Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
(a)
Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, yang hendaklah menjadi Pengerusi;
(b)
seorang pegawai kanan Kementerian Pertanian dan Industri
Asas Tani yang dilantik oleh Menteri;
(c)
seorang pegawai kanan Jabatan Pertanian yang dilantik oleh Menteri;
(d)
seorang pegawai kanan Jabatan Perikanan yang dilantik oleh Menteri;
(e)
seorang pegawai kanan Jabatan Perkhidmatan Veterinar yang dilantik oleh Menteri;
(f)
seorang pegawai kanan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia yang dilantik oleh Menteri;
(g)
Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian
Kesihatan, atau wakilnya;
(h)
Pengarah Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan,
Kementerian Kesihatan, atau wakilnya;
(i)
seorang pegawai kanan Institut Penyelidikan dan Kemajuan
Pertanian Malaysia yang dilantik oleh Menteri;
(j)
Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia, atau wakilnya;
(k)
seorang pegawai kanan daripada suatu institusi pengajian tinggi yang dilantik oleh Menteri;
(l)
Ketua Pengarah Jabatan Standard, atau wakilnya;
Makanan Haiwan 11
(m)
Pengarah Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan
Ternak Sabah, yang hendaklah menjadi anggota ex-officio;
dan
(n)
Ketua Penolong Pengarah Veterinar, Jabatan Pertanian
Sarawak, yang hendaklah menjadi anggota ex-officio.
(2)
Menteri hendaklah melantik seorang pegawai kanan Jabatan
Perkhidmatan Veterinar untuk menjadi Setiausaha Lembaga.
(3)
Tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya, seseorang anggota Lembaga yang dilantik oleh Menteri hendaklah, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan atau mengosongkan jawatannya atau pelantikannya terlebih dahulu dibatalkan, memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun dan anggota itu layak untuk dilantik semula.
(4)
Menteri boleh, berkenaan dengan setiap anggota yang dilantik olehnya, melantik seorang anggota silih ganti untuk menghadiri, sebagai ganti anggota itu, mesyuarat Lembaga sekiranya anggota itu tidak dapat hadir atas apa-apa sebab.
(5)
Apabila menghadiri mesyuarat Lembaga, seseorang anggota silih ganti hendaklah, bagi segala maksud, disifatkan sebagai seorang anggota Lembaga.
Fungsi dan kuasa Lembaga