Malaysia legislation
Section 44
Seksyen 44
Maklumat dan pemberi maklumat tidak boleh didedahkan
(2)
Jika sesuatu buku atau dokumen yang menjadi keterangan atau yang boleh diperiksa dalam mana-mana prosiding sivil atau jenayah mengandungi apa-apa catatan yang mungkin menyebabkan dia diketahui, mahkamah hendaklah menyebabkan semua catatan itu ditutup daripada penglihatan atau dipadam hanya setakat yang perlu untuk melindungi pemberi maklumat itu daripada diketahui.
(3)
Jika dalam sesuatu perbicaraan bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta ini mahkamah, selepas siasatan penuh tentang kes itu, berpendapat bahawa pemberi maklumat itu dengan sengaja membuat dalam aduannya suatu pernyataan material yang dia tahu atau percaya adalah palsu atau tidak percaya adalah benar, atau jika dalam mana-mana prosiding lain mahkamah berpendapat bahawa keadilan tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya antara pihak-pihak dalam prosiding itu tanpa mengetahui pemberi maklumat itu, maka sah bagi mahkamah untuk menghendaki pengemukaan aduan asal, jika bertulis, dan membenarkan siasatan dan menghendaki pendedahan sepenuhnya tentang pemberi maklumat itu.
Undang-Undang Malaysia 36
Akta 698
Perlindungan terhadap prosiding undang-undang