Malaysia legislation

Section 2

of AKTA YAYASAN LABUAN 2010

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“artikel” ertinya artikel sesuatu yayasan Labuan yang diperuntukkan dalam seksyen 10;

“aset permulaan” ertinya harta yang diderma secara kekal oleh pengasas atau pengasas-pengasas, mengikut mana-mana yang berkenaan, pada masa penubuhan sesuatu yayasan Labuan dan yang terletak hak pada dan merupakan harta yayasan itu;

Undang-Undang Malaysia 10

Akta 706

“benefisiari” ertinya seseorang yang ditetapkan sebagai benefisiari di bawah peruntukan dokumen konstituen suatu yayasan Labuan;

“benefisiari yang tinggal” ertinya seseorang atau orang yang, mengikut dokumen konstituen suatu yayasan Labuan, adalah berhak untuk menerima apa-apa harta yang tinggal selepas pembubaran yayasan Labuan itu;

“daftar” ertinya daftar mengenai yayasan Labuan yang didaftarkan di bawah Akta ini yang disenggarakan di bawah seksyen 16;

“dokumen konstituen” ertinya piagam dan artikel, sesuatu yayasan

Labuan;

“harta” termasuklah—

(a)

tiap-tiap jenis harta, sama ada zahir atau tidak zahir, alih atau tak alih, ketara atau tidak ketara, walau bagaimanapun diperoleh; dan

(b)

dokumen atau surat cara undang-undang dalam apa-apa bentuk, termasuk elektronik atau digital, yang membuktikan hakmilik kepada atau kepentingan dalam harta yang diperihalkan dalam perenggan (a), termasuk cek bank, kiriman wang, saham, sekuriti, bon, draf bank dan surat kredit;

“harta Malaysia” ertinya apa-apa harta yang terletak di Malaysia;

“juruaudit diluluskan” ertinya seseorang yang diluluskan oleh

Lembaga sebagai seorang juruaudit diluluskan di bawah seksyen 10

Akta Syarikat Labuan 1990 [Akta 441];

“Labuan” ertinya Wilayah Persekutuan Labuan;

“Lembaga” ertinya Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Akta Lembaga Perkhidmatan

Kewangan Labuan 1996 [Akta 545];

“Mahkamah” ertinya Mahkamah Tinggi atau seseorang hakim

Mahkamah Tinggi;

“majlis” dan “anggota majlis” ertinya majlis sesuatu yayasan

Labuan yang dilantik mengikut seksyen 25 dan anggota majlis hendaklah ditafsirkan sewajarnya;

Yayasan Labuan 11

“Malaysia” ertinya wilayah di dalam Persekutuan Malaysia, perairan wilayah Malaysia dan dasar laut dan tanih bawah perairan wilayah, dan termasuklah mana-mana kawasan yang melangkaui sempadan perairan wilayah Malaysia, dan dasar laut dan tanih bawah mana-mana kawasan itu, yang telah atau akan kemudian daripada ini ditetapkan di bawah undang-undang Malaysia dan mengikut undang-undang antarabangsa sebagai kawasan yang terhadapnya Malaysia mempunyai hak kedaulatan bagi maksud mempelopori dan mengeksploitasikan sumber semula jadinya, sama ada yang berupa hidupan atau bukan hidupan;

“menderma secara kekal” ertinya memindahkan, atau berwaad untuk memindahkan, hakmilik mengenai harta, secara mutlak supaya pemindahan hakmilik harta itu dipindah hakmilik secara berkesan, dengan atau tanpa balasan, kepada sesuatu yayasan

Labuan supaya harta itu menjadi harta yayasan Labuan itu;

“Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan;

“orang” termasuklah suatu perbadanan, suatu perkongsian, kumpulan orang, yang diperbadankan atau tidak diperbadankan, dan suatu perbadanan seorang;

“orang yang menyelia” ertinya mana-mana orang atau kumpulan orang yang mempunyai kuasa seliaan terhadap sesuatu yayasan

Labuan dan dilantik di bawah piagam yayasan Labuan itu;

“piagam” ertinya piagam suatu yayasan Labuan yang diperuntukkan dalam seksyen 8;

“pegawai” ertinya pegawai yayasan Labuan yang dilantik mengikut seksyen 35;

“pegawai diberi kuasa” ertinya mana-mana pegawai yang diberi kuasa dengan sewajarnya oleh Lembaga di bawah subseksyen 3(2);

“pemastautin” ertinya mana-mana orang—

(a)

yang merupakan warganegara atau pemastautin tetap

Malaysia; atau

Undang-Undang Malaysia 12

Akta 706

(b)

yang telah menubuhkan suatu tempat perniagaan dan sedang beroperasi di Malaysia, selain sesuatu syarikat

Labuan atau syarikat Labuan asing yang diperbadankan atau didaftarkan di bawah Akta Syarikat Labuan 1990, sesuatu yayasan Labuan yang ditubuhkan di bawah Akta ini, sesuatu perkongsian yang didaftarkan di bawah Akta

Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad

Labuan 2010 [Akta 707], dan termasuklah seseorang yang diisytihar sebagai pemastautin menurut seksyen 43 *Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 [Akta 17];

“penalti pentadbiran” ertinya penalti yang dikenakan mengikut seksyen 78;

“pengasas” ertinya orang yang menurunkan tandatangannya pada piagam yang menubuhkan sesuatu yayasan Labuan yang bertindak sama ada bagi dirinya atau bagi pihak orang lain dan yang, melalui pemindahan hak milik, menderma secara kekal asset permulaan yayasan Labuan itu;

“perakuan pendaftaran” ertinya perakuan pendaftaran yang dikeluarkan di bawah seksyen 15 apabila suatu yayasan Labuan didaftarkan;

“perbadanan” ertinya mana-mana pertubuhan perbadanan, yang ditubuhkan atau diperbadankan, atau yang berada di dalam atau di luar Malaysia dan termasuklah mana-mana syarikat Labuan asing tetapi tidak termasuk—

(a)

mana-mana perbadanan seorang;

(b)

mana-mana kesatuan sekerja yang didaftarkan di bawah undang-undang bertulis sebagai suatu kesatuan sekerja;

dan

(c)

mana-mana pertubuhan yang didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubung dengan koperasi;

“setiausaha” ertinya suatu syarikat Amanah Labuan yang dilantik sebagai setiausaha mengikut seksyen 41;

*CATATAN—Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 [Akta 17] telah dimansuhkan oleh Akta Perkhidmatan

Kewangan 2013 [Akta 758] yang berkuat kuasa pada 30 Jun 2013—lihat seksyen 271 Akta 758.

Yayasan Labuan 13

“syarikat Labuan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Syarikat Labuan 1990.

Section 2 — LABUAN FOUNDATIONS ACT 2010 | mylaw.my