/akn/my/act/act/2011/723

AKTA KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN 2011

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
2011
Last amended
2017
Sections
65
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

AKTA KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN 2011 is Malaysia Act, cited as Act 723 2011, currently marked in force and first recorded in 2011.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta untuk mengawal harga barangan dan caj bagi perkhidmatan dan melarang pencatutan dan untuk mengadakan peruntukan mengenai perkara yang berkaitan atau bersampingan dengannya. [1 April 2011, P.U. (B) 146/2011] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Bahagian I

Bahagian I

Seksyen 1

Open as pageSuggest a correction

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan dalam Akta ini.

Tafsiran

Suggest a correction

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

Open as pageSuggest a correction

“Akta ini” termasuklah mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini;

“barangan” ertinya tiap-tiap jenis harta, sama ada ketara atau tidak ketara, sama ada harta alih atau tak alih, tetapi tidak termasuk wang dan hak dalam tindakan;

Undang-Undang Malaysia 8

Akta 723

“barangan harga terkawal” ertinya barangan yang berkenaan dengannya harga maksimum atau minimum atau tetap ditentukan di bawah seksyen 4;

“caj” ertinya apa-apa jumlah wang atau apa-apa bentuk balasan yang diberikan sebagai pertukaran bagi apa-apa perkhidmatan;

“ditetapkan” ertinya ditetapkan melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

“elektronik” ertinya teknologi yang menggunakan elektrik, optik, magnetik, elektromagnetik, biometrik, fotonik atau teknologi lain yang seumpamanya;

“harga” ertinya apa-apa jumlah wang atau apa-apa bentuk balasan yang diberikan sebagai pertukaran bagi apa-apa barangan;

“jualan” termasuklah sesuatu jualan barangan oleh seorang ejen bagi pihak prinsipalnya atau oleh seorang pekhidmat bagi pihak majikannya, sesuatu jualan barangan dengan komisen atau konsainan bagi jualan dan sesuatu perjanjian untuk menjual dan sesuatu tawaran untuk menjual;

“membekalkan” dengan apa-apa cara, termasuklah melalui transaksi elektronik—

(a)

berhubungan dengan barangan, ertinya pembekalan, termasuk pembekalan semula, secara penjualan, pertukaran, pajakan, sewaan atau sewa beli barangan itu; dan

Suggest a correction

(b)

berhubungan dengan perkhidmatan, ertinya pengadaan secara penjualan, pemberian atau pembekalan perkhidmatan itu;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna;

“pegawai yang diberi kuasa” ertinya mana-mana pegawai awam atau pegawai pihak berkuasa tempatan yang diberi kuasa di bawah subseksyen 3(6);

“Pengawal” ertinya Pengawal Harga yang dilantik di bawah seksyen 3;

Kawalan Harga dan Antipencatutan 9

“Penolong Pengawal” ertinya Penolong Pengawal Harga yang dilantik di bawah seksyen 3;

“perkhidmatan” ertinya apa-apa yang dilakukan atau akan dilakukan termasuk pemberian, penyerahhakan atau penyerahan apa-apa hak atau penyediaan apa-apa kemudahan atau kebaikan, tetapi tidaklah termasuk pembekalan barangan atau wang;

“perkhidmatan caj terkawal” ertinya perkhidmatan yang berkenaan dengannya caj maksimum atau minimum atau tetap ditentukan di bawah seksyen 5;

“premis” ertinya apa-apa tempat, yang tidak bergerak atau sebaliknya, yang ditubuhkan atau didirikan oleh mana-mana orang, sama ada tempat itu dengan atau tanpa kepungan, dan termasuklah kenderaan, pesawat udara, kapal laut dan apa-apa vesel lain;

“Timbalan Pengawal” ertinya Timbalan Pengawal Harga yang dilantik di bawah seksyen 3.

Pelantikan Pengawal Harga, Timbalan Pengawal Harga,

Penolong Pengawal Harga, dsb.

Suggest a correction

Seksyen 3

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pengawal Harga hendaklah, tertakluk kepada arahan dan kawalan am Menteri, melaksanakan kewajipan yang dikenakan dan menjalankan kuasa yang diberikan kepadanya di bawah Akta ini.

