Malaysia legislation
Section 15
Seksyen 15
(1a)
Mekanisme untuk menentukan keuntungan tinggi yang tidak munasabah yang disebut dalam subseksyen (1) adalah termasuk
Menteri menentukan suatu tempoh tertentu yang tidak boleh ada kenaikan margin keuntungan bersih bagi apa-apa barangan atau perkhidmatan.
(2)
Dalam merumuskan mekanisme di bawah subseksyen (1),
Menteri boleh mempertimbangkan perkara yang berikut:
(a)
apa-apa pengenaan cukai;
(b)
kos pembekal;
(ba) apa-apa kos yang ditanggung dalam penjalanan atau penerusan perniagaan;
(c)
keadaan penawaran dan permintaan;
(d)
keadaan dan hal keadaan geografi atau pasaran produk;
atau
(e)
apa-apa perkara berkaitan yang lain berhubungan dengan harga barangan atau caj bagi perkhidmatan.
Undang-Undang Malaysia 16
Akta 723
Tawaran menjual