Malaysia legislation

Section 4

of *AKTA MAKANAN HAIWAN 2009

Seksyen 4

(a)

untuk mentadbirkan, menguatkuasakan dan memastikan pelaksanaan yang berkesan Akta ini;

(b)

untuk menasihati Menteri dalam membuat peraturan-peraturan di bawah Akta ini;

(c)

untuk mengawal selia kualiti dan keselamatan makanan haiwan dan bahan tambahan makanan haiwan;

Undang-Undang Malaysia 12

Akta 698

(d)

untuk mengawal selia industri makanan haiwan, terutamanya dalam pembuatan, pengedaran, penggunaan dan pengimportan makanan haiwan dan bahan tambahan makanan haiwan; dan

(e)

untuk melaksanakan program jaminan kualiti dan keselamatan bagi makanan haiwan.

(2)

Lembaga hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan segala perkara yang suai manfaat atau yang semunasabahnya perlu bagi atau berkaitan dengan atau bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya.

(3)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (2), Lembaga hendaklah mempunyai kuasa—

(a)

untuk menjalankan tinjauan dan siasatan berkenaan dengan industri makanan haiwan;

(b)

untuk menghendaki mana-mana orang yang berurusan dengan makanan haiwan atau bahan tambahan makanan haiwan untuk mengemukakan laporan;

(c)

untuk mengawal selia pengimportan makanan haiwan dan bahan tambahan makanan haiwan; dan

(d)

untuk mencegah apa-apa tindakan fraud berkaitan dengan pembuatan, pembekalan dan penjualan makanan haiwan dan bahan tambahan makanan haiwan.

Jawatankuasa