PERMULAAN
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
/akn/my/act/act/2010/706
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA YAYASAN LABUAN 2010 is Malaysia Act, cited as Act 706 2010, currently marked in force and first recorded in 2010.
Opening note
Bahagian I
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“artikel” ertinya artikel sesuatu yayasan Labuan yang diperuntukkan dalam seksyen 10;
“aset permulaan” ertinya harta yang diderma secara kekal oleh pengasas atau pengasas-pengasas, mengikut mana-mana yang berkenaan, pada masa penubuhan sesuatu yayasan Labuan dan yang terletak hak pada dan merupakan harta yayasan itu;
Undang-Undang Malaysia 10
Akta 706
“benefisiari” ertinya seseorang yang ditetapkan sebagai benefisiari di bawah peruntukan dokumen konstituen suatu yayasan Labuan;
“benefisiari yang tinggal” ertinya seseorang atau orang yang, mengikut dokumen konstituen suatu yayasan Labuan, adalah berhak untuk menerima apa-apa harta yang tinggal selepas pembubaran yayasan Labuan itu;
“daftar” ertinya daftar mengenai yayasan Labuan yang didaftarkan di bawah Akta ini yang disenggarakan di bawah seksyen 16;
“dokumen konstituen” ertinya piagam dan artikel, sesuatu yayasan
Labuan;
“harta” termasuklah—
tiap-tiap jenis harta, sama ada zahir atau tidak zahir, alih atau tak alih, ketara atau tidak ketara, walau bagaimanapun diperoleh; dan
dokumen atau surat cara undang-undang dalam apa-apa bentuk, termasuk elektronik atau digital, yang membuktikan hakmilik kepada atau kepentingan dalam harta yang diperihalkan dalam perenggan (a), termasuk cek bank, kiriman wang, saham, sekuriti, bon, draf bank dan surat kredit;
“harta Malaysia” ertinya apa-apa harta yang terletak di Malaysia;
“juruaudit diluluskan” ertinya seseorang yang diluluskan oleh
Lembaga sebagai seorang juruaudit diluluskan di bawah seksyen 10
Akta Syarikat Labuan 1990 [Akta 441];
“Labuan” ertinya Wilayah Persekutuan Labuan;
“Lembaga” ertinya Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Akta Lembaga Perkhidmatan
Kewangan Labuan 1996 [Akta 545];
“Mahkamah” ertinya Mahkamah Tinggi atau seseorang hakim
Mahkamah Tinggi;
“majlis” dan “anggota majlis” ertinya majlis sesuatu yayasan
Labuan yang dilantik mengikut seksyen 25 dan anggota majlis hendaklah ditafsirkan sewajarnya;
Yayasan Labuan 11
“Malaysia” ertinya wilayah di dalam Persekutuan Malaysia, perairan wilayah Malaysia dan dasar laut dan tanih bawah perairan wilayah, dan termasuklah mana-mana kawasan yang melangkaui sempadan perairan wilayah Malaysia, dan dasar laut dan tanih bawah mana-mana kawasan itu, yang telah atau akan kemudian daripada ini ditetapkan di bawah undang-undang Malaysia dan mengikut undang-undang antarabangsa sebagai kawasan yang terhadapnya Malaysia mempunyai hak kedaulatan bagi maksud mempelopori dan mengeksploitasikan sumber semula jadinya, sama ada yang berupa hidupan atau bukan hidupan;
“menderma secara kekal” ertinya memindahkan, atau berwaad untuk memindahkan, hakmilik mengenai harta, secara mutlak supaya pemindahan hakmilik harta itu dipindah hakmilik secara berkesan, dengan atau tanpa balasan, kepada sesuatu yayasan
Labuan supaya harta itu menjadi harta yayasan Labuan itu;
“Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan;
“orang” termasuklah suatu perbadanan, suatu perkongsian, kumpulan orang, yang diperbadankan atau tidak diperbadankan, dan suatu perbadanan seorang;
“orang yang menyelia” ertinya mana-mana orang atau kumpulan orang yang mempunyai kuasa seliaan terhadap sesuatu yayasan
Labuan dan dilantik di bawah piagam yayasan Labuan itu;
“piagam” ertinya piagam suatu yayasan Labuan yang diperuntukkan dalam seksyen 8;
“pegawai” ertinya pegawai yayasan Labuan yang dilantik mengikut seksyen 35;
“pegawai diberi kuasa” ertinya mana-mana pegawai yang diberi kuasa dengan sewajarnya oleh Lembaga di bawah subseksyen 3(2);
“pemastautin” ertinya mana-mana orang—
yang merupakan warganegara atau pemastautin tetap
Malaysia; atau
Undang-Undang Malaysia 12
Akta 706
yang telah menubuhkan suatu tempat perniagaan dan sedang beroperasi di Malaysia, selain sesuatu syarikat
Labuan atau syarikat Labuan asing yang diperbadankan atau didaftarkan di bawah Akta Syarikat Labuan 1990, sesuatu yayasan Labuan yang ditubuhkan di bawah Akta ini, sesuatu perkongsian yang didaftarkan di bawah Akta
Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad
Labuan 2010 [Akta 707], dan termasuklah seseorang yang diisytihar sebagai pemastautin menurut seksyen 43 *Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 [Akta 17];
“penalti pentadbiran” ertinya penalti yang dikenakan mengikut seksyen 78;
“pengasas” ertinya orang yang menurunkan tandatangannya pada piagam yang menubuhkan sesuatu yayasan Labuan yang bertindak sama ada bagi dirinya atau bagi pihak orang lain dan yang, melalui pemindahan hak milik, menderma secara kekal asset permulaan yayasan Labuan itu;
“perakuan pendaftaran” ertinya perakuan pendaftaran yang dikeluarkan di bawah seksyen 15 apabila suatu yayasan Labuan didaftarkan;
“perbadanan” ertinya mana-mana pertubuhan perbadanan, yang ditubuhkan atau diperbadankan, atau yang berada di dalam atau di luar Malaysia dan termasuklah mana-mana syarikat Labuan asing tetapi tidak termasuk—
mana-mana kesatuan sekerja yang didaftarkan di bawah undang-undang bertulis sebagai suatu kesatuan sekerja;
dan
mana-mana pertubuhan yang didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubung dengan koperasi;
“setiausaha” ertinya suatu syarikat Amanah Labuan yang dilantik sebagai setiausaha mengikut seksyen 41;
*CATATAN—Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 [Akta 17] telah dimansuhkan oleh Akta Perkhidmatan
Kewangan 2013 [Akta 758] yang berkuat kuasa pada 30 Jun 2013—lihat seksyen 271 Akta 758.
Yayasan Labuan 13
“syarikat Labuan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Syarikat Labuan 1990.
Bahagian II
Lembaga boleh memberi kuasa mana-mana anggota atau pegawainya untuk melaksanakan apa-apa fungsinya, menjalankan apa-apa kuasanya atau menunaikan apa-apa kewajipannya di bawah
Akta ini.
Tertakluk pada apa-apa had, jika ada, sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga, seorang pegawai yang diberi kuasa hendaklah menjalankan semua kuasa, menunaikan semua kewajipan dan melaksanakan semua fungsi Lembaga dan setiap kuasa yang dijalankan sedemikian, kewajipan yang ditunaikan sedemikian dan fungsi yang dilaksanakan sedemikian hendaklah disifatkan sebagai telah dijalankan, ditunaikan dan dilaksanakan dengan sewajarnya bagi maksud Akta ini.
Bahagian III
Penubuhan suatu yayasan Labuan tidak sempurna sehingga suatu sijil pendaftaran berkenaan dengan yayasan Labuan itu telah dikeluarkan di bawah Bahagian IV.
Undang-Undang Malaysia 14
Akta 706
Pengasas yayasan Labuan
Harta yayasan Labuan tidak boleh termasuk apa-apa harta
Malaysia melainkan jika kebenaran daripada Lembaga diperoleh terlebih dahulu atau yayasan Labuan itu adalah yayasan bagi tujuan kebajikan.
Benefisiari di bawah yayasan Labuan
Jika harta sesuatu yayasan Labuan termasuk harta Malaysia,
Akta Cukai Pendapatan 1967 [Akta 53] hendaklah terpakai bagi apa-apa pendapatan yang berpunca daripadanya.
Pendapatan yang berpunca daripada apa-apa harta yang bukan harta Malaysia adalah tertakluk pada Akta Cukai Aktiviti
Perniagaan Labuan 1990 [Akta 445].
Maksud dan matlamat yayasan Labuan
Walau apa pun subseksyen (1), maksud atau matlamat suatu yayasan Labuan boleh termasuk apa-apa maksud atau matlamat yang tidak menyalahi undang-undang, tidak bertentangan dengan moral atau tidak bertentangan dengan mana-mana dasar awam di
Malaysia dan apa-apa maksud atau matlamat itu boleh bersifat khairat atau bukan khairat.
Maksud atau matlamat suatu yayasan Labuan hendaklah disebut dengan nyata dalam piagamnya.
Yayasan Labuan 15
Suatu yayasan Labuan boleh, dalam penjalanan pengurusan hartanya, melakukan apa-apa perkara dan menjalankan apa-apa kuasa yang perlu bagi pentadbiran yang sepatutnya mengenai hartanya, termasuk tetapi tidak terhad kepada pembelian dan penjualan harta itu dan melibatkan diri dalam apa-apa perbuatan atau aktiviti yang tidak dilarang di bawah mana-mana undang-undang yang sedang berkuat kuasa di Malaysia, tetapi perbuatan atau aktiviti sedemikian hendaklah bersampingan atau berkaitan dengan maksud atau matlamat yayasan Labuan itu.
Piagam yayasan Labuan
Piagam sesuatu yayasan Labuan hendaklah menyatakan butiran yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.
Piagam sesuatu yayasan Labuan boleh membuat peruntukan bagi, tetapi tidak terhad kepada, perkara yang dinyatakan dalam
Jadual Kedua.
Jika piagam tidak mengandungi apa-apa peruntukan mengenai apa-apa perkara, peruntukan Akta ini berkenaan dengan perkara itu hendaklah terpakai.
Pindaan piagam
9. (1) Jika piagam sesuatu yayasan Labuan mengadakan peruntukan bagi pindaan piagam itu, piagam itu boleh dipinda mengikut tatacara yang dinyatakan dalam piagam itu atau, jika piagam tidak mengandungi apa-apa tatacara sedemikian, mengikut tatacara yang berikut:
pengasas atau pegawai hendaklah memanggil suatu mesyuarat yang terdiri daripada—
pengasas atau estetnya, mengikut mana-mana yang berkenaan;
Undang-Undang Malaysia 16
Akta 706
pegawai-pegawai; dan
majlis yayasan Labuan, jika ada; dan
resolusi bagi pindaan piagam itu hendaklah diterima pakai hanya jika dipersetujui oleh—
pengasas atau estetnya, mengikut mana-mana yang berkenaan;
pegawai-pegawai; dan
majlis yayasan Labuan, jika ada.
Pegawai sesuatu yayasan Labuan boleh membuat ketetapan mengenai pindaan ke atas piagam yayasan Labuan itu sebagaimana yang pada pendapat mereka adalah perlu dalam hal keadaan itu untuk mengekalkan maksud dan matlamat yayasan Labuan itu, dan hendaklah memohon kepada Mahkamah bagi kelulusannya ke atas pindaan yang dicadangkan kepada piagam yayasan Labuan itu dalam hal—
suatu persetujuan tidak dapat dicapai bagi apa-apa pindaan yang dicadangkan kepada piagam itu;
piagam itu tidak mempunyai peruntukan bagi pindaan; atau
peruntukan seksyen ini tidak dapat dipatuhi kerana pengasasnya tidak lagi hidup atau wujud.
Mahkamah boleh, menurut suatu permohonan di bawah subseksyen (2), membuat suatu perintah yang mengesahkan pindaan itu, sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya, atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkan patut olehnya, atau boleh membuat apa-apa perintah lain sebagaimana yang difikirkan suai manfaat olehnya bagi memudahkan atau melaksanakan dengan berkesan apa-apa pindaan sedemikian, atau menolak permohonan itu.
Yayasan Labuan 17
Artikel yayasan Labuan
10. (1) Jika piagam sesuatu yayasan Labuan mengadakan peruntukan bahawa artikel hendaklah dibuat atau boleh dibuat, artikel itu boleh mengadakan peruntukan bagi, tetapi tidak terhad kepada, perkara yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga.
Jika sesuatu yayasan Labuan tiada artikel mengenai apa-apa perkara, peruntukan Akta ini berkenaan dengan perkara itu hendaklah terpakai.
Harta yayasan Labuan
11. (1) Apa-apa harta yang diderma secara kekal kepada sesuatu yayasan Labuan hendaklah menjadi harta yayasan Labuan itu dengan hakmilik di sisi undang-undang dan hakmilik benefisial sepenuhnya, dan hendaklah terhenti menjadi harta pengasas itu dan tidak boleh menjadi harta seseorang benefisiari melainkan jika harta itu dibahagikan mengikut peruntukan dokumen konstituen dan peruntukan Akta ini.
Harta sesuatu yayasan Labuan hendaklah diuruskan secara khususnya, termasuk direalisasikan, digunakan, ditadbirkan, dilaburkan dan dibelanjakan mengikut dokumen konstituen dan peruntukan Akta ini bagi mencapai maksud atau matlamat yayasan
Labuan itu.
Kuasa dan obligasi pengasas
12. (1) Jika terdapat lebih daripada seorang pengasas, kuasa pengasas di bawah dokumen konstituen dan Akta ini hanya boleh dijalankan oleh kesemua pengasas itu secara bersesama dan dengan niat yang sama, melainkan jika dokumen konstituen memperuntukkan selainnya.
Pengasas boleh, dalam piagam yayasan Labuan atau melalui surat cara secara bertulis yang boleh dibatalkan atau tidak boleh dibatalkan, menyerahhakkan atau memindahkan mana-mana atau kesemua hak, kuasa dan obligasinya di bawah Akta ini dan dokumen konstituen yayasan Labuan itu kepada mana-mana orang sebagaimana yang ditentukan oleh pengasas itu mengikut budi bicara mutlaknya.
Undang-Undang Malaysia 18
Akta 706
Orang yang kepadanya pengasas telah menyerahhakkan atau memindahkan mana-mana atau kesemua hak, kuasa dan obligasinya di bawah Akta ini dan dokumen konstituen yayasan Labuan itu hendaklah disifatkan sebagai pengasas apabila menjalankan mana-mana hak dan kuasa dan melaksanakan obligasi itu.
