Malaysia legislation
Section 47
Seksyen 47
Mana-mana orang yang memberikan maklumat atau membuat suatu pernyataan menurut kehendak Akta ini, yang palsu dalam apa-apa butir yang material, melainkan jika dia membuktikan bahawa dia tidak mengetahui dan tiada sebab untuk mengesyaki bahawa maklumat atau pernyataan itu palsu dan telah mengambil segala langkah yang munasabah untuk memastikan kebenaran maklumat atau pernyataan itu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.