37

Makanan Haiwan 29

Open as pageSuggest a correction

Tiada seorang pun, dalam mana-mana prosiding di hadapan mana-mana mahkamah berkenaan dengan penyitaan apa-apa makanan haiwan, bahan tambahan makanan haiwan, bekas, bungkusan, pengangkut, buku, dokumen atau benda lain yang disita pada menjalankan atau berupa sebagai menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan oleh Akta ini, berhak untuk mendapatkan kos prosiding itu atau apa-apa ganti rugi atau relief lain melainkan jika penyitaan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah.

Kuasa Lembaga untuk menghendaki maklumat mengenai makanan haiwan atau bahan tambahan makanan haiwan

Seksyen 38

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang tidak mengemukakan maklumat sebagaimana yang dikehendaki oleh Lembaga di bawah subseksyen (1)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.

Undang-Undang Malaysia 30

Akta 698

Pelepasan atau pelupusan makanan haiwan, bahan tambahan makanan haiwan, dsb.

Suggest a correction

Seksyen 39

Open as pageSuggest a correction

(a)

melepaskan bekas, bungkusan, pengangkut, buku, dokumen atau benda lain yang disita itu kepada pemunyanya atau kepada orang yang daripada milik, jagaan atau kawalannya ia disita, atau kepada mana-mana orang yang difikirkan oleh pegawai diberi kuasa berhak kepadanya, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang dikenakan oleh pegawai diberi kuasa itu, dan tertakluk dalam apa-apa jua hal, kepada pemberian jaminan yang mencukupi yang memuaskan hati pegawai diberi kuasa itu bahawa bekas, bungkusan, pengangkut, buku, dokumen atau benda lain yang disita itu akan diserahkan kepada pegawai diberi kuasa itu apabila permintaan dibuat oleh pegawai diberi kuasa itu dan bahawa terma dan syarat tersebut, jika ada, akan dipatuhi;

Suggest a correction

(b)

melepaskan makanan haiwan, bahan tambahan makanan haiwan, bekas, bungkusan, pengangkut, buku, dokumen atau benda lain itu kepada pemunyanya atau kepada orang yang daripada milik, jagaan atau kawalannya ia disita, atau kepada mana-mana orang yang difikirkan oleh pegawai diberi kuasa berhak kepadanya, dengan kebebasan diberikan kepada orang yang kepadanya ia dilepaskan sedemikian untuk melupuskannya, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang dikenakan oleh pegawai diberi kuasa itu, dan tertakluk, dalam apa-apa jua hal, kepada pemberian jaminan yang mencukupi yang memuaskan hati pegawai diberi kuasa itu dalam jumlah yang tidak kurang daripada jumlah yang pada pendapat pegawai diberi kuasa itu melambangkan—

Suggest a correction

(i)

nilai pasaran terbuka makanan haiwan, bahan tambahan makanan haiwan, bekas, bungkusan, pengangkut, buku, dokumen atau benda lain itu pada tarikh ia dilepaskan sedemikian;

Makanan Haiwan 31

(ii)

duti kastam yang kena dibayar berkenaan dengannya, jika ada; dan

Suggest a correction

(iii)

cukai yang kena dibayar berkenaan dengannya di bawah mana-mana undang-undang bertulis, jika ada, bagi bayaran jumlah yang dijamin sedemikian kepada Lembaga sekiranya mahkamah membuat perintah melucuthakkan jumlah itu di bawah Akta ini; atau

Suggest a correction
Suggest a correction

(c)

menjual atau memusnahkan, sebagaimana yang sesuai dalam hal keadaan itu, makanan haiwan, bahan tambahan makanan haiwan, bekas, bungkusan atau benda lain yang, pada pendapat pegawai diberi kuasa itu, ialah jenis yang mudah musnah atau mungkin cepat merosot mutu atau nilainya, dan jika ia dijual sedemikian, pegawai diberi kuasa itu hendaklah memegang hasil jualan itu sementara menunggu keputusan apa-apa pendakwaan atau tuntutan.

Suggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang—

(a)

apabila diminta tidak menyerahkan kepada seseorang pegawai diberi kuasa apa-apa bekas, bungkusan, pengangkut, buku, dokumen atau benda lain yang telah dilepaskan kepadanya di bawah perenggan (1)(a); atau

Suggest a correction

(b)

tidak mematuhi atau melanggar mana-mana terma atau syarat yang dikenakan di bawah perenggan (1)(a) atau (b), melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Liabiliti jenayah mana-mana orang di bawah subseksyen (2)

hendaklah sebagai tambahan kepada apa-apa liabiliti lain yang ditanggung oleh orang itu atau mana-mana orang lain di bawah terma-terma dan syarat-syarat yang berhubungan dengan pelepasan apa-apa bekas, bungkusan, pengangkut, buku, dokumen atau benda lain di bawah perenggan (1)(a) atau apa-apa makanan haiwan, bahan tambahan makanan haiwan, bekas, bungkusan, pengangkut, buku, dokumen atau benda lain di bawah perenggan (1)(b).

Undang-Undang Malaysia 32

Akta 698

Pelucuthakan atau pelepasan makanan haiwan, dsb. yang disita

Suggest a correction

Seksyen 40

Open as pageSuggest a correction

(2)

Suatu perintah bagi pelucuthakan makanan haiwan, bahan tambahan makanan haiwan, bekas, bungkusan, pengangkut, buku, dokumen atau benda lain yang disita hendaklah dibuat jika dibuktikan sehingga memuaskan hati mahkamah bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa makanan haiwan, bahan tambahan makanan haiwan, bekas, bungkusan, pengangkut, buku, dokumen atau benda lain yang disita itu merupakan hal perkara atau digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, walaupun tiada orang telah disabitkan atas kesalahan itu.

Suggest a correction

(3)

Jika tidak ada pendakwaan berkenaan dengan apa-apa makanan haiwan, bahan tambahan makanan haiwan, bekas, bungkusan, pengangkut, buku, dokumen atau benda lain yang disita di bawah Akta ini, makanan haiwan, bahan tambahan makanan haiwan, bekas, bungkusan, pengangkut, buku, dokumen atau benda lain itu hendaklah diambil dan disifatkan terlucut hak apabila habis tempoh tiga puluh hari dari tarikh penyampaian notis ke alamat yang terakhir diketahui orang yang daripadanya makanan haiwan, bahan tambahan makanan haiwan, bekas, bungkusan, pengangkut, buku, dokumen atau benda lain itu disita yang menyatakan bahawa tiada pendakwaan berkenaan dengan makanan haiwan, bahan tambahan makanan haiwan, bekas, bungkusan, pengangkut, buku, dokumen atau benda lain itu melainkan jika sebelum habis tempoh itu suatu tuntutan baginya telah dibuat mengikut cara yang dinyatakan dalam subseksyen (4), (5), (6)

dan (7).

Suggest a correction

(4)

Mana-mana orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya makanan haiwan, bahan tambahan makanan haiwan, bekas, bungkusan, pengangkut, buku, dokumen atau benda lain yang disebut dalam subseksyen (3) dan bahawa makanan haiwan, bahan tambahan makanan haiwan, bekas, bungkusan, pengangkut, buku, dokumen atau benda lain itu tidak boleh dilucuthakkan

Makanan Haiwan 33

boleh, memberi sendiri atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis notis bertulis kepada pegawai diberi kuasa yang dalam jagaannya makanan haiwan, bahan tambahan makanan haiwan, bekas, bungkusan, pengangkut, buku, dokumen atau benda lain itu dipegang bahawa dia menuntut makanan haiwan, bahan tambahan makanan haiwan, bekas, bungkusan, pengangkut, buku, dokumen atau benda lain itu.

Suggest a correction

(5)

Apabila notis yang disebut dalam subseksyen (4) diterima, pegawai diberi kuasa hendaklah merujukkan tuntutan itu kepada seorang Majistret bagi mendapatkan keputusannya.

Suggest a correction

(6)

Majistret yang kepadanya sesuatu perkara dirujukkan di bawah subseksyen (5) hendaklah mengeluarkan suatu saman yang menghendaki orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya makanan haiwan, bahan tambahan makanan haiwan, bekas, bungkusan, pengangkut, buku, dokumen atau benda lain itu dan orang yang daripadanya ia disita hadir di hadapannya, dan apabila mereka hadir atau apabila mereka tidak hadir, setelah dibuktikan bahawa saman itu telah disampaikan dengan sewajarnya, Majistret hendaklah meneruskan pemeriksaan perkara itu.