Jika pengasas membuat suatu aku janji, yang direkodkan dalam piagam yayasan Labuan itu, untuk menderma secara kekal apa-apa harta kepada yayasan Labuan itu, yayasan Labuan itu—
boleh menguatkuasakan aku janji itu terhadap pengasas itu; dan
hendaklah menguatkuasakan aku janji itu berkenaan dengan aset permulaaan yayasan Labuan itu, jika pada akhir tempoh dua belas bulan dari tarikh pendaftaran, harta yang merupakan aset permulaan itu belum menjadi harta yayasan Labuan itu.
Bahagian IV
PENDAFTARAN YAYASAN LABUAN
Nama yayasan Labuan
13. (1) Nama sesuatu yayasan Labuan hendaklah berakhir dengan perkataan “Labuan Foundation” atau “(L) Foundation”.
Nama sesuatu yayasan Labuan boleh—
dalam huruf rumi, apa-apa perkataan atau perkataan-perkataan dalam bahasa ibunda mana-mana negara yang membawa maksud suatu yayasan, atau apa-apa singkatannya, sebagai sebahagian namanya; atau
dalam huruf, abjad atau bahasa asing dengan syarat bahawa terjemahan yang tepat dan diperaku bagi nama itu dalam bahasa Inggeris digunakan dan dinyatakan dengan jelas dalam tiap-tiap komunikasi bertulis yang dihantar oleh, atau bagi pihak, yayasan Labuan itu dan tiap-tiap dokumen yang dikeluarkan atau ditandatangani oleh, atau bagi pihak, yayasan Labuan itu yang menjadi keterangan atau mewujudkan obligasi di sisi undang-undang bagi yayasan itu.
Yayasan Labuan 19
Kecuali dengan persetujuan Menteri, sesuatu yayasan Labuan tidak boleh didaftarkan jika nama yayasan Labuan yang hendak didaftarkan itu adalah pada pendapat Lembaga mengelirukan dalam apa-apa cara atau selainnya tidak diingini.
Tiada perihalan mengenai sesuatu yayasan Labuan boleh disifatkan tidak mencukupi atau tidak betul oleh sebab penggunaan singkatan atau singkatan-singkatan sebagai ganti apa-apa perkataan atau perkataan-perkataan yang disebut dalam subseksyen (2).
Pendaftaran
14. (1) Sesuatu permohonan bagi pendaftaran suatu yayasan
Labuan hendaklah dibuat oleh setiausaha yayasan Labuan itu kepada Lembaga dalam borang yang disediakan oleh Lembaga, dan disertakan dengan fi yang ditetapkan dan dokumen yang dinyatakan dalam Jadual Keempat.
Setiausaha hendaklah, sebelum permohonan dibuat dalam subseksyen (1), menjalankan siasatan yang munasabah untuk menentusahkan maklumat yang dizahirkan dalam permohonan itu.
Setiausaha hendaklah mengemukakan apa-apa butiran lain sebagaimana yang dihasratkan oleh setiausaha mengikut budi bicara mutlaknya untuk dimasukkan dalam permohonan itu.
Lembaga boleh meminta butiran selanjutnya dikemukakan oleh yayasan Labuan yang memohon untuk didaftarkan.
Perakuan pendaftaran
15. (1) Apabila sesuatu yayasan Labuan didaftarkan, Lembaga hendaklah mengeluarkan suatu perakuan berkenaan dengan pendaftaran itu dan perakuan itu hendaklah ditandatangani oleh
Lembaga atau mana-mana pegawai diberi kuasanya dan dimeteraikan dengan meterai Lembaga.
Perakuan pendaftaran yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1)
hendaklah menjadi keterangan muktamad bahawa yayasan Labuan itu didaftarkan, dengan nama yang dinyatakan dalam perakuan, dengan Lembaga.
Undang-Undang Malaysia 20
Akta 706
Daftar yayasan Labuan
16. Lembaga hendaklah menyenggara atau menyebabkan disenggara suatu daftar yayasan Labuan yang didaftarkan di bawah Akta ini.
Perubahan butiran
17. (1) Jika apa-apa perubahan dibuat atau berlaku berhubung mana-mana butiran yang didaftarkan berkenaan dengan sesuatu yayasan Labuan, setiausaha yayasan Labuan itu hendaklah dalam tempoh tiga puluh hari selepas perubahan itu, atau apa-apa tempoh lanjutan yang dibenarkan oleh Lembaga atas permohonan, memfailkan dengan Lembaga suatu notis yang ditandatangani oleh seorang pegawai yayasan Labuan itu, yang menyatakan bentuk perubahan itu.
Jika sesuatu yayasan Labuan tidak mematuhi subseksyen (1), yayasan Labuan itu, setiausaha dan tiap-tiap pegawai yang ingkar bolehlah dikenakan penalti pentadbiran.
Pertukaran nama
18. (1) Sesuatu yayasan Labuan boleh, jika dibenarkan oleh piagamnya, menukar namanya.
Jika sesuatu yayasan Labuan menukar namanya, yayasan itu hendaklah menyerahkan notis mengenai pertukaran itu kepada
Lembaga mengikut peruntukan subseksyen 17(1).
Jika sesuatu yayasan Labuan tidak mematuhi subseksyen (2), yayasan Labuan itu, setiausaha dan tiap-tiap pegawai yang ingkar bolehlah dikenakan penalti pentadbiran.
Jika Lembaga meluluskan nama yang dicadangkan oleh yayasan
Labuan itu sebagai nama barunya, Lembaga boleh, apabila fi yang ditetapkan dibayar, mengeluarkan suatu perakuan pendaftaran bagi yayasan Labuan itu atas nama barunya dan apabila dikeluarkan perakuan pendaftaran itu pertukaran nama itu hendaklah berkuat kuasa.
Yayasan Labuan 21
Jika nama sesuatu yayasan Labuan, sama ada kerana tidak disengajakan atau selainnya dan sama ada pada asalnya atau melalui pertukaran nama, ialah nama yang dengannya yayasan
Labuan itu tidak boleh didaftarkan tanpa menyalahi seksyen 13, yayasan Labuan itu hendaklah menukar namanya kepada suatu nama yang diluluskan oleh Lembaga.
Jika Lembaga meluluskan pertukaran nama yayasan Labuan di bawah subseksyen (5), yayasan Labuan itu hendaklah menukar namanya sedemikian dalam tempoh tiga puluh hari selepas tarikh kelulusan itu atau apa-apa tempoh lanjutan yang dibenarkan oleh Lembaga, melainkan jika Menteri, melalui notis bertulis, membatalkan kelulusan itu.
Hak dan obligasi yayasan Labuan tidak terjejas oleh pertukaran nama
19. (1) Pertukaran nama sesuatu yayasan Labuan tidak menjejaskan identiti yayasan Labuan itu atau mana-mana hak atau obligasi yayasan Labuan itu atau mencacatkan apa-apa prosiding oleh atau terhadap yayasan Labuan itu.
Apa-apa prosiding, sama ada sivil atau jenayah, yang belum selesai atau sedia ada oleh atau terhadap yayasan Labuan itu atas namanya yang terdahulu, boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap yayasan Labuan itu atas nama baru yayasan Labuan itu.
Pemotongan
20. (1) Walau apa pun apa-apa peruntukan dalam Akta ini, jika
Lembaga berpuas hati bahawa sesuatu yayasan Labuan—
tidak membayar fi tahunan yang disebut dalam seksyen 68; atau
melanggar mana-mana peruntukan Akta ini,
Undang-Undang Malaysia 22
Akta 706
Lembaga boleh menyampaikan suatu notis kepada yayasan Labuan itu memberitahunya bahawa nama yayasan Labuan itu akan dipotong daripada daftar, melainkan jika yayasan Labuan itu mengambil apa-apa langkah atau tindakan untuk meremedi pelanggaran itu sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh notis itu atau apa-apa tempoh yang lebih lama yang dilanjutkan oleh Lembaga.
Sekiranya Lembaga—
menerima daripada yayasan Labuan itu suatu notis yang menyatakan bahawa ada kemungkinan yayasan itu tidak berupaya meremedi pelanggaran yang dinyatakan dalam notis yang disampaikan kepada yayasan Labuan itu di bawah subseksyen (1); atau
tidak menerima apa-apa jawapan kepada notis yang disampaikan kepada yayasan Labuan itu di bawah subseksyen (1),
Lembaga boleh, dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh tamat tempoh yang dinyatakan dalam notis yang disampaikan di bawah subseksyen (1) atau selepas itu, memotong nama yayasan Labuan itu daripada daftar melainkan jika yayasan Labuan itu atau mana-mana orang memuaskan hati Lembaga bahawa nama itu tidak patut dipotong.
Kesan pemotongan
21. (1) Jika nama sesuatu yayasan Labuan dipotong daripada daftar, yayasan Labuan itu, pelikuidasi dan penerima yayasan
Labuan itu, tidak boleh—
memulakan atau membuat pembelaan dalam mana-mana prosiding undang-undang, menjalankan apa-apa urusan atau dengan apa-apa cara menguruskan harta yayasan
Labuan itu;
membuat pembelaan dalam mana-mana prosiding undang-undang, membuat apa-apa tuntutan atau menuntut apa-apa hak bagi, atau atas nama yayasan Labuan itu; atau
Yayasan Labuan 23
bertindak mengikut apa-apa cara berkenaan dengan hal-ehwal yayasan Labuan itu.
Walau apa pun subseksyen (1), jika nama sesuatu yayasan
Labuan telah dipotong dari daftar, yayasan Labuan itu, pelikuidasi dan penerima yayasan Labuan itu, boleh—
memohon kepada Lembaga untuk memasukkan semula nama yayasan Labuan itu ke dalam daftar;
meneruskan pembelaan terhadap prosiding yang dimulakan terhadap yayasan Labuan sebelum tarikh pemotongan itu; dan
meneruskan apa-apa prosiding undang-undang yang telah dimulakan bagi pihak yayasan Labuan sebelum tarikh pemotongan itu.
Hakikat bahawa nama sesuatu yayasan Labuan telah dipotong daripada daftar tidak boleh ditafsirkan sebagai menghalang—
yayasan Labuan itu daripada bertanggungan bagi apa-apa liabiliti, tuntutan, hutang, dan daripada melaksanakan apa-apa obligasinya;
mana-mana orang daripada membuat apa-apa tuntutan terhadap yayasan Labuan itu dan meneruskan tuntutan itu sehingga penghakiman atau pelaksanaannya; atau
Mahkamah daripada membuat apa-apa perintah yang diperuntukkan di bawah Akta ini.
Kemasukan semula ke dalam daftar
22. (1) Jika nama sesuatu yayasan Labuan telah dipotong daripada daftar di bawah seksyen 20, yayasan Labuan itu boleh, dalam tempoh tiga tahun sebaik selepas tarikh pemotongan itu, memohon kepada Lembaga supaya nama yayasan Labuan itu dimasukkan semula ke dalam daftar.
Apabila dibayar kepada Lembaga fi yang ditetapkan termasuk apa-apa fi lain yang ditetapkan yang kena dibayar, Lembaga boleh memasukkan semula nama yayasan Labuan itu ke dalam daftar.
Undang-Undang Malaysia 24
Akta 706
Apabila nama yayasan Labuan itu dimasukkan semula ke dalam daftar di bawah subseksyen (2), nama yayasan Labuan itu hendaklah disifatkan tidak pernah dipotong daripada daftar.
Pendomisilan semula di Labuan
23. (1) Sesuatu yayasan yang ditubuhkan di bawah undang-undang negara atau bidang kuasa lain boleh, tertakluk pada subseksyen (2), dan jika dibenarkan sedemikian oleh undang-undang negara atau bidang kuasa itu, berdomisil semula di Labuan dan didaftarkan seolah-olah yayasan itu telah ditubuhkan di bawah Akta ini.
Sesuatu yayasan yang ditubuhkan di bawah undang-undang negara atau bidang kuasa lain yang memenuhi kehendak Akta ini boleh berdomisil semula di Labuan—
dengan menyerahkan kepada Lembaga—
suatu permohonan bertulis yang ditandatangani dengan sewajarnya oleh kesemua pegawai, atau yang setara dengannya, yayasan itu, memohon supaya Lembaga mendaftarkan yayasan itu di bawah Akta ini;
suatu pernyataan yang mengandungi butir-butir yang dikehendaki di bawah Jadual Pertama; dan
suatu akuan berkanun oleh setiausaha atau mana-mana pegawai yang setara dengannya, mengenai pematuhan kesemua kehendak yang berkaitan Akta ini; dan
apabila dibayar fi yang ditetapkan.
Lembaga boleh, apabila menerima dokumen dan bayaran fi di bawah subseksyen (2), mengeluarkan suatu perakuan pendaftaran.
Apabila perakuan pendaftaran dikeluarkan oleh Lembaga di bawah subseksyen (3)—
yayasan itu berupaya menjalankan segala kuasa suatu yayasan Labuan yang didaftarkan di bawah Akta ini dan tidak lagi akan diperlakukan sebagai suatu yayasan yang didaftarkan di bawah undang-undang negara yang darinya yayasan itu didomisilkan semula;
Yayasan Labuan 25
segala harta dan aset lain yayasan itu, termasuk hak dalam tindakan, hendaklah terus terletak hak pada yayasan itu;
yayasan itu hendaklah terus bertanggungan bagi segala tuntutan, hutang, liabiliti dan obligasinya yang sedia ada sebelum pendaftarannya di bawah Akta ini;
tiada sabitan, penghakiman, arahan, perintah, tuntutan, hutang, liabiliti atau obligasi yang tertunggak atau yang menjadi tertunggak dan tiada kausa tindakan yang sedia ada, terhadap yayasan itu atau terhadap mana-mana anggota majlis, pegawai atau ejen yayasan itu, boleh dilepaskan atau menjadi cacat disebabkan pendaftarannya di bawah Akta ini; dan
tiada prosiding, sama ada sivil atau jenayah, yang belum selesai oleh atau terhadap yayasan itu atau terhadap mana-mana anggota majlis, pegawai atau ejen yayasan itu, boleh digugurkan atau diberhentikan oleh sebab pendaftarannya di bawah Akta ini, dan prosiding itu boleh diteruskan, dikuatkuasakan, didakwa, diselesaikan atau dikompromi oleh atau terhadap yayasan itu atau terhadap anggota majlis, pegawai atau ejen yayasan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Pendomisilan semula di negara lain
24. (1) Sesuatu yayasan Labuan yang didaftarkan di bawah Akta ini boleh, tertakluk pada apa-apa had dalam dokumen konstituennya, berdomisil semula dan didaftarkan di bawah undang-undang negara lain itu mengikut cara yang diperuntukkan di bawah undang-undang itu.
