Malaysia legislation
Section 54
Seksyen 54
(2)
Apabila diterima suatu permohonan di bawah subseksyen (1)
Lembaga hendaklah mengeluarkan pengakuterimaan kepada orang itu.
Makanan Haiwan 41
(3)
Apabila sesuatu permohonan untuk mendapatkan lesen ditolak, Lembaga hendaklah menghantar suatu notis kepada pemohon memberitahu pemohon mengenai penolakan itu dan notis itu hendaklah juga mengarahkan pemohon untuk memberhentikan pengimportan makanan haiwan atau bahan tambahan makanan haiwan dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu.
(4)
Mana-mana orang yang disebut dalam subseksyen (1) yang terkilan dengan keputusan Lembaga untuk enggan mengeluarkan lesen untuk mengimport makanan haiwan atau bahan tambahan makanan haiwan boleh merayu kepada Menteri di bawah seksyen 15.
(5)
Mana-mana orang yang disebut dalam subseksyen (1) boleh terus mengusahakan aktiviti itu sementara menunggu penentuan permohonannya untuk mendapatkan lesen atau rayuannya kepada
Menteri.
Undang-Undang Malaysia 42
Akta 698
Akta 698
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
–TIADA–
Makanan Haiwan 43
Akta 698
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
–TIADA–