Suggest a correction

(7)

Jika dibuktikan bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa makanan haiwan, bahan tambahan makanan haiwan, bekas, bungkusan, pengangkut, buku, dokumen atau benda lain itu yang disebut dalam subseksyen (6) merupakan hal perkara bagi atau telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, maka Majistret hendaklah memerintahkan supaya makanan haiwan, bahan tambahan makanan haiwan, bekas, bungkusan, pengangkut, buku, dokumen atau benda lain itu dilucuthakkan, dan hendaklah, jika tiada bukti sedemikian, memerintahkan pelepasannya.

Suggest a correction

(8)

Apa-apa makanan haiwan, bahan tambahan makanan haiwan, bekas, bungkusan, pengangkut, buku, dokumen atau benda lain yang dilucuthakkan atau disifatkan terlucut hak hendaklah dihantarserahkan kepada pegawai diberi kuasa itu dan hendaklah dilupuskan mengikut arahan Lembaga.

Undang-Undang Malaysia 34

Akta 698

Suggest a correction

Bahagian VII

Bahagian VII

Seksyen 41

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang yang boleh dikenakan mana-mana penalti di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini bagi apa-apa perbuatan, peninggalan, keabaian atau keingkaran, jika perbuatan, peninggalan, keabaian atau keingkaran itu dilakukan olehnya sendiri boleh dikenakan penalti yang sama jika perbuatan, peninggalan, keabaian atau keingkaran itu dilakukan oleh pekongsi, ejen atau pekhidmatnya melainkan jika dia membuktikan—

(a)

bahawa perbuatan, peninggalan, keabaian atau keingkaran itu dilakukan tanpa pengetahuannya, keizinannya atau pembiarannya; dan

Suggest a correction

(b)

bahawa dia telah mengambil segala langkah berjaga-jaga yang munasabah dan telah menjalankan usaha yang wajar untuk mencegah perbuatan, peninggalan, keabaian atau keingkaran itu.

Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan

Suggest a correction

Seksyen 42

Open as pageSuggest a correction

Jika sesuatu pertubuhan perbadanan melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, maka mana-mana orang yang pada masa pelakuan kesalahan itu ialah seorang pengarah, ketua pegawai eksekutif, pengurus, setiausaha atau pegawai lain seumpamanya dalam pertubuhan perbadanan itu atau yang berupa sebagai bertindak atas mana-mana sifat sedemikian atau yang mengikut apa-apa cara atau sehingga apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan apa-apa hal ehwal pertubuhan perbadanan itu atau yang membantu dalam pengurusan sedemikian hendaklah, dan juga pertubuhan perbadanan itu, disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya, keizinannya atau pembiarannya dan bahawa dia telah mengambil segala langkah berjaga-jaga yang munasabah dan telah menjalankan usaha yang wajar untuk mengelakkan pelakuan kesalahan itu.

Makanan Haiwan 35

Seksyen 43

Tidak mematuhi perintah yang sah

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang yang tidak mematuhi apa-apa perintah bertulis yang dikeluarkan oleh Menteri atau Lembaga atau mana-mana pegawai diberi kuasa melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu bulan atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.

Seksyen 44

Maklumat dan pemberi maklumat tidak boleh didedahkan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika sesuatu buku atau dokumen yang menjadi keterangan atau yang boleh diperiksa dalam mana-mana prosiding sivil atau jenayah mengandungi apa-apa catatan yang mungkin menyebabkan dia diketahui, mahkamah hendaklah menyebabkan semua catatan itu ditutup daripada penglihatan atau dipadam hanya setakat yang perlu untuk melindungi pemberi maklumat itu daripada diketahui.

Suggest a correction

(3)

Jika dalam sesuatu perbicaraan bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta ini mahkamah, selepas siasatan penuh tentang kes itu, berpendapat bahawa pemberi maklumat itu dengan sengaja membuat dalam aduannya suatu pernyataan material yang dia tahu atau percaya adalah palsu atau tidak percaya adalah benar, atau jika dalam mana-mana prosiding lain mahkamah berpendapat bahawa keadilan tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya antara pihak-pihak dalam prosiding itu tanpa mengetahui pemberi maklumat itu, maka sah bagi mahkamah untuk menghendaki pengemukaan aduan asal, jika bertulis, dan membenarkan siasatan dan menghendaki pendedahan sepenuhnya tentang pemberi maklumat itu.

