Malaysia legislation

Section 41

of *AKTA MAKANAN HAIWAN 2009

Seksyen 41

Mana-mana orang yang boleh dikenakan mana-mana penalti di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini bagi apa-apa perbuatan, peninggalan, keabaian atau keingkaran, jika perbuatan, peninggalan, keabaian atau keingkaran itu dilakukan olehnya sendiri boleh dikenakan penalti yang sama jika perbuatan, peninggalan, keabaian atau keingkaran itu dilakukan oleh pekongsi, ejen atau pekhidmatnya melainkan jika dia membuktikan—

(a)

bahawa perbuatan, peninggalan, keabaian atau keingkaran itu dilakukan tanpa pengetahuannya, keizinannya atau pembiarannya; dan

(b)

bahawa dia telah mengambil segala langkah berjaga-jaga yang munasabah dan telah menjalankan usaha yang wajar untuk mencegah perbuatan, peninggalan, keabaian atau keingkaran itu.

Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan