Malaysia legislation

Section 36

of *AKTA MAKANAN HAIWAN 2009

Seksyen 36

(2)

Jika perlu dilakukan ujian terhadap mana-mana makanan haiwan atau bahan tambahan makanan haiwan yang disita di bawah Akta ini, adalah mencukupi untuk hanya menguji suatu sampel yang tidak melebihi lima peratus daripada jumlah atau berat makanan haiwan atau bahan tambahan makanan haiwan yang diperiksa di bawah subseksyen (1).

(3)

Mahkamah hendaklah menganggapkan bahawa makanan haiwan atau bahan tambahan makanan haiwan yang terkandung di dalam bungkusan atau bekas yang tidak dibuka adalah daripada jenis, bilangan dan mutu yang sama seperti yang dijumpai di dalam bungkusan atau bekas yang serupa yang telah dibuka.

Tiada kos atau ganti rugi yang berbangkit daripada penyitaan boleh didapatkan