Suggest a correction

(3)

Timbalan Pengawal Harga, Penolong Pengawal Harga dan pegawai lain yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah berada di bawah arahan dan kawalan Pengawal Harga.

Suggest a correction

(4)

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 4,

5, 6 dan 7, Timbalan Pengawal Harga boleh melaksanakan segala kewajipan yang dikenakan ke atas dan menjalankan segala kuasa yang diberikan kepada Pengawal Harga di bawah Akta ini.

Undang-Undang Malaysia 10

Akta 723

Suggest a correction

(5)

Pengawal Harga dan Timbalan Pengawal Harga boleh melaksanakan segala kewajipan yang dikenakan ke atas dan menjalankan segala kuasa yang diberikan kepada Penolong

Pengawal Harga di bawah Akta ini.

Suggest a correction

(6)

Menteri boleh memberi kuasa mana-mana pegawai awam atau pegawai pihak berkuasa tempatan untuk menjalankan semua atau mana-mana kuasa di bawah Akta ini.

Suggest a correction

(7)

Semua pegawai yang dilantik di bawah seksyen ini hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam dalam pengertian Kanun

Keseksaan [Akta 574].

Suggest a correction

Bahagian II

Bahagian II

PENENTUAN HARGA DAN CAJ

Suggest a correction

Kuasa Pengawal untuk menentukan harga barangan

Seksyen 4

Open as pageSuggest a correction

Pengawal boleh, dengan kelulusan Menteri, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menentukan harga maksimum, minimum atau tetap bagi pembuatan, pengeluaran, pemborongan atau peruncitan—

(b)

apa-apa kelas atau kelas-kelas tertentu barangan; dan

Suggest a correction

(c)

apa-apa unit atau kuantiti apa-apa barangan, yang boleh termasuk caj bagi apa-apa perkhidmatan yang berhubungan dengan pembekalan, penghantaran, pembaikan, penyenggaraan, pembungkusan, pembawaan atau penyimpanan barangan itu.

Kuasa Pengawal untuk menentukan caj bagi perkhidmatan

Suggest a correction

Seksyen 5

Open as pageSuggest a correction

Pengawal boleh, dengan kelulusan Menteri, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menentukan caj maksimum, minimum atau tetap bagi—

(a)

apa-apa perkhidmatan;

Kawalan Harga dan Antipencatutan 11

Suggest a correction

(b)

apa-apa kelas atau kelas-kelas tertentu perkhidmatan; dan

Suggest a correction

(c)

apa-apa unit atau kuantiti apa-apa perkhidmatan.

Kuasa Pengawal untuk menentukan harga atau caj mengikut kawasan

Suggest a correction

Seksyen 6

Open as pageSuggest a correction

Pengawal, dalam menentukan harga barangan atau caj bagi perkhidmatan di bawah seksyen 4 atau 5, boleh menentukan harga atau caj yang berlainan bagi kawasan yang berlainan berkenaan dengan barangan atau perkhidmatan yang sama atau serupa.

Seksyen 7

Kuasa Pengawal untuk menentukan amaun deposit

Open as pageSuggest a correction

Pengawal boleh menentukan amaun deposit yang mana-mana orang, yang menjual apa-apa barangan harga terkawal tertakluk kepada syarat bahawa bekas barangan itu hendaklah dikembalikan, boleh menghendaki berkenaan dengan bekas itu, dan boleh menentukan amaun yang orang itu hendaklah, apabila bekas itu dikembalikan, membayar balik kepada orang yang mengembalikan bekas itu dan syarat-syarat yang tertakluk kepadanya bayaran balik itu kena dibayar.

Seksyen 8

Harga yang ditentukan termasuk cukai

Open as pageSuggest a correction

Jika harga bagi apa-apa barangan atau caj bagi apa-apa perkhidmatan ditentukan di bawah Bahagian ini, harga atau caj itu hendaklah termasuk semua cukai, duti dan apa-apa caj kerajaan yang lain.

Seksyen 9

Penjual hendaklah mempamerkan senarai harga

Open as pageSuggest a correction

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), jika tidak praktik untuk mempamerkan senarai harga atau caj sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (1), senarai harga atau caj itu hendaklah dipamerkan mengikut cara yang ditentukan oleh Pengawal.

