Malaysia legislation
Section 25
Seksyen 25
Apabila seseorang pegawai diberi kuasa mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa apa-apa makanan haiwan, bahan tambahan makanan haiwan, bekas, bungkusan, pengangkut, buku, dokumen atau benda lain yang berkenaan dengannya suatu kesalahan telah dilakukan mungkin dijumpai di dalam atau pada mana-mana tempat, premis, orang atau pengangkut dan bahawa oleh sebab kelengahan dalam mendapatkan waran di bawah seksyen 24 matlamat penggeledahan mungkin terkecewa, dia boleh, tanpa waran, dengan apa-apa bantuan dan kekerasan sebagaimana yang perlu—
(a)
memasuki dan menggeledah tempat atau premis itu;
(b)
memberhentikan dan memeriksa orang atau pengangkut itu; dan
(c)
menyita apa-apa makanan haiwan, bahan tambahan makanan haiwan, bekas, bungkusan, pengangkut, buku, dokumen atau benda lain yang mungkin dijumpai dan boleh menjadi keterangan bagi kesalahan itu.
Kuasa untuk memasuki premis