Sesuatu yayasan Labuan yang didaftarkan di bawah Akta ini yang berdomisil semula dan berdaftar di bawah undang-undang negara lain, tidak terhenti menjadi yayasan Labuan yang didaftarkan di bawah Akta ini melainkan jika undang-undang negara lain itu membenarkan pendomisilan semula dan pendaftaran itu dan yayasan Labuan itu mematuhi undang-undang itu.
Undang-Undang Malaysia 26
Akta 706
Jika sesuatu yayasan Labuan didaftarkan di bawah Akta ini berdomisil semula dan berdaftar di bawah undang-undang negara lain—
yayasan Labuan itu hendaklah terus bertanggungan bagi kesemua tuntutan, hutang, liabiliti dan obligasinya yang wujud sebelum pendaftarannya di bawah undang-undang negara lain itu;
tiada sabitan, penghakiman, arahan, perintah, tuntutan, hutang, liabiliti atau obligasi yang tertunggak atau yang menjadi tertunggak, dan tiada kausa tindakan yang sedia ada terhadap yayasan Labuan itu atau terhadap mana-mana anggota majlis, pegawai atau ejen yayasan Labuan itu, boleh dilepaskan atau menjadi cacat disebabkan pendaftarannya di bawah undang-undang negara lain itu; dan
tiada prosiding, sama ada sivil atau jenayah, yang belum selesai oleh atau terhadap yayasan Labuan itu atau terhadap mana-mana anggota majlis, pegawai atau ejen yayasan
Labuan itu, boleh digugurkan atau diberhentikan oleh sebab pendaftarannya sebagai suatu yayasan di bawah undang-undang negara lain itu, dan prosiding itu boleh diteruskan, dikuatkuasakan, didakwa, diselesaikan atau dikompromi oleh atau terhadap anggota majlis, pegawai atau ejen yayasan Labuan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Jika sesuatu yayasan Labuan yang didaftarkan di bawah Akta ini telah berdomisil semula dan didaftarkan di bawah undang-undang negara lain, yayasan Labuan itu hendaklah mengemukakan kepada
Lembaga suatu salinan yang diperaku, dan jika berkenaan, salinan apostil perakuan pendaftaran yang dikeluarkan oleh pendaftar atau pihak berkuasa yang kompeten dalam negara lain itu dan apabila diterima salinan perakuan pendaftaran yang sedemikian itu, Lembaga hendaklah memotong yayasan Labuan itu daripada daftar dan memperakukan bahawa yayasan Labuan itu telah terhenti menjadi suatu yayasan yang didaftarkan di bawah Akta ini.
Yayasan Labuan 27
Bahagian V
MAJLIS, PEGAWAI DAN SETIAUSAHA
Majlis
Pelantikan majlis
25. (1) Piagam sesuatu yayasan Labuan boleh mengadakan peruntukan bagi pelantikan suatu majlis yang hendaklah terdiri daripada seorang anggota atau lebih yang mungkin orang biasa atau pertubuhan perbadanan.
Sebelum pendaftaran yayasan Labuan, anggota majlis boleh dilantik oleh pengasas.
Apabila yayasan Labuan didaftarkan, anggota majlis boleh dilantik oleh pengasas atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh pengasas dalam piagam atau artikel yayasan Labuan.
Seorang pengasas atau benefisiari yang bukan seorang pegawai yayasan Labuan boleh dilantik sebagai anggota majlis.
Pelantikan seseorang anggota majlis sesuatu yayasan Labuan tidak akan berkuat kuasa melainkan jika dia menyerahkan kepada pengasas atau orang yang melantiknya, mengikut mana-mana yang berkenaan, persetujuannya secara bertulis bagi pelantikan itu.
Mesyuarat majlis
26. Jadual Kelima hendaklah terpakai bagi mesyuarat majlis.
Kehilangan kelayakan anggota majlis
27. Seseorang tidak boleh dilantik atau terus kekal sebagai anggota majlis jika—
dia seorang bankrap, mengalami kecelaruan mental atau tidak siuman;
orang itu, yang merupakan pertubuhan perbadanan, menjadi hal perkara apa-apa prosiding yang mungkin mengakibatkan ia digulung atau dibubarkan selainnya;
Undang-Undang Malaysia 28
Akta 706
orang itu telah disabitkan atas suatu kesalahan jenayah yang melibatkan fraud dan kecurangan atau apa-apa kesalahan jenayah yang baginya dia telah dihukum dengan pemenjaraan; atau
dia pegawai yayasan Labuan itu.
Pemberhentian anggota majlis
28. Anggota majlis yang berhasrat untuk berhenti bertindak dalam sifat itu hendaklah memberikan sekurang-kurangnya tiga puluh hari notis terdahulu secara bertulis mengenai hasratnya itu kepada yayasan Labuan itu tidak lewat daripada tujuh hari sebelum anggota itu berhasrat untuk berhenti bertindak dalam sifat itu.
Pelantikan orang yang menyelia
29. (1) Jika peruntukan dokumen konstituen mengadakan peruntukan bagi pelantikan orang yang menyelia, peruntukan seksyen 25,
26, 27 dan 28 hendaklah terpakai mutatis mutandis, tertakluk pada dokumen konstituen, kepada pelantikan itu dan orang yang menyelia itu.
Jika sesuatu yayasan Labuan mempunyai orang yang menyelia sebagai ganti atau tambahan kepada anggota majlis, semua sebutan dalam Akta ini mengenai majlis dan anggota majlis hendaklah ditafsirkan termasuk orang yang menyelia itu.
Pelantikan anggota majlis oleh Mahkamah
30. Jika pada sesuatu masa tiada anggota majlis dilantik bagi suatu yayasan Labuan atau bilangan anggota yang dilantik kurang daripada yang dikehendaki oleh piagam atau Akta ini, permohonan boleh dibuat kepada Mahkamah oleh pengasas, anggota majlis atau orang yang menyelia yang lain, atau pegawai, bagi pelantikan oleh
Mahkamah seorang atau lebih untuk menjadi anggota majlis bagi maksud mematuhi kehendak piagam dan peruntukan Akta ini.
Yayasan Labuan 29
Kuasa majlis
31. (1) Dokumen konstituen boleh menentukan kuasa majlis dan mengadakan peruntukan bagi kuasa tambahan kepada kuasa yang diperuntukkan di bawah Akta ini.
Majlis hendaklah—
mengambil apa-apa tindakan yang difikirkannya perlu untuk memastikan pematuhan terma dokumen konstituen dan peruntukan Akta ini oleh yayasan Labuan itu dan pegawai-pegawainya; dan
bertanggungjawab bagi penyeliaan secara am pengurusan yayasan Labuan itu oleh pegawai-pegawainya.
Majlis hendaklah mewakili yayasan Labuan dan bagi maksud memastikan pematuhan terma dokumen konstituen dan peruntukan Akta ini, pegawai yayasan Labuan itu hendaklah bertindak mengikut arahan majlis.
Hak majlis
32. (1) Sebagai tambahan kepada hak majlis yang diperuntukkan dalam dokumen konstituen dan dalam peruntukan lain Akta ini, majlis hendaklah mempunyai hak yang berikut:
untuk dimaklumkan mengenai semua mesyuarat pegawai;
untuk hadir dan didengar tetapi tidak untuk mengundi dalam mesyuarat pegawai;
jika apa-apa urusan sesuatu yayasan Labuan dijalankan melalui pengedaran dokumen, untuk diedarkan juga kepadanya dokumen itu pada masa dokumen itu diedarkan kepada pegawai;
jika apa-apa urusan sesuatu yayasan Labuan dijalankan melalui pewakilan kuasa kepada seseorang pegawai, untuk dimaklumkan mengenai terma dan apa-apa penjalanan kuasa yang diwakilkan itu.
Undang-Undang Malaysia 30
Akta 706
Majlis hendaklah mempunyai akses kepada buku, rekod, akaun dan baucar yayasan Labuan.
Kewajipan majlis
33. (1) Seseorang anggota majlis hendaklah menggunakan ketelitian dan kemahiran yang munasabah dalam melaksanakan kewajipannya dan menjalankan hak dan kuasanya.
Dalam ketiadaan mana-mana pegawai yayasan Labuan, majlis hendaklah melaksanakan kewajipan dan menjalankan kuasa pegawai-pegawai yang ditetapkan dalam Akta ini.
Sebutan mengenai majlis terpakai bagi anggota majlis yang bertindak bersesama dan berasingan
34. Sebutan mengenai majlis hendaklah terpakai bagi anggota majlis yang bertindak bersesama dan berasingan.
Pegawai
Pelantikan pegawai
35. (1) Pengasas hendaklah, sebelum mendaftarkan yayasan
Labuan yang dicadangkan, melantik sekurang-kurangnya seorang pegawai bagi yayasan Labuan itu tertakluk pada apa-apa terma dan syarat yang disifatkan patut oleh pengasas itu.
Pegawai itu boleh merupakan seorang biasa atau suatu pertubuhan perbadanan.
Pengasas atau benefisiari yang bukan anggota majlis boleh dilantik sebagai pegawai yayasan Labuan itu.
Pelantikan seseorang pegawai suatu yayasan Labuan tidak akan berkuat kuasa melainkan jika dia telah menyerahkan kepada pengasas persetujuannya secara bertulis ke atas pelantikan itu.
Yayasan Labuan 31
Mesyuarat pegawai
36. Jadual Kelima hendaklah terpakai bagi mesyuarat pegawai suatu yayasan Labuan.
Kehilangan kelayakan pegawai
37. (1) Seseorang tidak boleh dilantik atau terus kekal sebagai pegawai suatu yayasan Labuan jika—
dia seorang bankrap, mengalami kecelaruan mental atau tidak siuman;
orang itu, yang merupakan pertubuhan perbadanan, ialah hal perkara apa-apa prosiding yang mungkin mengakibatkan ia digulung atau dibubarkan selainnya;
orang itu telah disabitkan atas suatu kesalahan jenayah yang melibatkan fraud dan kecurangan atau apa-apa kesalahan jenayah yang baginya dia telah dihukum dengan pemenjaraan;
dia ialah anggota majlis; atau
orang itu ialah orang yang mempunyai kaitan dengan anggota majlis.
Bagi maksud perenggan (1)(e), orang itu hendaklah disifatkan mempunyai kaitan dengan seorang anggota majlis jika dia—
ialah anggota keluarga anggota majlis itu, termasuk isteri atau suami, ibu atau bapa, anak termasuk anak angkat atau anak tiri, abang, kakak, dan isteri atau suami anaknya, adik lelakinya atau adik perempuannya; atau
suatu pertubuhan perbadanan yang mempunyai kaitan dengan anggota majlis itu.
Undang-Undang Malaysia 32
Akta 706
Bagi maksud perenggan (2)(b), suatu pertubuhan perbadanan mempunyai kaitan dengan seorang anggota majlis jika—
pertubuhan perbadanan itu pada lazimnya, atau mempunyai obligasi, sama ada secara formal atau tidak formal, atau pengarah-pengarahnya pada lazimnya, bertindak mengikut arahan, petunjuk atau kehendak anggota majlis itu; atau
anggota majlis itu mempunyai kawalan kepentingan dalam pertubuhan perbadanan itu.
Seseorang pegawai suatu yayasan Labuan, hendaklah, jika dia hilang kelayakan di bawah seksyen ini, memberikan notis secara bertulis mengenai pemberhentiannya kepada yayasan Labuan dan
Lembaga dalam tempoh tujuh hari selepas dia hilang kelayakan.
Lembaga boleh mengeluarkan arahan supaya seseorang yang berada dalam mana-mana keadaan di bawah subseksyen (1) tidak layak bertindak sebagai pegawai suatu yayasan Labuan.
Kewajipan pegawai
38. (1) Seseorang pegawai suatu yayasan Labuan hendaklah mengambil segala langkah dan melakukan atau menyebabkan dilakukan segala benda yang perlu untuk mentadbirkan yayasan
Labuan itu dengan sepatutnya untuk mencapai maksud atau matlamat yayasan Labuan itu.
Pegawai suatu yayasan Labuan hendaklah menggunakan ketelitian dan kemahiran yang munasabah dalam penjalanan hal ehwal yayasan Labuan itu, termasuk menggunakan ketelitian dan kemahiran yang munasabah dalam pengurusan dan pelaburan harta yayasan Labuan itu.
Pegawai suatu yayasan Labuan hendaklah bertindak mengikut peruntukan dokumen konstituen yayasan Labuan itu dan peruntukan
Akta ini.
Dalam hal majlis atau orang yang menyelia tidak dilantik, pegawai yayasan Labuan yang bertindak bersesama hendaklah menjadi badan yang mengurus tadbir yayasan Labuan itu dan, dalam menghadapi pihak ketiga, pegawai yang bertindak sedemikian hendaklah mewakili yayasan Labuan itu.
Yayasan Labuan 33
Kecuali jika dokumen konstituen sesuatu yayasan Labuan memperuntukkan selainnya dan tertakluk pada peruntukan Akta ini, pegawai yayasan Labuan itu hendaklah bertindak sebulat suara dan boleh bertindak sedemikian melalui pengedaran dokumen bertulis yang ditandatangani dengan sewajarnya oleh setiap pegawai itu.
Pemberhentian pegawai
39. Seseorang pegawai suatu yayasan Labuan yang berhasrat untuk berhenti bertindak sebagai pegawai hendaklah memberikan sekurang-kurangnya tiga puluh hari notis terdahulu secara bertulis mengenai hasratnya itu kepada yayasan Labuan itu dan menyerahkan kepada Lembaga suatu perisytiharan mengenai hasratnya itu.
Saraan pegawai
40. (1) Kecuali jika piagam memperuntukkan selainnya, pegawai yayasan Labuan hendaklah dibayar saraan mengikut kewajipan yang dikehendaki dilaksanakan oleh mereka dan dengan mengambil kira kedudukan kewangan yayasan Labuan itu.
Apa-apa pertikaian berkenaan dengan amaun saraan seseorang pegawai suatu yayasan Labuan boleh dirujukkan oleh pegawai-pegawai, atau seorang pegawai, atau majlis, atau juruaudit diluluskan, kepada Mahkamah, yang hendaklah menentukan saraan itu.
Setiausaha
Setiausaha
41. (1) Pengasas hendaklah, sebelum mendaftarkan suatu yayasan
Labuan, melantik seseorang, yang hendaklah suatu syarikat yang didaftarkan sebagai syarikat amanah Labuan di bawah Bahagian V
Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010 [Akta 704], untuk menjadi setiausaha bagi yayasan Labuan yang dicadangkan itu.