Suggest a correction

(3)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (1)

atau (2) melakukan suatu kesalahan.

Perintah penandaan harga

Suggest a correction

Seksyen 10

Akta 723

Open as pageSuggest a correction

(2)

Menteri boleh menetapkan penalti denda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit bagi pelanggaran atau ketidakpatuhan peruntukan perintah itu.

*10a.  (Dipotong).

Pempameranan harga atau caj termasuk cukai kerajaan, dsb.

Suggest a correction

Seksyen 10b

Open as pageSuggest a correction

(b)

semua caj lain yang hendak dikenakan oleh orang itu ke atas barangan atau perkhidmatan itu.

Suggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.

Kuasa Pengawal untuk mendapatkan maklumat 10c. (1) Pengawal boleh, melalui notis secara bertulis, mengarahkan mana-mana orang yang membekalkan atau menawarkan untuk membekalkan apa-apa barangan atau perkhidmatan untuk memberi

Pengawal, dalam tempoh dan mengikut cara dan bentuk yang dinyatakan dalam notis itu, apa-apa penyata, dokumen atau maklumat yang mengandungi harga apa-apa barangan atau caj bagi apa-apa perkhidmatan yang dikenakan oleh orang itu dan apa-apa maklumat lain yang difikirkan perlu oleh Pengawal.

Suggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang diarahkan untuk memberikan apa-apa penyata, dokumen atau maklumat di bawah subseksyen (1)

hendaklah memberikan penyata, dokumen atau maklumat yang benar, tepat dan lengkap.

Suggest a correction

(3)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (2)

melakukan suatu kesalahan.

Suggest a correction

Bahagian III

Bahagian III

KESALAHAN

Suggest a correction

Kesalahan untuk menjual barangan harga terkawal, menyediakan perkhidmatan caj terkawal, dsb., selain mengikut harga atau caj yang ditentukan

Seksyen 11

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang yang menjual atau menawarkan untuk menjual apa-apa barangan harga terkawal atau menyediakan atau menawarkan untuk menyediakan apa-apa perkhidmatan caj terkawal atau yang mengutip deposit selain mengikut harga atau caj yang ditentukan oleh Pengawal di bawah seksyen 4, 5 atau 7 melakukan suatu kesalahan.

Undang-Undang Malaysia 14

Akta 723

Kesalahan untuk membeli barangan harga terkawal atau memperoleh perkhidmatan caj terkawal, dsb., selain mengikut harga atau caj yang ditentukan

Seksyen 12

Open as pageSuggest a correction

(2)

Dalam mana-mana prosiding bagi kesalahan di bawah subseksyen (1), menjadi pembelaan bagi orang yang dipertuduh untuk membuktikan bahawa dia tidak mempunyai pengetahuan dan bertindak dengan suci hati dalam membeli atau menawarkan untuk membeli apa-apa barangan harga terkawal atau memperoleh atau menawarkan untuk memperoleh apa-apa perkhidmatan caj terkawal pada harga atau caj selain mengikut harga atau caj yang ditentukan oleh Pengawal.

Syarat yang menyalahi undang-undang

Suggest a correction

Seksyen 13

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang yang, dalam menjual apa-apa barangan harga terkawal atau dalam menyediakan apa-apa perkhidmatan harga terkawal, mengenakan apa-apa syarat jualan yang berhubungan dengan harga barangan atau caj bagi perkhidmatan itu selain syarat—

(i)

yang menghendaki bayaran serta-merta baginya;

(ii)

yang menetapkan tempoh yang dalamnya bayaran hendaklah dibuat atau penghantaran hendaklah diambil atau perkhidmatan hendaklah disediakan; atau

Suggest a correction

(iii)

yang menghendaki suatu deposit berkenaan dengan apa-apa bekas bagi barangan itu, melakukan suatu kesalahan.

Kawalan Harga dan Antipencatutan 15

Suggest a correction
Suggest a correction

Bahagian IV

Bahagian IV

Seksyen 14

Open as pageSuggest a correction

(2)

Bagi maksud Akta ini, “mencatut” ertinya membuat keuntungan tinggi yang tidak munasabah.

