Malaysia legislation
Section 19
Seksyen 19
(a)
membubuh apa-apa antibiotik, hormon atau bahan kimia lain ke dalam makanan haiwan; atau
(b)
memasukkan apa-apa antibiotik, hormon atau bahan kimia lain secara langsung atau melalui bahantara ke dalam haiwan, melainkan mengikut cara yang ditetapkan dan pada takat yang ditetapkan.
(2)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya.
(3)
Walau apa pun subseksyen (1), apa-apa antibiotik, hormon atau bahan kimia lain boleh dibubuh ke dalam makanan haiwan atau dimasukkan secara langsung atau melalui bahantara ke dalam haiwan, pada takat yang lebih tinggi daripada takat yang ditetapkan jika dipreskripsikan sedemikian oleh seorang doktor veterinari secara bertulis dan hanya bagi maksud rawatan, pengawalan atau pembasmian penyakit.
(4)
Bagi maksud seksyen ini, seorang doktor veterinar ertinya seorang doktor veterinar sebagaimana yang ditakrifkan dalam
Akta Doktor Veterinar 1974 [Akta 147].
Makanan Haiwan 21
Pemilikan makanan haiwan atau bahan tambahan makanan haiwan yang mengandungi antibiotik, dsb.