Undang-Undang Malaysia 34
Akta 706
Setiausaha boleh menjadi anggota majlis pada masa yang sama dengan syarat bahawa setiausaha itu bukanlah anggota tunggal majlis itu.
Setiausaha hendaklah mempunyai kewajipan, kuasa dan obligasi yang diperuntukkan dalam Akta ini termasuk menerima penyampaian segala dokumen berkenaan dengan prosiding undang-undang terhadap yayasan Labuan yang disampaikan kepada yayasan Labuan itu.
Pemberhentian setiausaha
42. Jika setiausaha berhasrat untuk berhenti bertindak sebagai setiausaha bagi yayasan Labuan, dia hendaklah memberikan sekurang-kurangnya tiga puluh hari notis terdahulu secara bertulis mengenai hasratnya itu kepada yayasan Labuan itu dan menyerahkan kepada Lembaga suatu perisytiharan mengenai hasratnya itu.
Dokumen hendaklah difailkan melalui setiausaha
43. (1) Tiap-tiap dokumen atau surat cara yang dikehendaki atau dibenarkan difailkan dengan atau diserahkan kepada Lembaga di bawah Akta ini hendaklah difailkan atau diserahkan melalui setiausaha suatu yayasan Labuan.
Tiap-tiap permohonan kepada Lembaga bagi apa-apa perakuan atau bagi apa-apa cabutan atau salinan apa-apa perakuan yang dikeluarkan di bawah Akta ini atau apa-apa dokumen yang difailkan dengan atau diserahkan kepada Lembaga hendaklah dibuat melalui setiausaha suatu yayasan Labuan.
Setiausaha suatu yayasan Labuan hendaklah memastikan kesahan, kebenaran dan ketulenan apa-apa surat cara atau dokumen yang difailkannya dengan atau diserahkannya kepada Lembaga bagi pihak suatu yayasan Labuan.
Subseksyen (2) tidak terpakai jika sesuatu permohonan dibuat berkenaan dengan sesuatu yayasan Labuan oleh mana-mana pengasas, pegawai, anggota majlis atau benefisiari yayasan Labuan itu dan dokumen, perakuan, cabutan atau salinan itu adalah untuk kegunaan persendiriannya.
Yayasan Labuan 35
Pejabat berdaftar
Pejabat berdaftar
44. (1) Sesuatu yayasan Labuan hendaklah mempunyai pejabat berdaftar di Labuan yang hendaklah menjadi alamat setiausaha bagi yayasan Labuan itu, yang kepadanya segala komunikasi, surat-menyurat dan notis boleh dialamatkan.
Notis mengenai apa-apa pertukaran alamat pejabat berdaftar hendaklah diberikan mengikut subseksyen 17(1).
Apa-apa proses atau dokumen yang dikehendaki untuk disampaikan kepada sesuatu yayasan Labuan adalah disampaikan dengan sempurna jika dialamatkan kepada yayasan Labuan itu dengan meninggalkannya di, atau menghantarnya melalui pos kepada, pejabat berdaftar yayasan Labuan itu di Labuan.
Proses atau dokumen yang dikehendaki untuk disampaikan kepada sesuatu yayasan Labuan adalah disampaikan dengan sempurna kepada yayasan Labuan itu dengan meninggalkannya di, atau menghantarnya melalui pos ke, mana-mana tempat perniagaan yang ditubuhkan oleh yayasan Labuan itu di Labuan—
jika yayasan Labuan itu ingkar memfailkan dengan Lembaga nama dan alamat pejabat berdaftar yang dibenarkan untuk menerima bagi pihak yayasan Labuan itu penyampaian apa-apa proses atau dokumen;
jika pada bila-bila masa pejabat berdaftar yang diberitahu sedemikian tidak lagi wujud; atau
jika bagi apa-apa sebab lain penyampaian proses atau dokumen ke pejabat berdaftar tidak dapat dilaksanakan.
Dokumen hendaklah disimpan di pejabat berdaftar
45. (1) Tiap-tiap yayasan Labuan hendaklah menyebabkan disimpan di pejabat berdaftarnya salinan tepat dokumen konstituennya dan semua dokumen dan surat cara yang difailkan dengan atau diserahkan kepada Lembaga dan buku yang mengandungi minit mesyuarat majlis dan pegawai.
Undang-Undang Malaysia 36
Akta 706
Melainkan jika Lembaga membenarkan selainnya, semua salinan pendua buku minit suatu yayasan Labuan boleh disimpan di tempat lain dan bagi maksud pemeriksaan di bawah seksyen 48
hendaklah disifatkan disimpan di pejabat berdaftar yayasan
Labuan itu.
Bentuk rekod yayasan Labuan
46. Rekod yang dikehendaki disimpan oleh sesuatu yayasan
Labuan oleh Akta ini boleh disimpan dalam bentuk gambar foto atau boleh dicatatkan atau direkodkan oleh sistem pemprosesan data secara mekanikal atau elektronik atau mana-mana peranti simpanan maklumat yang lain yang berupaya untuk menghasilkan semula apa-apa maklumat yang dikehendaki dalam bentuk bertulis yang boleh difahami dalam masa yang munasabah.
Terjemahan dokumen dan surat cara
47. (1) Jika apa-apa dokumen atau surat cara yang dikehendaki difailkan dengan atau diserahkan kepada Lembaga ialah dalam bahasa yang selain bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris, surat cara atau dokumen itu hendaklah disertai dengan terjemahan yang ditentusahkan atau diperakukan sama ada dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris.
Jika apa-apa akaun atau rekod lain yang dikehendaki supaya disimpan dan disenggara di bawah Akta ini tidak disimpan dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris, suatu terjemahan akaun dan rekod yang diperakukan benar hendaklah disebabkan disimpan dengan akaun dan rekod asal itu.
Pemeriksaan dan pengemukaan dokumen yang disimpan oleh yayasan Labuan
48. (1) Dokumen yang dikehendaki disimpan oleh sesuatu yayasan
Labuan di bawah Akta ini hendaklah, semasa waktu urusan, tersedia untuk pemeriksaan oleh pengasas, anggota majlis, orang yang menyelia atau pegawai, mengikut mana-mana yang berkenaan, yayasan Labuan itu tanpa apa-apa bayaran.
Yayasan Labuan 37
Mana-mana orang, selain anggota majlis, orang yang menyelia atau pegawai suatu yayasan Labuan, yang berhak untuk memeriksa buku minit mesyuarat anggota majlis hendaklah, dalam tempoh tujuh hari selepas dia membuat permintaan kepada yayasan
Labuan itu, dibekalkan dengan sesalinan mana-mana minit itu tanpa apa-apa bayaran.
Jika terdapat kegagalan untuk mematuhi subseksyen (1) atau apa-apa permintaan bagi apa-apa pemeriksaan di bawah seksyen ini ditolak, yayasan Labuan itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.
Dalam hal kesalahan yang berterusan bagi kesalahan yang dilakukan di bawah subseksyen (3), sebagai tambahan kepada penalti di bawah subseksyen (3), yayasan Labuan itu boleh didenda tidak melebihi seribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Dalam hal penolakan yang disebut dalam subseksyen (4),
Mahkamah boleh, melalui perintah, memaksa bagi membolehkan pemeriksaan serta-merta dokumen itu.
Pemeriksaan dan pengemukaan dokumen yang disimpan oleh
Lembaga
49. (1) Mana-mana orang boleh jika dibenarkan sedemikian oleh yayasan Labuan yang berkenaan dan apabila dibayar fi yang ditetapkan—
memeriksa mana-mana dokumen yang diserahkan, didaftarkan oleh atau difailkan dengan Lembaga di bawah Akta ini dan disimpan oleh Lembaga dan, jika difikirkan patut oleh Lembaga, sesalinan dokumen konstituennya;
menghendaki supaya diberikan kepadanya sesalinan perakuan pendaftaran yayasan Labuan itu atau mana-mana dokumen lain atau sebahagian daripada mana-mana dokumen lain yang disebut dalam perenggan (a)
yang diperaku sah.
Salinan perakuan yang diperaku sah yang diberikan di bawah perenggan (1)(b) hendaklah ditandatangani oleh Lembaga dan dimeteraikan dengan meterainya.
Undang-Undang Malaysia 38
Akta 706
Bahagian VI
KEUPAYAAN YAYASAN LABUAN
Keupayaan dan kuasa
50. (1) Sesuatu yayasan Labuan yang didaftarkan dengan sewajarnya di bawah Akta ini ialah suatu pertubuhan perbadanan yang boleh membawa guaman dan dibawa guaman atas nama perbadanannya.
Tertakluk pada Akta ini dan peruntukan dokumen konstituennya, sesuatu yayasan Labuan mempunyai keupayaan, hak, kuasa dan keistimewaan orang perseorangan.
Piagam sesuatu yayasan Labuan boleh mengandungi peruntukan yang menyekat keupayaan, hak, kuasa dan keistimewaannya.
Walau apa pun subseksyen (3), kesahan sesuatu perbuatan yang dilakukan oleh sesuatu yayasan Labuan tidak boleh dipersoalkan atas alasan ketiadaan keupayaan disebabkan oleh apa-apa yang terkandung dalam piagamnya.
Pengesahan perbuatan yang dilakukan melampaui keupayaan
51. (1) Seseorang anggota majlis atau benefisiari suatu yayasan
Labuan, boleh membawa prosiding untuk menghalang pelakuan apa-apa perbuatan yang jika tidak kerana seksyen 50 adalah melampaui keupayaan yayasan Labuan itu, kecuali tiada prosiding sedemikian boleh dibawa berkenaan dengan sesuatu perbuatan yang dilakukan sebagai memenuhi obligasi undang-undang yang berbangkit daripada perbuatan terdahulu yayasan Labuan itu.
Menjadi kewajipan pegawai suatu yayasan Labuan untuk mematuhi apa-apa had terhadap kuasa mereka yang berbangkit daripada dokumen konstituen dan apa-apa perbuatan oleh pegawai-pegawai itu yang melampaui kuasa yang diperuntukkan sedemikian boleh disahkan hanya melalui pengesahan yayasan Labuan itu yang dilakukan mengikut cara yang berikut:
jika terdapat majlis atau orang yang menyelia yang lain, dengan ketetapan sebulat suara majlis dan orang yang menyelia yang lain itu; dan
Yayasan Labuan 39
jika tiada majlis atau orang yang menyelia, dengan ketetapan yang ditandatangani oleh semua pegawai yayasan Labuan pada masa itu.
Sesuatu ketetapan yang mengesahkan perbuatan anggota majlis, orang yang menyelia dan pegawai yang melampaui keupayaan yayasan Labuan itu tidaklah menyentuh apa-apa liabiliti yang ditanggung oleh pegawai-pegawai atau mana-mana orang lain dan relief daripada apa-apa liabiliti sedemikian hendaklah dipersetujui secara berasingan dengan ketetapan majlis dan orang yang menyelia itu.
Kuasa pegawai mengikat yayasan Labuan
52. (1) Sesuatu pihak suatu transaksi dengan sesuatu yayasan
Labuan tidak terikat untuk memeriksa sama ada transaksi itu ialah transaksi yang dibenarkan oleh dokumen konstituen yayasan
Labuan itu atau mengenai apa-apa had kuasa majlis atau pegawai untuk mengikat yayasan Labuan itu atau untuk memberi orang lain kuasa untuk berbuat sedemikian.
Subseksyen (1) tidak menyentuh apa-apa hak mana-mana majlis, anggota majlis atau orang yang menyelia, atau pegawai sesuatu yayasan Labuan, mengikut mana-mana yang berkenaan, untuk membawa prosiding untuk menghalang pelakuan perbuatan yang melampaui kuasa pegawai itu.
Subseksyen (1) tidak menyentuh apa-apa liabiliti yang ditanggung oleh pegawai sesuatu yayasan Labuan atau mana-mana orang lain, oleh sebab pelakuan pegawai itu yang melampaui kuasa mereka.
Penyempurnaan kontrak, dokumen oleh yayasan Labuan
53. (1) Sesuatu yayasan Labuan boleh menyempurnakan apa-apa kontrak, surat ikatan, surat cara atau dokumen lain dengan, jika yayasan itu mempunyai meterai, mengecap meterai itu di hadapan dan dengan disaksikan oleh seorang anggota majlis atau orang yang menyelia, atau pegawai atau penandatangan lain yang diberi kuasa oleh yayasan Labuan itu, atau jika dibenarkan oleh dokumen konstituen, ditandatangani oleh penandatangan yang diberi kuasa itu.
Undang-Undang Malaysia 40
Akta 706
Mana-mana kontrak yang dibuat mengikut seksyen ini mempunyai kesan di sisi undang-undang, dan hendaklah mengikat sesuatu yayasan Labuan dan semua pihak lain kepada kontrak itu dan boleh diubah atau dibatalkan dengan cara yang kontrak itu dibenarkan dibuat.
Sesuatu dokumen atau prosiding yang menghendaki pengesahan oleh sesuatu yayasan Labuan boleh ditandatangani oleh seorang pegawai diberi kuasa yayasan Labuan itu dan tidak perlu ditandatangani di bawah meterainya.
Sesuatu yayasan Labuan boleh, secara bertulis—
jika yayasan Labuan itu mempunyai meterai, di bawah meterai itu; atau
dengan ditandatangani oleh penandatangan diberi kuasa yayasan Labuan itu, dengan setiap seorang menandatangani atau di bawah meterai penandatangan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, memberi mana-mana orang kuasa sama ada secara am atau berkenaan dengan apa-apa perkara tertentu sebagai ejen atau wakilnya untuk menyempurnakan surat ikatan, surat cara atau dokumen lain bagi pihaknya dan mana-mana surat ikatan, surat cara atau dokumen lain yang ditandatangani oleh ejen atau wakil itu bagi pihak yayasan
Labuan itu di bawah meterainya atau oleh penandatangan diberi kuasa ejen atau wakil itu, hendaklah mengikat yayasan Labuan itu; dan semua orang yang berurusan dengan suci hati berhak untuk menganggap penyempurnaan sewajarnya dan sepatutnya surat ikatan, surat cara atau dokumen lain itu, dan untuk bertindak dengan sewajarnya.