Mekanisme menentukan keuntungan tinggi yang tidak munasabah

Suggest a correction

Seksyen 15

Open as pageSuggest a correction

(1a)

Mekanisme untuk menentukan keuntungan tinggi yang tidak munasabah yang disebut dalam subseksyen (1) adalah termasuk

Menteri menentukan suatu tempoh tertentu yang tidak boleh ada kenaikan margin keuntungan bersih bagi apa-apa barangan atau perkhidmatan.

Suggest a correction

(2)

Dalam merumuskan mekanisme di bawah subseksyen (1),

Menteri boleh mempertimbangkan perkara yang berikut:

(b)

kos pembekal;

(ba) apa-apa kos yang ditanggung dalam penjalanan atau penerusan perniagaan;

Suggest a correction

(d)

keadaan dan hal keadaan geografi atau pasaran produk;

atau

Suggest a correction

(e)

apa-apa perkara berkaitan yang lain berhubungan dengan harga barangan atau caj bagi perkhidmatan.

Undang-Undang Malaysia 16

Akta 723

Tawaran menjual

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 16

Open as pageSuggest a correction

Bagi maksud Akta ini, tawaran untuk menjual hendaklah disifatkan termasuk mendedahkan barangan untuk dijual, penyiaran senarai harga, pengemukaan sebut harga bagi apa-apa barangan atau perkhidmatan atau apa-apa perbuatan atau pemberitahuan lain yang dengannya kemahuan untuk membuat apa-apa transaksi jualan dinyatakan.

Seksyen 17

Tawaran membekal

Open as pageSuggest a correction

(a)

berhubungan dengan barangan, seseorang yang mendedahkan barangan untuk bekalan atau mempunyai barangan dalam milikannya untuk bekalan; atau

Suggest a correction

(b)

berhubungan dengan perkhidmatan, seseorang yang mengiklankan perkhidmatan, hendaklah disifatkan sebagai menawarkan atau membekalkannya.

Suggest a correction

Bahagian V

Bahagian V

PENALTI

Seksyen 18

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang yang melakukan mana-mana kesalahan di bawah Bahagian III atau Bahagian IV boleh, apabila disabitkan—

(a)

jika orang itu suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit dan, bagi kesalahan kali yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi satu juta ringgit; atau

Suggest a correction

(b)

jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan, bagi kesalahan kali yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Kawalan Harga dan Antipencatutan 17

Suggest a correction

Bahagian VI

Bahagian VI

PENYIASATAN DAN PENGUATKUASAAN

Bab

Bab 1

Penyiasatan dan aduan

Suggest a correction

Penyiasatan oleh Penolong Pengawal

Seksyen 19

Open as pageSuggest a correction

Jika Penolong Pengawal mempunyai alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa apa-apa kesalahan sedang atau akan dilakukan di bawah Akta ini, maka Penolong Pengawal boleh menjalankan apa-apa penyiasatan yang difikirkannya suai manfaat bagi pentadbiran wajar Akta ini.

Seksyen 20

Aduan kepada Penolong Pengawal

Open as pageSuggest a correction

(2)

Aduan itu hendaklah menyatakan orang yang terhadapnya aduan itu dibuat dan butiran kesalahan yang dikatakan di bawah

Akta ini.

Suggest a correction

Bab

Bab 2

Kuasa mengumpul maklumat

Suggest a correction

Kuasa Penolong Pengawal untuk menghendaki pemberian maklumat

Seksyen 21

Open as pageSuggest a correction

(a)

mempunyai apa-apa maklumat (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, rekod, akaun dan data berkomputer) atau apa-apa dokumen yang berkaitan dengan pelaksanaan kuasa dan fungsi Penolong Pengawal di bawah Akta ini; atau

Undang-Undang Malaysia 18

Akta 723

Suggest a correction

(b)

berupaya memberikan apa-apa keterangan yang Penolong

Pengawal mempunyai sebab untuk mempercayai adalah berkaitan dengan pelaksanaan kuasa dan fungsi Penolong

Pengawal di bawah Akta ini.

