Malaysia legislation

Section 9

of *AKTA MAKANAN HAIWAN 2009

Seksyen 9

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, melarang sama ada sepenuhnya atau dengan syarat, pengimportan, dari mana-mana negara atau wilayah atau mana-mana bahagian mana-mana negara atau wilayah, apa-apa makanan haiwan atau bahan tambahan makanan haiwan yang mungkin membawa penyakit atau menjejaskan kesihatan haiwan atau manusia atau kedua-duanya.

(3)

Mana-mana orang yang mengimport apa-apa makanan haiwan atau bahan tambahan makanan haiwan tanpa suatu lesen atau dengan melanggar perintah Menteri di bawah subseksyen (2)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya dan bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya.

Permohonan dan pengeluaran lesen

Section 9 — FEED ACT 2009 | mylaw.my