Penzahiran kepentingan
54. (1) Tiap-tiap anggota majlis, orang yang menyelia dan pegawai sesuatu yayasan Labuan yang dengan apa-apa cara, sama ada secara langsung atau tidak langsung, mempunyai kepentingan dalam sesuatu
Yayasan Labuan 41
kontrak atau kontrak yang dicadangkan dengan yayasan Labuan itu hendaklah, dengan seberapa segera yang boleh dilaksanakan selepas fakta yang berkaitan sampai ke pengetahuannya—
berhubung dengan anggota majlis dan orang yang menyelia—
mengisytiharkan jenis kepentingannya itu di mesyuarat majlis; atau
menyebabkan diedarkan secara bertulis kepada semua anggota majlis yang lain butir-butir mengenai kepentingannya itu; dan
berhubung dengan seseorang pegawai—
mengisytiharkan jenis kepentingannya itu di mesyuarat pegawai; atau
menyebabkan diedarkan secara bertulis kepada semua pegawai yang lain butir-butir mengenai kepentingannya itu.
Subseksyen (1) tidak terpakai dalam hal jika kepentingan anggota majlis, orang yang menyelia atau pegawai sesuatu yayasan
Labuan hanya kerana pegawai itu menjadi ahli atau pemiutang suatu perbadanan atau firma lain yang berkepentingan dalam kontrak atau kontrak yang dicadangkan dengan yayasan Labuan itu, jika kepentingan itu boleh dengan sepatutnya dianggap sebagai bukan kepentingan material.
Pengisytiharan kepentingan oleh seseorang anggota majlis, orang yang menyelia atau pegawai hendaklah dibuat pada masa yang berikut—
dalam hal suatu kontrak yang dicadangkan—
pengisytiharan itu hendaklah dibuat di mesyuarat majlis atau mesyuarat pegawai, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang padanya kontrak yang dicadangkan itu mula-mula sekali dipertimbangkan; atau
Undang-Undang Malaysia 42
Akta 706
pengisytiharan itu hendaklah dibuat di mesyuarat majlis atau mesyuarat pegawai yang berikutnya, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang diadakan selepas dia menjadi anggota majlis, orang yang menyelia atau pegawai menjadi berkepentingan sedemikian; dan
dalam hal suatu kontrak yang sedia ada, pengisytiharan itu hendaklah dibuat di mesyuarat majlis atau mesyuarat pegawai yang mula-mula sekali, mengikut mana-mana yang berkenaan, diadakan selepas anggota majlis, orangyang menyelia atau pegawai menjadi berkepentingan sedemikian.
Bagi maksud subseksyen (1), suatu notis am disifatkan telah diberikan oleh anggota majlis, orang yang menyelia atau pegawai kepada anggota majlis atau pegawai lain, mengikut mana-mana yang berkenaan, yayasan Labuan yang berkepentingan itu—
apabila notis itu diberikan di mesyuarat majlis atau mesyuarat pegawai, mengikut mana-mana yang berkenaan; atau
apabila anggota majlis, orang yang menyelia atau pegawai mengambil langkah yang munasabah untuk memastikan bahawa perkara itu dibangkitkan dan dibaca di mesyuarat majlis atau mesyuarat pegawai yang berikutnya, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Tiap-tiap anggota majlis, orang yang menyelia atau pegawai sesuatu yayasan Labuan yang memegang apa-apa jawatan atau mempunyai apa-apa harta yang kerananya, sama ada secara langsung atau tidak langsung, kewajipan atau kepentingan akan wujud yang bercanggah dengan kewajipan atau kepentingannya sebagai seorang anggota majlis, orang yang menyelia atau pegawai yayasan
Labuan itu, hendaklah mengisytiharkan di mesyuarat majlis atau mesyuarat pegawai yayasan Labuan itu atau menyebabkan supaya diedarkan secara bertulis kepada anggota majlis atau pegawai lain hakikat dan jenis, sifat dan takat percanggahan itu.
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh dikira sebagai menjejaskan kuat kuasa mana-mana peruntukan dalam dokumen konstituen sesuatu yayasan Labuan yang menyekat anggota majlis, orang yang menyelia atau pegawai sesuatu yayasan Labuan daripada mempunyai apa-apa kepentingan dalam kontrak dengan yayasan
Labuan itu.
Yayasan Labuan 43
Liabiliti anggota majlis, orang yang menyelia, pegawai dan setiausaha
55. (1) Tiada anggota majlis, orang yang menyelia, pegawai atau setiausaha sesuatu yayasan Labuan bertanggungjawab secara peribadi bagi apa-apa liabiliti sesuatu yayasan Labuan melainkan jika liabiliti itu telah dilakukan akibat daripada kecuaian melampau, keingkaran atau salah laku sengaja, fraud atau kecurangan anggota majlis, orang yang menyelia, pegawai atau setiausaha itu.
Tertakluk pada seksyen 56, mana-mana peruntukan yang terkandung dalam dokumen konstituen atau dalam mana-mana kontrak dengan yayasan Labuan itu atau selainnya, yang mengecualikan mana-mana anggota majlis, orang yang menyelia, pegawai atau setiausaha yayasan Labuan itu atau menanggung ruginya terhadap, apa-apa liabiliti yang menurut kuasa mana-mana rukun undang-undang akan, jika tidak kerana itu, berhubung kait dengannya berkenaan dengan apa-apa kecuaian, keingkaran, salah laku atau pelanggaran kewajipan yang dia bertanggungan baginya berhubung dengan yayasan Labuan itu, adalah terbatal.
Mahkamah boleh memberi relief
56. (1) Walau apa pun apa-apa yang terkandung dalam seksyen 55, sesuatu yayasan Labuan boleh, menurut mana-mana peruntukan sedemikian yang disebut dalam subseksyen 53(2), menanggung rugi mana-mana anggota majlis, orang yang menyelia, pegawai atau setiausaha sedemikian terhadap apa-apa liabiliti yang dilakukan olehnya dalam membuat pembelaan dalam apa-apa prosiding, sama ada sivil atau jenayah, yang dalamnya penghakiman yang memihak kepadanya diberikan atau yang dalamnya dia dibebaskan atau yang berkaitan dengan apa-apa permohonan di bawah subseksyen (2),
dan (4) yang relief diberikan kepadanya oleh Mahkamah.
Jika, dalam apa-apa prosiding bagi kecuaian, keingkaran, salah laku, peninggalan atau pelanggaran kewajipan terhadap seseorang anggota majlis, orang yang menyelia, pegawai atau setiausaha sesuatu yayasan Labuan, didapati oleh Mahkamah bahawa orang itu bertanggungan atau mungkin bertanggungan berkenaan dengan kecuaian, keingkaran, salah laku, peninggalan
Undang-Undang Malaysia 44
Akta 706
atau pelanggaran kewajipan, tetapi dia telah bertindak dengan jujur dan munasabah dan menjalankan usaha yang wajar, dan bahawa, setelah mengambil kira segala hal keadaan kes itu, termasuk yang berkaitan dengan pelantikannya, seadilnya dia patut dimaafkan bagi kecuaian, keingkaran, salah laku, peninggalan atau pelanggaran kewajipan itu, Mahkamah itu boleh melepaskannya, sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya, daripada liabilitinya atas apa-apa terma yang difikirkan patut oleh Mahkamah itu.
Jika seseorang anggota majlis, orang yang menyelia, pegawai atau setiausaha sesuatu yayasan Labuan mempunyai sebab untuk mengkhuatiri bahawa apa-apa tuntutan akan atau mungkin dibuat terhadapnya berkenaan dengan apa-apa kecuaian, keingkaran, salah laku, peninggalan atau pelanggaran kewajipan, dia boleh memohon kepada Mahkamah untuk mendapatkan relief, dan
Mahkamah hendaklah, atas mana-mana permohonan sedemikian, mempuyai kuasa untuk memberinya relief berkenaan dengan kecuaian, keingkaran, salah laku, peninggalan atau pelanggaran kewajipan itu.
Jika mana-mana kes yang baginya subseksyen (2) terpakai dibicarakan oleh seseorang hakim, hakim itu selepas mendengar keterangan, boleh, jika dia berpuas hati bahawa anggota majlis, orang yang menyelia, pegawai atau setiausaha itu patut menurut subseksyen itu dilepaskan sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya daripada liabiliti yang hendak dikuatkuasakan terhadapnya, menolak kes itu keseluruhannya atau sebahagiannya dan dengan serta-merta mengarahkan penghakiman yang memihak kepadanya dibuat atas apa-apa terma mengenai kos atau selainnya sebagaimana yang difikirkan patut oleh hakim itu.
Wang atau harta lain daripada aktiviti yang menyalahi undang-undang
57. (1) Sesuatu yayasan Labuan tidak boleh menerima—
apa-apa wang atau harta lain yang berpunca daripada suatu transaksi, operasi atau aktiviti lain yang merupakan kesalahan jenayah di bawah undang-undang Malaysia atau yang, jika dijalankan di Malaysia, akan menjadi kesalahan sedemikian; atau
Yayasan Labuan 45
apa-apa wang atau harta lain yang penerimaan, pemunyaan atau kawalannya adalah menjadi atau akan menjadi suatu kesalahan sebagaimana yang disebut dalam perenggan (a).
Menjadi kewajipan anggota majlis, orang yang menyelia, pegawai atau setiausaha sesuatu yayasan Labuan untuk membawa dengan serta-merta kepada pengetahuan Lembaga jika dia—
mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa yayasan
Labuan itu mempunyai harta atau pendapatan yang terakru kepadanya atau yang didapati olehnya dan yang berpunca daripada suatu transaksi, operasi atau aktiviti lain yang merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah undang-undang Malaysia atau yang, jika dijalankan di Malaysia, akan menjadi kesalahan sedemikian; atau
telah menerima atau mempunyai dalam milik atau kawalannya wang atau harta lain yang penerimaan, pemunyaan atau kawalannya adalah menjadi atau akan menjadi suatu kesalahan sebagaimana yang disebut dalam perenggan (a).
Mana-mana anggota majlis, orang yang menyelia, pegawai atau setiausaha sesuatu yayasan Labuan yang tanpa alasan yang munasabah tidak mematuhi kehendak subseksyen (1) atau tidak mematuhi kehendak subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan bagi suatu tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Semua wang atau harta yang diperihalkan dalam subseksyen (1) dan (2) hendaklah terlucut hak kepada Kerajaan dan menjadi hartanya secara mutlak.
Pelupusan secara fraud
58. (1) Jika dibuktikan bahawa sesuatu yayasan Labuan yang ditubuhkan atau didaftarkan di Labuan, atau harta yang dilupuskan kepada yayasan Labuan itu—
ditubuhkan atau didaftarkan atau dilupuskan sedemikian oleh atau bagi pihak pengasas dengan niat utama untuk memfraud pemiutang pengasas itu; dan
Undang-Undang Malaysia 46
Akta 706
telah, pada masa penubuhan atau pendaftaran atau pelupusan itu berlaku, menjadikan pengasas itu tidak solven atau tanpa harta yang dengannya tuntutan pemiutang itu, jika berjaya, akan dapat diselesaikan, maka penubuhan, pendaftaran atau pelupusan itu tidaklah menjadi tidak sah atau boleh batal dan yayasan Labuan itu adalah bertanggungan untuk menjelaskan tuntutan pemiutang itu setakat kepentingan yang pengasas itu ada dalam harta itu sebelum penubuhan, pendaftaran atau pelupusan itu, dan apa-apa pertambahan harta itu, jika ada, selepas itu.
Bagi maksud subseksyen (1), dalam menentukan sama ada sesuatu yayasan Labuan yang ditubuhkan atau didaftarkan atau sesuatu pelupusan telah menjadikan pengasas itu tidak solven atau tanpa harta yang dengannya tuntutan pemiutang itu, jika berjaya, dapat dijelaskan, hendaklah diambil kira nilai pasaran yang berpatutan bagi harta pengasas itu, pada masa sebaik selepas penubuhan, pendaftaran atau pelupusan itu.
Sekiranya nilai pasaran yang berpatutan bagi harta yang disebut dalam subseksyen (2) melebihi nilai tuntutan pemiutang, pada masa selepas penubuhan, pendaftaran atau pelupusan itu, maka yayasan Labuan yang ditubuhkan atau didaftarkan sedemikian atau pelupusan itu hendaklah bagi maksud Akta ini disifatkan tidak ditubuhkan atau didaftarkan, atau harta itu tidak dilupuskan, dengan niat utama untuk memfraud pemiutang itu.
Sesuatu yayasan Labuan yang ditubuhkan atau didaftarkan di Labuan dan sesuatu pelupusan harta kepada yayasan Labuan itu tidaklah menjadi fraud terhadap seseorang pemiutang seseorang pengasas—
jika penubuhan atau pendaftarannya, atau pelupusan itu, berlaku sebelum kausa tindakan pemiutang terhadap pengasas itu terakru atau berlaku;
jika penubuhan atau pendaftarannya, atau pelupusan itu, berlaku selepas habis tempoh dua tahun dari tarikh kausa tindakan pemiutang itu terakru; atau
Yayasan Labuan 47
jika penubuhan atau pendaftarannya, atau pelupusan itu, berlaku sebelum habis tempoh dua tahun dari tarikh kausa tindakan pemiutang terakru dan pemiutang itu tidak memulakan tindakan sebelum habis tempoh satu tahun dari tarikh penubuhan atau pendaftaran, atau pelupusan itu.
Seseorang pengasas tidak boleh dikaitkan dengan suatu niat untuk memfraud seseorang pemiutang semata-mata oleh sebab—
pengasas itu telah menubuhkan atau mendaftarkan suatu yayasan Labuan atau telah melupuskan harta kepada yayasan Labuan itu dalam tempoh dua tahun dari tarikh kausa tindakan pemiutang itu terakru; atau
pengasas itu ialah seorang benefisiari.
Jika sesuatu yayasan Labuan bertanggungan untuk menyelesaikan tuntutan pemiutang mengikut cara yang diperuntukkan dalam subseksyen (1) tetapi tidak dapat berbuat demikian disebabkan oleh hakikat bahawa harta itu telah dilupuskan, selain kepada seorang pembeli bona fide dengan nilai, maka apa-apa pelupusan sedemikian adalah tidak sah.
Bagi maksud seksyen ini, tarikh kausa tindakan terakru ialah—
tarikh perbuatan atau peninggalan yang boleh digunakan untuk membuktikan kausa tindakan sama ada sebahagiannya atau keseluruhannya; dan jika terdapat lebih daripada satu perbuatan atau jika peninggalan itu ialah peninggalan yang berterusan, tarikh perbuatan yang pertama atau tarikh peninggalan itu mula berlaku, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan
dalam hal sesuatu tindakan atas suatu penghakiman, tarikh perbuatan atau peninggalan itu, atau jika terdapat lebih daripada satu perbuatan atau peninggalan itu ialah peninggalan yang berterusan, tarikh perbuatan yang pertama atau tarikh peninggalan itu mula berlaku, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang menyebabkan timbulnya penghakiman itu.
