Malaysia legislation

Section 45

of *AKTA MAKANAN HAIWAN 2009

Seksyen 45

Tiada tindakan atau pendakwaan boleh dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap—

(a)

mana-mana anggota Lembaga, juruanalisis atau mana-mana pegawai diberi kuasa bagi atau atas sebab atau berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang diperintahkan atau yang dilakukan bagi maksud melaksanakan Akta ini; dan

(b)

mana-mana orang lain bagi atau atas sebab atau berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang dilakukan atau berupa sebagai dilakukan olehnya di bawah perintah, arahan atau suruhan Menteri, Lembaga atau mana-mana pegawai lain yang diberi kuasa dengan sewajarnya di bawah Akta ini, jika perbuatan itu dilakukan dengan suci hati dan kepercayaan munasabah bahawa perbuatan itu perlu bagi maksud yang diniatkan untuk dicapai olehnya.

Pengkompaunan kesalahan