Malaysia legislation
Section 29
Seksyen 29
(2)
Senarai yang disediakan mengikut subseksyen (1) hendaklah diserahkan dengan serta-merta kepada—
(a)
penghuni premis tempat makanan haiwan, bahan tambahan makanan haiwan, bekas, bungkusan, buku, dokumen atau benda lain yang disita itu dijumpai; dan
(b)
orang yang mengawal atau menjaga pengangkut itu, jika penyitaan itu dibuat di bawah seksyen 28.
(3)
Jika penyitaan itu dibuat di dalam atau dari mana-mana premis yang tidak dihuni, pegawai diberi kuasa itu hendaklah bilamana mungkin menampalkan senarai benda yang disita itu dengan cara yang mudah dilihat di premis itu.
(4)
Jika makanan haiwan, bahan tambahan makanan haiwan, bekas, bungkusan, pengangkut, buku, dokumen atau benda lain itu disita selain di dalam atau dari mana-mana premis, pegawai diberi kuasa yang membuat penyitaan itu hendaklah memberikan suatu notis secara bertulis mengenai penyitaan itu dan alasan penyitaan itu kepada pemunya makanan haiwan, bahan tambahan makanan haiwan, bekas, bungkusan, pengangkut, buku, dokumen atau benda lain yang disita itu dengan menyerahkan suatu salinan notis itu kepada pemunya itu sendiri atau melalui pos ke tempat perniagaan atau kediamannya.
(5)
Notis di bawah subseksyen (4) tidak perlu diberikan jika penyitaan itu dibuat daripada pemunya, dalam kehadiran pemunya atau dengan pengetahuan pemunya.
Makanan Haiwan 27
Kuasa penyiasatan