Undang-Undang Malaysia 48
Akta 706
Dalam seksyen ini, istilah “pemiutang” termasuk mana-mana orang yang membuat penyataan adanya suatu kausa tindakan.
Akaun hendaklah disimpan
59. (1) Sesuatu yayasan Labuan hendaklah menyebabkan disimpan rekod perakaunan dan rekod lain yang sepatutnya yang akan menjelaskan dengan secukupnya transaksi dan kedudukan kewangan yayasan Labuan itu.
Tiap-tiap yayasan Labuan dan pegawai yayasan Labuan itu hendaklah menyebabkan catatan yang sepatutnya dibuat dalam rekod perakaunan dan rekod lain yayasan Labuan itu dalam tempoh enam puluh hari dari selesainya transaksi yang berkenaan dengannya rekod itu berkaitan.
Rekod perakaunan dan rekod lain sesuatu yayasan Labuan hendaklah disimpan di pejabat berdaftar yayasan Labuan itu atau di mana-mana tempat lain di Labuan sebagaimana yang difikirkan patut oleh pegawai dan hendaklah pada setiap masa boleh didapati untuk diperiksa oleh anggota majlis, orang yang menyelia, pegawai, dan juruaudit diluluskan, jika seorang juruaudit dilantik.
Seseorang pegawai yayasan Labuan yang tidak mengambil segala langkah yang munasabah untuk memastikan pematuhan oleh yayasan Labuan itu akan kehendak seksyen ini, atau disebabkan perbuatan ingkarnya sendiri menyebabkan apa-apa keingkaran oleh yayasan Labuan itu di bawah seksyen ini, adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan bagi suatu tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Mana-mana pengasas, anggota majlis, orang yang menyelia, pegawai dan setiausaha sesuatu yayasan Labuan berhak diberi, dalam tempoh tujuh hari selepas dia membuat permintaan kepada yayasan Labuan itu, sesalinan pernyataan kewangan, akaun dan rekod dan laporan juruaudit diluluskan, jika ada, tanpa bayaran dan jika terdapat keingkaran dalam memberikan salinan sedemikian, yayasan Labuan itu dan tiap-tiap pegawai adalah dianggap melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan bagi suatu tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Yayasan Labuan 49
Audit yayasan Labuan
60. (1) Jika, atas permohonan kepada Mahkamah oleh pengasas, anggota majlis, orang yang menyelia, pegawai, setiausaha atau benefisiari, Mahkamah berpuas hati bahawa terdapat keterangan prima facie mengenai kegagalan untuk mematuhi dokumen konstituen atau kehendak Akta ini dalam penjalanan sesuatu yayasan Labuan, Mahkamah boleh memerintahkan supaya dilantik seorang juruaudit diluluskan untuk menjalankan audit terhadap yayasan Labuan itu.
Pelantikan seorang juruaudit diluluskan di bawah subseksyen (1)
boleh dijadikan tertakluk pada syarat diserahkan oleh pemohon itu dengan Mahkamah suatu amaun, yang akan ditentukan oleh
Mahkamah itu, sebagai jaminan, bagi kos menjalankan audit itu.
Juruaudit diluluskan yang dilantik di bawah seksyen ini hendaklah mengemukakan laporannya kepada Mahkamah dalam apa-apa tempoh masa yang ditentukan oleh Mahkamah.
Mahkamah hendaklah membuat apa-apa perintah mengenai kos sebagaimana yang difikirkannya patut, dengan mengambil kira sama ada atau tidak permohonan itu mempunyai asas yang kukuh, dan jika permohonan itu tidak mempunyai asas yang kukuh,
Mahkamah boleh memerintahkan supaya apa-apa kerugian atau kos yang disebabkan kepada yayasan Labuan itu dengan audit itu dibayar oleh pemohon itu.
Tidak boleh berkuatkuasanya tuntutan atau penghakiman luar negara
61. (1) Semua persoalan yang berbangkit berkenaan dengan sesuatu yayasan Labuan yang ditubuhkan dan wujud di bawah Akta ini atau berkenaan dengan apa-apa pelupusan harta kepadanya hendaklah ditentukan mengikut Akta ini, tanpa merujuk kepada undang-undang mana-mana bidang kuasa lain yang dengannya yayasan Labuan itu atau pelupusan itu berkaitan, termasuk persoalan mengenai—
keupayaan pengasasnya;
apa-apa aspek mengenai kesahan yayasan Labuan itu atau pelupusan atau pentafsiran atau kesan yayasan Labuan itu;
Undang-Undang Malaysia 50
Akta 706
pentadbiran yayasan Labuan itu, sama ada pentadbiran itu dijalankan di Labuan atau di tempat lain, termasuk persoalan mengenai kuasa, obligasi, liabiliti dan hak badan yang mengurus tadbir atau orang yang menyelia yayasan Labuan itu dan pelantikan dan penyingkiran mereka; dan
adanya kuasa dan takat kuasa, yang diberikan atau dikekalkan oleh pengasas, termasuk kuasa untuk mengubah atau membatalkan piagam yayasan Labuan itu dan kesahan apa-apa penjalanan kuasa itu.
Jika sesuatu yayasan Labuan ditubuhkan dengan sah mengikut dokumen konstituennya atau sebagaimana yang diperuntukkan oleh
Akta ini, Mahkamah tidak boleh mengubahnya atau mengetepikannya atau mengiktiraf kesahan apa-apa tuntutan terhadap harta yayasan
Labuan itu menurut undang-undang bidang kuasa yang lain atau perintah Mahkamah daripada suatu bidang kuasa yang lain berkenaan dengan yang berikut:
akibat terhadap diri dan harta daripada suatu perkahwinan atau penamatan perkahwinan;
hak pewarisan, sama ada dengan wasiat atau tidak, termasuk bahagian tetap suami atau isteri atau saudara mara;
apa-apa tuntutan atau perintah Mahkamah berkaitan dengan perkara yang disebut dalam perenggan (a) atau (b)
berkenaan dengan undang-undang diri pengasas atau benefisiari; dan
tuntutan pemiutang dalam hal ketidaksolvenan tertakluk pada peruntukan seksyen ini.
Bahagian VII
BENEFISIARI
Hak benefisiari bagi maklumat berkaitan dengan kepentingannya
62. (1) Seseorang benefisiari yang mempunyai kepentingan yang terletak hak dalam harta sesuatu yayasan Labuan adalah mempunyai hak untuk meminta daripada anggota majlis, orang
Yayasan Labuan 51
yang menyelia atau pegawai yayasan Labuan itu maklumat dan dokumen berkaitan dengan kepentingannya dan secara khusus berhak—
untuk menerima, atas permintaan, maklumat daripada yayasan Labuan itu berkenaan dengan pencapaian maksud dan matlamat yayasan itu;
atas permintaan, untuk memeriksa dan diberikan sesalinan—
piagam yayasan Labuan itu dan apa-apa pindaan yang dibuat kepada piagam itu;
artikel yayasan Labuan itu dan apa-apa pindaan yang dibuat kepada artikel itu;
mana-mana laporan audit, termasuk mana-mana laporan audit khas, buku akaun, laporan mengenai kedudukan kewangan yayasan Labuan itu dan akaun tahunannya.
Permintaan untuk menerima maklumat atau memeriksa dokumen yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah dibuat secara bertulis.
Maklumat dan dokumen yang disebut dalam subseksyen (1)
termasuklah—
semua dokumen yang berhubungan dengan kepentingan yang terletak hak pada benefisiari yang dalamnya terma yayasan Labuan itu atau apa-apa penjalanan kuasa atau budi bicara boleh didapati; dan
semua pernyataan kewangan yayasan Labuan itu sebagaimana yang ia berhubungan dengan kepentingan benefisiari itu.
Hak benefisiari bagi kerahsiaan
63. (1) Apabila menzahirkan apa-apa maklumat atau dokumen kepada mana-mana benefisiari, anggota majlis, orang yang menyelia atau pegawai yayasan Labuan itu hendaklah—
jika benefisiari yang lain meminta supaya dipelihara kerahsiaan; atau
Undang-Undang Malaysia 52
Akta 706
jika anggota majlis, orang yang menyelia atau pegawai itu mengikut budi bicara mutlak mereka memutuskan bahawa kerahsiaan merupakan yang terbaik bagi kepentingan benefisiari yang lain itu, mengambil segala langkah yang munasabah untuk memelihara hak kerahsiaan benefisiari yang lain itu dengan memberi benefisiari itu sahaja dokumen atau maklumat yang membolehkan hak dan kepentingan atau faedah benefisiari itu di bawah yayasan Labuan itu ditentukan.
Maklumat dan dokumen itu boleh termasuk salinan atau cabutan dokumen konstituen atau dokumen lain yang diperakukan dan salinan nasihat atau pernyataan yang daripadanya nama dan kepentingan benefisiari yang lain itu telah disunting atau dipotong untuk memelihara kerahsiaan yang merupakan hak benefisiari yang lain itu.
Mahkamah boleh memerintahkan maklumat diberikan kepada benefisiari
64. (1) Sekiranya sesuatu yayasan Labuan tidak memenuhi permintaan untuk mendapatkan maklumat di bawah seksyen 62 atau tidak menyediakan dokumen boleh untuk pemeriksaan mengikut seksyen 62 dan 63 dalam masa yang munasabah, Mahkamah boleh, atas permohonan benefisiari itu, memerintahkan—
supaya diberikan maklumat yang diminta itu; dan
pemeriksaan dokumen itu, jika wajar, oleh orang yang mempunyai kelayakan profesional untuk menilai maklumat yang terkandung dalam dokumen itu dan melaporkan kepada benefisiari yang membuat permohonan itu kepada
Mahkamah.
Mana-mana anggota majlis, orang yang menyelia atau pegawai sesuatu yayasan Labuan yang tidak mengambil segala langkah yang munasabah untuk memastikan pematuhan oleh yayasan Labuan itu akan kehendak seksyen ini, atau dengan
Yayasan Labuan 53
perbuatan sengajanya menyebabkan ketidakpatuhan, juga dengan sendirinya bertanggungjawab terhadap ketidakpatuhan tersebut dan hendaklah dikomitkan kepada apa-apa perintah sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah.
Pembahagian harta kepada benefisiari
65. (1) Kecuali jika dokumen konstituen memperuntukkan selainnya, tiada pembahagian kepada benefisiari boleh dibuat dengan sah melainkan jika ditandatangani oleh semua pegawai yang dilantik.
Pegawai sesuatu yayasan Labuan hanya boleh memberi kuasa pembahagian kepada benefisiari mengikut Akta ini dan dokumen konstituen yayasan Labuan itu.
Tiada pembahagian kepada benefisiari boleh dibuat bagi maksud menggagalkan, atau jika kesan berbuat sedemikian akan menggagalkan, tuntutan mana-mana pemiutang yayasan Labuan itu.
Pewakilan kuasa untuk memberi kuasa pembahagian kepada benefisiari oleh pegawai
66. (1) Kecuali jika dokumen konstituen memperuntukkan selainnya—
pegawai yang bertindak sebulat suara boleh mewakilkan kepada salah seorang daripada mereka melalui dokumen yang ditandatangani oleh setiap daripada mereka, kuasa pegawai itu untuk memberi kuasa pembahagian kepada benefisiari; dan
kuasa yang diwakilkan sedemikian di bawah perenggan (a)
hendaklah dijalankan sebagaimana yang diperuntukkan dalam dokumen pewakilan kuasa itu.
Subseksyen (1) hendaklah terpakai bagi pegawai yang kepadanya kuasa diwakilkan bagi penjalanan kuasa itu seolah-olah sebutan dalam subseksyen itu mengenai pegawai yang menjalankan kuasa yang diwakilkan itu ialah sebutan bagi pegawai yang bertindak bersesama.
Undang-Undang Malaysia 54
Akta 706
Bahagian VIII
PEMBUBARAN
Pembubaran
67. (1) Sesuatu yayasan Labuan hendaklah terbubar apabila berlaku hal-hal yang berikut dan apabila pegawai meluluskan suatu ketetapan yang memberi kesan demikian:
yayasan Labuan itu ditubuhkan bagi jangka masa tertentu dan jangka masa itu telah habis tempoh;
maksud yayasan Labuan itu telah dicapai atau sudah tidak berupaya untuk dicapai; atau
mana-mana peruntukan piagam yayasan Labuan itu menghendaki sedemikian.
Jika dicadangkan supaya dibubarkan sesuatu yayasan
Labuan menurut peruntukan subseksyen (1), pegawai, atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh piagam yayasan
Labuan itu untuk menyelia pembubaran yayasan Labuan itu hendaklah membuat perisytiharan yang bermaksud bahawa mereka telah menjalankan siasatan mengenai hal ehwal yayasan Labuan itu dan berpendapat bahawa yayasan Labuan itu akan dapat membayar sepenuhnya hutangnya apabila dibubarkan.
Suatu perisytiharan yang dibuat sedemikian di bawah subseksyen (2) tidak mempunyai kesan melainkan jika ia dibuat dalam tempoh tiga puluh hari sebaik sebelum diluluskan ketetapan di bawah subseksyen (1).
Pegawai hendaklah menyebabkan supaya diserahkan kepada
Lembaga perisytiharan yang dibuat menurut subseksyen (2) berserta dengan suatu salinan ketetapan yang dibuat menurut subseksyen (1)
dalam tempoh tiga puluh hari dari kelulusan ketetapan itu.
Yayasan Labuan 55
Melainkan jika Mahkamah mengarahkan selainnya di bawah subseksyen 68(2), pegawai hendaklah melakukan segala benda yang perlu bagi penggulungan teratur hal ehwal yayasan Labuan itu, dan hendaklah mengumpul harta yayasan Labuan itu, dan selepas menunaikan atau membuat peruntukan yang secukupnya bagi penunaian obligasi yayasan Labuan itu, hendaklah membahagikan harta yang tinggal mengikut cara yang diperuntukkan dalam seksyen 69.
Kuasa Mahkamah untuk memerintahkan pembubaran
68. (1) Tanpa menjejaskan seksyen 65, Mahkamah boleh, atas permohonan yayasan Labuan, atau oleh pemiutang atau pemiutang-pemiutang yayasan Labuan itu atau oleh Lembaga, memerintahkan pembubaran yayasan Labuan itu jika Mahkamah berpendapat bahawa adalah adil dan saksama yayasan Labuan itu dibubarkan.