Suggest a correction

(2)

Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang lain, Penolong Pengawal, dengan notis bertulis, boleh mengarahkan mana-mana orang—

(a)

untuk memberi Penolong Pengawal, dalam tempoh masa dan mengikut cara dan bentuk yang dinyatakan dalam notis itu, apa-apa maklumat atau dokumen yang disebut dalam subseksyen (1);

Suggest a correction

(b)

untuk mengemukakan kepada Penolong Pengawal, dalam tempoh dan mengikut cara yang dinyatakan dalam notis itu, apa-apa maklumat atau dokumen yang disebut dalam subseksyen (1), sama ada dalam bentuk fizikal atau media elektronik;

Suggest a correction

(c)

untuk membuat salinan, atau cabutan daripada, apa-apa dokumen yang disebut dalam subseksyen (1) dan untuk mengemukakan salinan atau cabutan dokumen itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, kepada Penolong Pengawal dalam tempoh dan mengikut cara yang dinyatakan dalam notis itu;

Suggest a correction

(d)

jika orang itu seorang individu, untuk hadir di hadapan

Penolong Pengawal pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa maklumat, sama ada secara lisan atau bertulis, dan untuk mengemukakan apa-apa dokumen yang disebut dalam subseksyen (1), sama ada dalam bentuk fizikal atau media elektronik;

Suggest a correction

(e)

jika orang itu suatu pertubuhan perbadanan, untuk menyebabkan pegawai yang berkaitan dan berkelayakan bagi pertubuhan itu untuk hadir di hadapan Penolong

Pengawal pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa maklumat, sama ada secara lisan atau bertulis, dan untuk mengemukakan apa-apa dokumen yang disebut dalam subseksyen (1), sama ada dalam bentuk fizikal atau media elektronik;

Kawalan Harga dan Antipencatutan 19

Suggest a correction

(f)

jika orang itu suatu perkongsian, untuk menyebabkan individu yang merupakan seorang pekongsi dalam perkongsian itu atau pekerja perkongsian itu untuk hadir di hadapan Penolong Pengawal pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa maklumat, sama ada secara lisan atau bertulis, dan untuk mengemukakan apa-apa dokumen yang disebut dalam subseksyen (1), sama ada dalam bentuk fizikal atau media elektronik; atau

Suggest a correction

(g)

untuk membuat suatu pernyataan kepada Penolong Pengawal dengan memberikan suatu penjelasan mengenai apa-apa maklumat atau dokumen yang disebut dalam subseksyen (1)

dalam tempoh dan mengikut cara dan bentuk yang dinyatakan dalam notis itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Jika Penolong Pengawal mengarahkan mana-mana orang supaya mengemukakan apa-apa dokumen di bawah subseksyen (2)

dan orang itu tidak mempunyai jagaan ke atas dokumen itu, orang itu hendaklah—

(a)

menyatakan, sepanjang pengetahuan dan kepercayaannya, di mana dokumen itu boleh dijumpai; dan

Suggest a correction

(b)

mengenal pasti, sepanjang pengetahuan dan kepercayaannya, orang yang terakhir mempunyai jagaan ke atas dokumen itu dan di mana orang terakhir yang disebut itu boleh dijumpai.

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Mana-mana orang yang diarahkan supaya memberikan maklumat di bawah subseksyen (2) atau (3) hendaklah memastikan bahawa maklumat yang diberikan itu adalah benar, tepat dan lengkap dan orang itu hendaklah memberikan representasi yang nyata bermaksud sedemikian, termasuk suatu perisytiharan bahawa yang dia tidak menyedari mengenai apa-apa maklumat lain yang boleh menjadikan maklumat yang diberikan itu tidak benar atau mengelirukan.

Suggest a correction

(5)

Mana-mana orang yang enggan atau tidak mematuhi arahan yang dibuat oleh Penolong Pengawal di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan.

Undang-Undang Malaysia 20

Akta 723

Penolong Pengawal boleh memegang simpan dokumen

Suggest a correction

Seksyen 22

Open as pageSuggest a correction

(2)

Orang yang memberikan dokumen itu berhak untuk dibekalkan, dengan secepat yang dapat dilaksanakan, suatu salinan yang diperakui sah oleh Penolong Pengawal sebagai suatu salinan benar dokumen itu.

