Malaysia legislation

Section 26

of *AKTA MAKANAN HAIWAN 2009

Seksyen 26

Walau apa pun seksyen 24 dan 25, seseorang pegawai diberi kuasa boleh pada bila-bila masa memasuki mana-mana premis bagi maksud—

(a)

memeriksa apa-apa makanan haiwan, bahan tambahan makanan haiwan, bekas, bungkusan, pengangkut, buku, dokumen atau benda lain sebagaimana yang difikirkannya perlu;

(b)

mengesahkan ketepatan rekod atau pernyataan atau apa-apa maklumat yang diberikan kepada pegawai diberi kuasa; atau

(c)

mengambil sampel apa-apa makanan haiwan, bahan tambahan makanan haiwan atau bahan lain yang dijumpai di dalam premis itu bagi maksud menentukan, melalui ujian atau selainnya, sama ada suatu kesalahan telah dilakukan.

Makanan Haiwan 25

Capaian kepada data berkomputer

Section 26 — FEED ACT 2009 | mylaw.my