Jika Mahkamah memerintahkan supaya sesuatu yayasan
Labuan dibubarkan di bawah seksyen ini, Mahkamah boleh melantik seorang yang merupakan seorang pelikuidasi yang diluluskan di bawah seksyen 12 Akta Syarikat Labuan 1990 untuk menyelia pembubaran yayasan Labuan itu dan boleh, dari semasa ke semasa, mengarahkan cara pembubaran itu hendaklah dijalankan.
Pembahagian harta
69. (1) Tertakluk pada subseksyen (2), jika sesuatu yayasan Labuan dibubarkan dan ada harta yang tinggal selepas pembubarannya, harta itu hendaklah menjadi harta benefisiari yang, mengikut dokumen konstituen yayasan Labuan itu, berhak untuk menerima apa-apa harta yang tinggal selepas pembubaran yayasan Labuan itu.
Dalam hal tiada peruntukan yang berlawanan dalam dokumen konstituen yayasan Labuan itu, jika terdapat lebih daripada seorang benefisiari yang tinggal yang berhak untuk menerima harta yang tinggal, harta yang tinggal itu hendaklah dibahagikan sama rata antara mereka.
Undang-Undang Malaysia 56
Akta 706
Harta yang tinggal hendaklah diuruskan mengikut mana-mana undang-undang berkaitan yang berhubungan dengan wang tidak dituntut yang berkuat kuasa di Malaysia sekiranya—
tiada benefisiari yang berhak untuk menerima harta yayasan
Labuan yang tinggal itu sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (1);
benefisiari yang berhak untuk menerima harta yang tinggal itu enggan untuk menerima pemindahmilikan harta yang tinggal itu; atau
tiada peruntukan yang berkaitan dalam dokumen konstituen yayasan Labuan itu.
Bahagian IX
PERUNTUKAN AM
Fi
70. (1) Lembaga boleh menetapkan fi berkenaan dengan apa-apa perkhidmatan yang diberikan oleh Lembaga di bawah Akta ini dan berkenaan dengan fi yang dikehendaki ditetapkan di bawah
Akta ini.
Sesuatu yayasan Labuan hendaklah membayar apa-apa fi tahunan yang ditetapkan, pada atau sebelum setiap ulang tahun tarikh pendaftarannya.
Jika sesuatu yayasan Labuan tidak membayar fi tahunan yang disebut dalam subseksyen (2) pada atau sebelum habis tempoh enam bulan dari tarikh pembayaran fi tahunan itu, maka hendaklah dibayar sebagai tambahan kepada fi tahunan itu suatu amaun yang bersamaan dengan lima puluh peratus fi tahunan itu.
Apa-apa fi yang dipungut oleh atau dibayar kepada Lembaga di bawah Akta ini hendaklah menjadi sebahagian daripada dan dikreditkan ke dalam Kumpulan Wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 29 Akta Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan 1996.
Yayasan Labuan 57
Kerahsiaan
71. (1) Tiada seorang pun yang dengan apa-apa cara mempunyai akses kepada apa-apa rekod, buku, daftar, surat menyurat, dokumen, bahan atau maklumat, yang berhubungan dengan urusan dan hal ehwal yayasan Labuan, boleh memberikan, mendedahkan, memberitahu, menerbitkan atau selainnya menzahirkan kepada mana-mana orang rekod, buku, daftar, surat menyurat, dokumen, bahan atau maklumat itu.
Semua prosiding, selain prosiding jenayah, yang berhubungan dengan mana-mana yayasan Labuan yang dimulakan dalam mana-mana
Mahkamah di bawah peruntukan Akta ini dan apa-apa rayuan daripada prosiding itu, hendaklah, melainkan jika diperintahkan selainnya oleh Mahkamah, didengar secara tertutup dan tiada butir-butir prosiding itu boleh diterbitkan oleh mana-mana orang tanpa keizinan Mahkamah.
Peruntukan subseksyen (1) tidak terpakai jika penzahiran—
dikehendaki menurut suatu perintah mahkamah yang mempunyai bidang kuasa berwibawa dalam apa-apa prosiding, jika perintah itu telah diperoleh melalui permohonan ex-parte, yayasan Labuan itu boleh memberitahu orang yang terlibat dengan perintah itu dan apabila diterima pemberitahuan itu, orang yang terlibat itu boleh memfailkan permohonan yang perlu kepada mahkamah untuk menentang perintah itu atau selainnya mematuhi perintah itu dengan sewajarnya;
dikehendaki bagi maksud pelaksanaan fungsi seliaan
Lembaga sebagaimana yang diperuntukkan di bawah
Akta Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan 1996;
adalah menurut seksyen 22 Akta Cukai Aktiviti Perniagaan
Labuan 1990; atau
dengan persetujuan yayasan Labuan itu.
Tertakluk pada subseksyen (3), mana-mana orang yang menyalahi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Undang-Undang Malaysia 58
Akta 706
Tiada apa jua pun dalam seksyen ini boleh menghalang mana-mana Mahkamah daripada menjalankan budi bicaranya untuk menghendaki mana-mana orang untuk mengemukakan apa-apa dokumen atau untuk memberikan apa-apa keterangan dalam mana-mana prosiding di hadapan Mahkamah yang berkaitan dengan prosiding itu.
Hak untuk mendapatkan maklumat
72. (1) Tertakluk pada peruntukan lain seksyen ini, pegawai atau setiausaha sesuatu yayasan Labuan hendaklah, apabila diterima permintaan, memberikan maklumat yang tepat mengenai kedudukan dan amaun harta yayasan Labuan itu dan pentadbiran yayasan
Labuan itu—
kepada Mahkamah;
kepada Lembaga menurut peruntukan Akta Lembaga
Perkhidmatan Kewangan Labuan 1996; dan
kepada pengasas, anggota majlis, orang yang menyelia, atau benefisiari, melainkan jika pegawai itu mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa orang itu membuat permintaan itu dalam keadaan dures.
Walau apa pun terma dokumen konstituen, Mahkamah boleh, atas permohonan yang dibuat kepada Mahkamah, mengehadkan hak pengasas, anggota majlis, orang yang menyelia, benefisiari atau mana-mana orang untuk mendapatkan maklumat yang berhubungan dengan yayasan Labuan itu atau boleh membuat apa-apa perintah lain sebagaimana yang difikirkannya patut.
Jika mana-mana pengasas, anggota majlis, orang yang menyelia, pegawai, setiausaha, atau benefisiari dikehendaki oleh atau di bawah Akta ini untuk menyerahkan, mengemukakan atau memberikan kepada Lembaga apa-apa maklumat, statistik, penyata atau dokumen, Lembaga boleh menetapkan bahawa ia hendaklah diserahkan, dikemukakan atau diberikan mengikut apa-apa bentuk dan cara dan dalam apa-apa tempoh atau apa-apa lat tempoh atau masa, yang selaras dengan mana-mana peruntukan Akta ini atau
Yayasan Labuan 59
peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, sebagaimana yang dinyatakan oleh Lembaga dalam penetapan itu, dan pengasas, anggota majlis, orang yang menyelia, pegawai, setiausaha, atau benefisiari itu tidak boleh menyerahkan, mengemukakan atau memberikan sebagai benar dan tepat apa-apa maklumat, statistik, penyata atau dokumen yang diketahuinya, atau yang dia mempunyai sebab untuk mempercayai, adalah palsu, tidak tepat atau mengelirukan.
Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (3)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Sulit
73. (1) Kecuali sebagaimana dikehendaki, dibenarkan atau selainnya diperuntukkan oleh Akta ini, Mahkamah, atau dokumen konstituen yayasan Labuan atau sebagaimana perlu bagi maksud yayasan
Labuan, dan walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang lain—
tiap-tiap anggota majlis, orang yang menyelia, pegawai, atau setiausaha sesuatu yayasan Labuan hendaklah pada setiap masa menganggap dan memperlakukan semua dokumen dan maklumat yang berhubungan dengan sesuatu yayasan Labuan sebagai rahsia dan sulit; dan
tiada anggota majlis, orang yang menyelia, pegawai, atau setiausaha sesuatu yayasan Labuan boleh pada bila-bila masa dikehendaki untuk mengemukakan kepada atau di hadapan mana-mana Mahkamah, tribunal, lembaga, jawatankuasa siasatan atau mana-mana pihak berkuasa lain atau untuk mendedahkan kepada mana-mana pihak berkuasa sedemikian apa-apa perkara atau benda yang sampai pada pengetahuannya atau yang berada dalam miliknya kerana apa-apa sebab, jika perkara atau benda itu adalah berhubungan dengan sesuatu yayasan Labuan.
Undang-Undang Malaysia 60
Akta 706
Mana-mana anggota majlis, orang yang menyelia, pegawai, atau setiausaha sesuatu yayasan Labuan yang, kecuali sebagaimana yang dikehendaki, dibenarkan atau selainnya diperuntukkan oleh
Akta ini, Mahkamah, atau dokumen konstituen, pada bila-bila masa menyampaikan atau cuba untuk menyampaikan apa-apa perkara atau benda yang berhubungan dengan sesuatu yayasan
Labuan kepada mana-mana orang melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Pendakwaan
74. Tiada pendakwaan berkenaan dengan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini boleh dimulakan kecuali oleh atau dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya.
Kesalahan yang berhubungan dengan dokumen yayasan Labuan
75. Mana-mana orang yang membuat pernyataan dalam apa-apa dokumen, bahan, keterangan atau maklumat yang dikehendaki disimpan atau yang dikehendaki supaya disampaikan kepada
Lembaga di bawah Akta ini yang adalah palsu atau mengelirukan berkenaan dengan apa-apa fakta material atau yang tidak menyatakan apa-apa fakta material melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan
76. (1) Jika sesuatu pertubuhan perbadanan melakukan kesalahan di bawah Akta ini, mana-mana orang yang pada masa pelakuan kesalahan itu merupakan seorang pengarah atau pegawai dalam pertubuhan perbadanan itu atau yang berupa sebagai bertindak atas apa-apa sifat sedemikian atau yang telah dengan apa-apa cara atau apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan apa-apa hal-ehwal pertubuhan perbadanan itu atau yang membantu dalam pengurusan sedemikian—
boleh didakwa secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama bersekali dengan pertubuhan perbadanan itu; dan
Yayasan Labuan 61
jika pertubuhan perbadanan itu didapati melakukan kesalahan itu, hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan bagi segala hal keadaan, dia membuktikan—
bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan, persetujuan atau pembiarannya; dan
bahawa dia telah mengambil segala langkah berjaga-jaga yang munasabah dan telah menjalankan usaha yang wajar untuk mengelakkan berlakunya kesalahan itu.
Jika mana-mana orang di bawah Akta ini boleh dikenakan apa-apa hukuman atau penalti bagi perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkarannya, dia boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran oleh mana-mana pekerja atau ejennya, atau pekerja ejen itu, jika perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran itu telah dilakukan—
oleh pekerja orang itu semasa penggajiannya;
oleh ejen itu apabila bertindak bagi pihak orang itu; atau
oleh pekerja ejen itu semasa penggajian pekerja itu oleh ejen itu atau selainnya bagi pihak ejen itu yang bertindak bagi pihak orang itu.
Kuasa mengkompaun
77. (1) Lembaga boleh, dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya, mengkompaun mana-mana kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang di bawah Akta ini dengan membuat tawaran secara bertulis kepada orang yang semunasabahnya disyaki telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaun kesalahan itu apabila dibayar kepada Lembaga suatu jumlah wang tidak melebihi lima puluh peratus daripada denda maksimum bagi kesalahan itu dalam apa-apa masa sebagaimana yang dinyatakan dalam tawaran bertulisnya.
Undang-Undang Malaysia 62
Akta 706
Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu atau apa-apa perlanjutan masa yang boleh diberikan oleh Lembaga, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
Jika sesuatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran kompaun itu dibuat, dan apa-apa dokumen atau benda yang disita berkaitan dengan kesalahan itu boleh dilepaskan atau dilucuthak oleh Lembaga, tertakluk pada apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut untuk dikenakan mengikut syarat-syarat kompaun.
Semua jumlah wang yang diterima oleh Lembaga di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan
Persekutuan.
Kuasa untuk mengenakan penalti pentadbiran
78. (1) Lembaga boleh mengenakan penalti pentadbiran terhadap mana-mana orang yang tidak mematuhi mana-mana peruntukan
Akta ini.
Lembaga hendaklah, sebelum membuat keputusan untuk mengenakan apa-apa penalti pentadbiran terhadap mana-mana orang, menyampaikan kepada orang itu suatu notis bertulis yang menghendakinya untuk menunjukkan sebab mengapa penalti pentadbiran itu tidak patut dikenakan terhadapnya.
Jika suatu penjelasan yang memuaskan tidak diterima dalam apa-apa tempoh yang dinyatakan dalam notis bertulis itu, Lembaga boleh mengenakan suatu penalti pentadbiran sebanyak amaun yang tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari ketidakpatuhan itu dan amaun itu tidak boleh secara keseluruhannya melebihi sepuluh ribu ringgit.
Yayasan Labuan 63
Jika seseorang tidak membayar suatu penalti pentadbiran yang dikenakan oleh Lembaga di bawah subseksyen (3), penalti yang dikenakan oleh Lembaga itu boleh dibawa guaman baginya dan didapatkan balik sebagai hutang yang tertunggak kepada
Lembaga.
Kuasa am untuk menetapkan dan menentukan
79. Jika apa-apa perkara yang dikehendaki ditetapkan atau ditentukan di bawah Akta ini dan tiada cara dinyatakan, ia hendaklah ditetapkan atau ditentukan, mengikut mana-mana yang berkenaan, secara bertulis, dan peruntukan yang berlainan boleh dibuat bagi orang yang berlainan, golongan, kategori atau perihalan orang yang berlainan.
Kuasa Menteri untuk membuat peraturan-peraturan
80. (1) Menteri boleh, atas syor Lembaga, membuat peraturan-peraturan yang perlu atau suai manfaat bagi menjalankan sepenuhnya peruntukan Akta ini.
Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini boleh memperuntukkan bagi apa-apa perbuatan atau peninggalan yang melanggar mana-mana peraturan-peraturan itu menjadi suatu kesalahan dan boleh mengadakan peruntukan bagi penalti denda yang tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit.
Kuasa Menteri untuk meminda Jadual
81. (1) Menteri boleh, atas syor Lembaga, dari semasa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengubah, memotong, menambah, menggantikan, atau selainnya meminda
Jadual dan dengan penyiaran itu, Jadual sebagaimana yang diubah, dipotong, ditambah, digantikan atau selainnya dipinda, hendaklah berkuat kuasa dengan sepenuhnya dan berkesan dan hendaklah disifatkan menjadi suatu bahagian penting daripada Akta ini dari tarikh penyiaran itu, atau dari tarikh yang kemudian daripada itu sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu.