Undang-Undang Malaysia 36

Akta 698

Perlindungan terhadap prosiding undang-undang

Suggest a correction

Seksyen 45

Open as pageSuggest a correction

Tiada tindakan atau pendakwaan boleh dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap—

(a)

mana-mana anggota Lembaga, juruanalisis atau mana-mana pegawai diberi kuasa bagi atau atas sebab atau berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang diperintahkan atau yang dilakukan bagi maksud melaksanakan Akta ini; dan

Suggest a correction

(b)

mana-mana orang lain bagi atau atas sebab atau berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang dilakukan atau berupa sebagai dilakukan olehnya di bawah perintah, arahan atau suruhan Menteri, Lembaga atau mana-mana pegawai lain yang diberi kuasa dengan sewajarnya di bawah Akta ini, jika perbuatan itu dilakukan dengan suci hati dan kepercayaan munasabah bahawa perbuatan itu perlu bagi maksud yang diniatkan untuk dicapai olehnya.

Pengkompaunan kesalahan

Suggest a correction

Seksyen 46

Open as pageSuggest a correction

(2)

Suatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan ke atasnya dimulakan.

Suggest a correction

(3)

Jika jumlah yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam tempoh yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan oleh pegawai diberi kuasa, pendakwaan ke atas kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.

Makanan Haiwan 37

Suggest a correction

(4)

Jika sesuatu kesalahan telah dikompaunkan di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat dan apa-apa makanan haiwan, bahan tambahan makanan haiwan atau hasil penjualannya, atau apa-apa bekas, bungkusan, pengangkut, buku, dokumen atau benda lain yang disita berkaitan dengan kesalahan itu boleh dilepaskan atau dilucuthakkan oleh pegawai diberi kuasa menurut apa-apa terma dan syarat kompaun itu.

Memberikan atau membuat maklumat atau pernyataan palsu

Suggest a correction

Seksyen 47

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang yang memberikan maklumat atau membuat suatu pernyataan menurut kehendak Akta ini, yang palsu dalam apa-apa butir yang material, melainkan jika dia membuktikan bahawa dia tidak mengetahui dan tiada sebab untuk mengesyaki bahawa maklumat atau pernyataan itu palsu dan telah mengambil segala langkah yang munasabah untuk memastikan kebenaran maklumat atau pernyataan itu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Seksyen 48

Gangguan terhadap tanda rasmi

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang yang tanpa kuasa membuka, mengubah, memecahkan, mengalihkan atau memadamkan apa-apa tanda, ikatan atau lak yang diletakkan oleh seorang pegawai diberi kuasa menurut peruntukan Akta ini pada apa-apa makanan haiwan atau bahan tambahan makanan haiwan atau, pada apa-apa bungkusan, tempat, pintu atau bukaan yang mengandungi atau membolehkan akses kepada makanan haiwan atau bahan tambahan makanan haiwan itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Undang-Undang Malaysia 38

Akta 698

Seksyen 49

Halangan terhadap pegawai diberi kuasa dalam melaksanakan tugasnya

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang yang menghalang atau mengamang mana-mana pegawai diberi kuasa dalam melaksanakan tugasnya di bawah

Akta ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Seksyen 50

Kerahsiaan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana pegawai diberi kuasa yang dengan disedarinya melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Bidang kuasa untuk membicarakan kesalahan

Suggest a correction

Seksyen 51

Open as pageSuggest a correction

Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, Mahkamah Majistret hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan mana-mana kesalahan di bawah

Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, dan mengenakan hukuman penuh bagi mana-mana kesalahan itu.

Makanan Haiwan 39

Seksyen 52

Pendakwaan

Open as pageSuggest a correction

Tiada pendakwaan bagi kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini boleh dimulakan kecuali oleh atau dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya.

