Malaysia legislation

Section 46

of *AKTA MAKANAN HAIWAN 2009

Seksyen 46

(2)

Suatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan ke atasnya dimulakan.

(3)

Jika jumlah yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam tempoh yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan oleh pegawai diberi kuasa, pendakwaan ke atas kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.

Makanan Haiwan 37

(4)

Jika sesuatu kesalahan telah dikompaunkan di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat dan apa-apa makanan haiwan, bahan tambahan makanan haiwan atau hasil penjualannya, atau apa-apa bekas, bungkusan, pengangkut, buku, dokumen atau benda lain yang disita berkaitan dengan kesalahan itu boleh dilepaskan atau dilucuthakkan oleh pegawai diberi kuasa menurut apa-apa terma dan syarat kompaun itu.

Memberikan atau membuat maklumat atau pernyataan palsu

Section 46 — FEED ACT 2009 | mylaw.my