Undang-Undang Malaysia 64
Akta 706
Menteri boleh, dalam mengubah, memotong atau menggantikan mana-mana Jadual yang disebut dalam subseksyen (1), mengenakan apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya perlu.
Kuasa Menteri untuk memberikan pengecualian
82. Menteri boleh, atas syor Lembaga, mengecualikan mana-mana yayasan Labuan daripada mana-mana peruntukan Akta ini dan boleh, dalam memberikan pengecualian itu, mengenakan apa-apa terma dan syarat yang difikirkan patut oleh Menteri.
Tatacara jika tidak ditetapkan
83. Sekiranya apa-apa perbuatan atau langkah dikehendaki atau dibenarkan untuk dilakukan atau diambil di bawah Akta ini dan tiada bentuk atau tatacara ditetapkan sama ada dalam Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, permohonan boleh dibuat kepada Lembaga bagi mendapatkan arahan tentang cara perbuatan atau langkah itu boleh dibuat atau diambil, dan apa-apa perbuatan atau langkah yang dibuat atau diambil mengikut arahannya hendaklah menjadi pelaksanaan yang sah bagi perbuatan atau langkah itu.
Pemakaian Akta Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan 1996
84. Jika terdapat apa-apa percanggahan atau ketidakselarasan antara peruntukan Akta ini dengan Akta Lembaga Perkhidmatan
Kewangan Labuan 1996, peruntukan Akta Lembaga Perkhidmatan
Kewangan Labuan 1996 hendaklah dipakai.
Yayasan Labuan 65
Jadual Pertama
[Subseksyen 8(2)]
Butir-butir Piagam
1. Nama yayasan Labuan.
2. Nama dan alamat pengasas atau jika pengasas ialah suatu pertubuhan perbadanan atau perbadanan, tempat ia diperbadankan dan pejabat berdaftar atau pejabat utamanya atau tempat perniagaannya.
3. Maksud atau matlamat yayasan Labuan itu.
4. Identiti benefisiari atau pengenalpastian suatu badan yang dengannya benefisiari itu akan dipastikan, atau pernyataan bahawa yayasan Labuan itu akan memanfaatkan orang awam keseluruhannya.
5. Tempoh, jika ada, yang baginya yayasan Labuan itu akan wujud atau, jika yayasan Labuan itu akan wujud bagi tempoh yang tidak ditentukan, pernyataan mengenai hakikat itu.
6. Nama dan alamat setiausaha yayasan Labuan itu di Labuan yang merupakan alamat pejabat berdaftar yayasan Labuan itu mengikut kehendak seksyen 44.
Jadual Kedua
[Subseksyen 8(3)]
Peruntukan Piagam
1. Pemeliharaan hak atau kuasa pengasas.
2. Pindaan piagam.
3. Menghendaki atau membenarkan artikel dibuat.
4. Penambahan atau penyingkiran benefisiari.
5. Pelantikan majlis, anggota majlis atau orang yang menyelia sama ada sebagai ganti atau tambahan bagi majlis, dan peranan dan kuasa mereka.
6. Pengawalseliaan mana-mana orang yang menyelia yayasan Labuan.
7. Pelantikan, penamatan pelantikan, tempoh jawatan dan kuasa pewakilan pegawai-pegawai yayasan Labuan.
Undang-Undang Malaysia 66
Akta 706
8. Pelantikan, penamatan pelantikan dan tempoh jawatan juruaudit diluluskan kepada yayasan Labuan itu mengikut budi bicara majlis.
9.
Pembatalan piagam oleh pengasas dan pemulangan harta kepada pengasas.
Jadual Ketiga
[Subseksyen 10(1)]
Artikel Yayasan Labuan
1. Pembahagian harta kepada benefisiari.
2. Pengenalpastian mana-mana benefisiari permulaan atau mana-mana benefisiari yang akan ditetapkan pada tarikh kemudian.
3. Nilai minimum harta yayasan Labuan itu yang dalam ketiadaannya tiada pembahagian kepada mana-mana benefisiari boleh dibuat.
4.
Pengenalpastian benefisiari yang tinggal apabila yayasan Labuan itu dibubarkan.
Jadual Keempat
[Subseksyen 14(1)]
Dokumen bagi Pendaftaran Yayasan Labuan
1. Pernyataan yang ditandatangani oleh setiausaha yayasan Labuan yang mengandungi butir-butir yang berikut yang dicabut daripada piagam:
nama yayasan Labuan;
tarikh piagam dan tarikh mengenai apa-apa pindaan yang dibuat kepada piagam itu;
maksud dan matlamat yayasan Labuan;
tarikh artikel yayasan Labuan itu, jika ada, dan tarikh mengenai apa-apa pindaan yang dibuat kepada artikel itu;
nama dan alamat setiausaha yayasan Labuan itu;
Yayasan Labuan 67
alamat pejabat berdaftar yayasan Labuan itu;
tempoh yang baginya yayasan Labuan itu ditubuhkan; dan
salinan asal piagam yayasan Labuan.
2.
Senarai yang mengandungi nama dan alamat pegawai yayasan Labuan.
3.
Akuan berkanun oleh setiausaha yayasan Labuan mengenai pematuhan semua kehendak yang berkaitan Akta ini.
Jadual Kelima
[Seksyen 26 dan 36]
Mesyuarat Majlis dan Mesyuarat Pegawai
Mesyuarat majlis dan mesyuarat pegawai
1. (1) Tertakluk pada apa-apa had dalam dokumen konstituen, anggota majlis dan pegawai sesuatu yayasan Labuan boleh memanggil mesyuarat mengikut apa-apa cara dan pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat di dalam atau di luar Labuan sebagaimana yang perlu.
Tertakluk pada apa-apa had dalam dokumen konstituen, sesuatu mesyuarat majlis dan mesyuarat pegawai-pegawai sesuatu yayasan Labuan boleh diadakan di lebih daripada satu tempat dengan menggunakan apa-apa teknologi yang memberi semua anggota majlis dan pegawai peluang yang munasabah untuk didengar.
Mesyuarat majlis
2. (1) Peruntukan yang berikut hendaklah berkuat kuasa setakat yang dokumen konstituen sesuatu yayasan Labuan tidak membuat peruntukan yang lain baginya berkenaan dengan sesuatu mesyuarat majlis:
suatu mesyuarat majlis boleh dipanggil melalui notis tujuh hari secara bertulis;
notis mesyuarat majlis hendaklah disampaikan kepada tiap-tiap pengasas dan anggota majlis sendiri secara bertulis, melalui pos, melalui facsimile atau secara elektronik di alamat yang terakhir sekali diberikan kepada yayasan Labuan itu bagi maksud penyampaian apa-apa notis;
mana-mana anggota majlis boleh memanggil mesyuarat;
Undang-Undang Malaysia 68
Akta 706
kuorum ialah sekurang-kurangnya dua anggota majlis;
anggota-anggota majlis yang hadir hendaklah melantik seorang pengerusi daripada kalangan mereka; dan
tertakluk pada peruntukan Akta ini, anggota-anggota majlis hendaklah meluluskan ketetapan, melalui majoriti biasa undi anggota-anggota majlis, setiap anggota majlis mempunyai satu undi dan pengerusi mempunyai undi pemutus dalam hal undi sama rata.
Semua minit mesyuarat majlis hendaklah direkodkan dan disimpan di pejabat berdaftar.
Apa-apa minit sedemikian sebagaimana yang diperuntukkan dalam subperenggan (2), jika berupa ditandatangani oleh pengerusi mesyuarat yang dalamnya prosiding itu diadakan, atau oleh pengerusi mesyuarat yang berikutnya, hendaklah menjadi keterangan mengenai prosiding itu.
Jika minit mesyuarat majlis telah dibuat mengikut peruntukan seksyen ini, mesyuarat itu hendaklah disifatkan telah diadakan dan dimulakan dengan sewajarnya, sehingga dibuktikan sebaliknya.
Perenggan ini tidak terpakai dalam hal majlis yang mempunyai anggota tunggal, dan apa-apa sebutan kepada minit mesyuarat majlis hendaklah menjadi keterangan mengenai suatu keputusan atau arahan majlis berhubung dengan apa-apa perkara mengenai apa-apa hal-ehwal yayasan Labuan itu.
Mesyuarat tahunan pegawai dan mesyuarat pegawai
3. (1) Yayasan Labuan hendaklah, dalam setiap tahun, mengadakan sekurang-kurangnya satu mesyuarat pegawai-pegawai sebagai mesyuarat tahunannya sebagai tambahan bagi mana-mana mesyuarat lain dalam tahun itu, dan hendaklah menetapkan mesyuarat itu sebagai sedemikian dalam notis memanggil mesyuarat itu.
Pengasas, dan anggota majlis atau orang yang menyelia berhak untuk—
diberitahu mengenai mesyuarat itu;
membentangkan urusan untuk dipertimbangkan pada mesyuarat itu; dan
hadir dan didengar pada mesyuarat itu, tetapi tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat itu.
Yayasan Labuan 69
Notis mesyuarat pegawai
4. Mesyuarat pegawai-pegawai boleh dipanggil dengan notis tujuh hari secara bertulis dan notis mesyuarat itu hendaklah disampaikan kepada tiap-tiap pengasas, anggota majlis atau orang yang menyelia, pegawai secara bertulis melalui pos, faksimile atau secara elektronik di alamat yang terakhir diberikan kepada yayasan Labuan itu bagi maksud penyampaian apa-apa notis.
Rekuisisi mesyuarat
5. (1) Pegawai sesuatu yayasan Labuan, walau apa pun apa-apa dalam dokumen konstituen yayasan Labuan itu, hendaklah, atas rekuisisi pengasas, anggota majlis atau orang yang menyelia dengan serta-merta mengambil tindakan untuk memanggil mesyuarat pegawai-pegawai.
Rekuisisi itu hendaklah—
menyatakan matlamat mesyuarat itu;
ditandatangani oleh orang yang membuat rekuisisi itu; dan
disimpan di alamat berdaftar yayasan Labuan itu.
Jika pegawai-pegawai tidak, dalam tempoh dua puluh satu hari dari tarikh rekuisisi itu, memanggil mesyuarat, orang yang membuat rekuisisi itu boleh memanggil mesyuarat, dengan syarat bahawa mesyuarat itu diadakan dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh rekuisisi itu.
Suatu mesyuarat yang dipanggil di bawah perenggan ini oleh orang yang membuat rekuisisi hendaklah dipanggil mengikut cara yang sama, seberapa hampir yang mungkin, dengan cara yang mengikutnya mesyuarat hendaklah dipanggil oleh pegawai-pegawai.
Apa-apa perbelanjaan yang munasabah yang dilakukan oleh orang yang membuat rekuisisi oleh sebab kegagalan pegawai-pegawai untuk memanggil mesyuarat hendaklah dibayar semula kepada orang yang membuat rekuisisi itu oleh yayasan Labuan itu, dan apa-apa jumlah wang yang dibayar semula itu hendaklah ditahan simpan oleh yayasan Labuan itu daripada apa-apa jumlah wang yang kena dibayar atau akan menjadi kena dibayar oleh yayasan
Labuan itu sebagai fi atau saraan lain berkenaan dengan perkhidmatan kepada mana-mana pegawai sedemikian yang ingkar.
Kuorum
6. (1) Kuorum bagi mesyuarat pegawai-pegawai ialah kuorum yang ditetapkan dalam dokumen konstituen yayasan Labuan itu.
Jika tiada kuorum ditetapkan dalam dokumen konstituen, mesyuarat pegawai-pegawai hendaklah terbentuk dengan sewajarnya bagi segala maksud jika pada permulaan mesyuarat itu separuh daripada jumlah keseluruhan pegawai hadir sendiri atau melalui orang silih ganti.
Undang-Undang Malaysia 70
Akta 706
Pengerusi mesyuarat pegawai
7. Pegawai-pegawai yang hadir pada mesyuarat itu hendaklah melantik dalam kalangan mereka yang hadir seorang pengerusi.
Ketetapan
8. Pegawai-pegawai pada mesyuarat pegawai-pegawai hendaklah meluluskan ketetapan, tertakluk pada kehendak Akta ini, melalui majoriti biasa undi yang dibuat oleh pegawai-pegawai itu, setiap pegawai mempunyai satu undi dan pengerusi mempunyai undi pemutus dalam hal undi sama rata.
Tindakan melalui persetujuan pegawai secara bertulis
9. Tertakluk pada apa-apa had dalam dokumen konstituen, suatu tindakan yang boleh diambil oleh pegawai-pegawai pada mesyuarat pegawai-pegawai boleh juga diambil melalui ketetapan semua pegawai melalui persetujuan bertulis, atau melalui teleks, telegram, faksimile, kawat atau perhubungan elektronik bertulis yang lain, tanpa keperluan apa-apa notis.
Orang silih ganti bagi pegawai
10. (1) Tertakluk pada apa-apa had dalam dokumen konstituen, seseorang pegawai boleh dengan surat cara bertulis melantik seorang silih ganti yang tidak semestinya perlu seorang pegawai.
Seorang silih ganti bagi seseorang pegawai yang dilantik di bawah subperenggan (1) berhak untuk menghadiri mesyuarat semasa ketiadaan pegawai yang melantiknya dan untuk mengundi atau memberikan persetujuan sebagai ganti pegawai itu.
Minit mesyuarat
11. (1) Setiap yayasan Labuan hendaklah menyebabkan minit semua mesyuarat pegawai-pegawai dicatatkan dalam buku yang disimpan bagi maksud itu.
Minit yang dibuat mengenai mesyuarat pegawai-pegawai, jika ditandatangani sewajarnya, hendaklah menjadi keterangan mengenai prosiding itu dan diterima sebagai keterangan prima facie bagi fakta yang dinyatakan dalam minit itu tanpa bukti selanjutnya.
Jika minit dibuat mengenai mesyuarat pegawai-pegawai mengikut peruntukan perenggan ini, mesyuarat itu hendaklah disifatkan telah diadakan dan dipanggil dengan sewajarnya, dan semua prosiding yang berlaku pada mesyuarat itu disifatkan telah berlaku dengan sewajarnya sehingga dibuktikan sebaliknya.
Yayasan Labuan 71
Akta 706
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari-TIADA-Undang-Undang Malaysia 72
Akta 706
Akta 706
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari-TIADA-