Malaysia legislation
Section 31
Seksyen 31
Seseorang pegawai diberi kuasa boleh meminta bantuan mana-mana orang untuk memeriksa apa-apa makanan haiwan, bahan tambahan makanan haiwan, bekas, bungkusan, pengangkut, buku, dokumen atau benda lain yang disita atau ditahan di bawah Akta ini jika orang itu mempunyai kelayakan yang perlu untuk memeriksa makanan haiwan, bahan tambahan makanan haiwan, bekas, bungkusan, pengangkut, buku, dokumen atau benda lain itu bagi maksud sesuatu penyiasatan di bawah
Akta ini.