Seksyen 53

Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Khususnya, dan tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat bagi maksud yang berikut:

(a)

untuk menetapkan kelayakan, kelakuan dan tugas juruanalisis;

Suggest a correction

(b)

untuk menetapkan semua perkara yang berhubungan dengan permohonan, pembaharuan, penggantungan dan pembatalan lesen untuk mengimport makanan haiwan atau bahan tambahan makanan haiwan;

Suggest a correction

(c)

untuk menetapkan terma, syarat dan sekatan bagi lesen untuk mengimport makanan haiwan atau bahan tambahan makanan haiwan;

Suggest a correction

(d)

untuk menetapkan semua perkara yang berhubungan dengan spesifikasi dan piawaian makanan haiwan dan membuat peruntukan untuk melaksanakan spesifikasi dan piawaian itu;

Suggest a correction

(e)

untuk menetapkan semua perkara yang berhubungan dengan pengangkutan, penstoran, penyimpanan, pelabelan dan pembungkusan makanan haiwan atau bahan tambahan makanan haiwan;

Suggest a correction

(f)

untuk menetapkan semua perkara yang berhubungan dengan penggunaan bahan tambahan makanan haiwan, antibiotik, hormon atau bahan kimia lain;

Undang-Undang Malaysia 40

Akta 698

Suggest a correction

(g)

untuk mengawal selia pembuatan, penjualan, pengiklanan dan penggunaan makanan haiwan atau bahan tambahan makanan haiwan;

Suggest a correction

(h)

untuk menetapkan kaedah menganalisis makanan haiwan dan bentuk perakuan analisis;

Suggest a correction

(i)

untuk menetapkan makmal dan mengadakan peruntukan bagi fungsinya;

Suggest a correction

(j)

untuk menetapkan fi yang kena dibayar di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(k)

untuk menetapkan kesalahan yang boleh dikompaun; dan

Suggest a correction

(l)

untuk memperuntukkan apa-apa perkara lain yang dimaksudkan oleh, atau perlu bagi melaksanakan sepenuhnya, peruntukan Akta ini dan untuk pentadbiran sewajarnya.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (2)

boleh menetapkan apa-apa perbuatan yang melanggar peraturan-peraturan itu menjadi suatu kesalahan dan boleh menetapkan penalti denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan itu.

Peruntukan peralihan

Suggest a correction

Seksyen 54

Open as pageSuggest a correction

(2)

Apabila diterima suatu permohonan di bawah subseksyen (1)

Lembaga hendaklah mengeluarkan pengakuterimaan kepada orang itu.

Makanan Haiwan 41

Suggest a correction

(3)

Apabila sesuatu permohonan untuk mendapatkan lesen ditolak, Lembaga hendaklah menghantar suatu notis kepada pemohon memberitahu pemohon mengenai penolakan itu dan notis itu hendaklah juga mengarahkan pemohon untuk memberhentikan pengimportan makanan haiwan atau bahan tambahan makanan haiwan dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu.

Suggest a correction

(4)

Mana-mana orang yang disebut dalam subseksyen (1) yang terkilan dengan keputusan Lembaga untuk enggan mengeluarkan lesen untuk mengimport makanan haiwan atau bahan tambahan makanan haiwan boleh merayu kepada Menteri di bawah seksyen 15.

Suggest a correction

(5)

Mana-mana orang yang disebut dalam subseksyen (1) boleh terus mengusahakan aktiviti itu sementara menunggu penentuan permohonannya untuk mendapatkan lesen atau rayuannya kepada

Menteri.

Undang-Undang Malaysia 42

Akta 698

Akta 698

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

–TIADA–

Makanan Haiwan 43

Akta 698

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

–TIADA–

Suggest a correction

Common questions

What is FEED ACT 2009?
*AKTA MAKANAN HAIWAN 2009 is Malaysia Act, cited as Act 698 2009, currently marked in force and first recorded in 2009.
Is FEED ACT 2009 still in force?
Yes — FEED ACT 2009 is currently in force.
When did FEED ACT 2009 take effect?
FEED ACT 2009 was first recorded in 2009.
How many sections does FEED ACT 2009 have?
FEED ACT 2009 contains 54 sections.
Where can I read the official version of FEED ACT 2009?
The official text of FEED ACT 2009 is published at lom.agc.gov.my.
AKTA MAKANAN HAIWAN 2009 (No. 698) | mylaw.my