Malaysia legislation

Section 8

of *AKTA MAKANAN HAIWAN 2009

Seksyen 8

Mesyuarat Lembaga

(2)

Pada mana-mana mesyuarat Lembaga, enam orang anggota hendaklah membentuk kuorum.

(3)

Pengerusi hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat

Lembaga.

(4)

Jika Pengerusi tidak hadir pada sesuatu mesyuarat Lembaga, anggota yang hadir hendaklah melantik salah seorang daripada mereka untuk mempengerusikan mesyuarat itu.

(5)

Pengerusi atau anggota lain yang mempengerusikan mesyuarat hendaklah mempunyai satu undi biasa dan hendaklah, sekiranya terdapat bilangan undi yang sama banyak, mempunyai undi pemutus.

(6)

Lembaga boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat Lembaga, tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat itu.

(7)

Tertakluk kepada seksyen ini, Lembaga boleh mengawal selia tatacaranya sendiri.