Suggest a correction

(3)

Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang lain, salinan yang diperakui sah bagi dokumen itu hendaklah diterima sebagai keterangan seolah-olah salinan itu ialah dokumen asal.

Suggest a correction

(4)

Jika Penolong Pengawal berpuas hati bahawa dokumen itu tidak lagi perlu dipegang simpan, Penolong Pengawal boleh mengembalikan dokumen itu kepada orang yang memberikan dokumen itu, dengan secepat yang dapat dilaksanakan.

Akses kepada rekod

Suggest a correction

Seksyen 23

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi arahan yang dibuat oleh Penolong Pengawal di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.

Kerahsiaan

Suggest a correction

Seksyen 24

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiada apa pun dalam subseksyen (1) boleh berkuat kuasa untuk menghalang penzahiran maklumat jika—

(a)

penzahiran itu dibuat dengan persetujuan orang yang daripadanya maklumat atau dokumen itu diperoleh;

Suggest a correction

(b)

penzahiran itu dibuat dalam hal keadaan yang maklumat yang diberikan itu dirangka dengan cara yang sebegitu rupa sehingga sumber maklumat itu tidak dapat dipastikan;

Suggest a correction

(c)

maklumat itu telah sedia ada dalam domain awam;

Suggest a correction

(d)

penzahiran itu dibuat bagi memudahkan pelaksanaan fungsi

Pengawal, Timbalan Pengawal atau Penolong Pengawal;

Suggest a correction

(e)

penzahiran itu dibuat secara munasabah semasa apa-apa prosiding di bawah Akta ini dengan syarat bahawa penzahiran itu tidak dibuat berlawanan dengan apa-apa arahan Pengawal, Timbalan Pengawal atau Penolong

Pengawal yang di hadapannya prosiding itu berjalan;

atau

Suggest a correction

(f)

penzahiran itu dibuat berkaitan dengan penyiasatan terhadap suatu kesalahan di bawah Akta ini.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Bagi maksud seksyen ini, “maklumat rahsia” ertinya maklumat perdagangan, perniagaan atau perindustrian yang dipunyai oleh mana-mana orang, yang mempunyai nilai ekonomi dan secara amnya tidak tersedia kepada atau diketahui oleh orang lain.

Komunikasi terlindung

Suggest a correction

Seksyen 25

Kawalan Harga dan Antipencatutan 21

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika—

(a)

Pengawal membuat suatu kehendak di bawah seksyen 21

terhadap seorang peguam bela dan peguam cara berkenaan dengan maklumat atau dokumen; dan

Undang-Undang Malaysia 22

Akta 723

Suggest a correction

(b)

maklumat atau dokumen itu mengandungi komunikasi terlindung yang dibuat oleh atau bagi pihak atau kepada peguam bela dan peguam cara itu atas sifatnya sebagai seorang peguam bela dan peguam cara, peguam bela dan peguam cara itu berhak untuk enggan mematuhi kehendak itu melainkan jika orang yang kepadanya atau olehnya atau bagi pihaknya komunikasi itu dibuat atau, jika orang itu ialah pertubuhan perbadanan yang di bawah penerimaan atau sedang digulung, penerima atau pelikuidasi, mengikut mana-mana yang berkenaan, bersetuju supaya peguam bela dan peguam cara itu mematuhi kehendak itu, tetapi jika peguam bela dan peguam cara itu enggan untuk mematuhi kehendak sedemikian, peguam bela dan peguam cara itu hendaklah dengan segera memberi Pengawal secara bertulis nama dan alamat orang yang kepadanya atau olehnya atau bagi pihaknya komunikasi itu dibuat.

Memberikan maklumat, keterangan atau dokumen yang palsu atau mengelirukan

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 26

Open as pageSuggest a correction

Seseorang yang tidak menzahirkan atau meninggalkan untuk memberikan apa-apa maklumat, dokumen atau keterangan yang berkaitan, atau memberikan apa-apa maklumat, dokumen atau keterangan yang dia tahu atau ada sebab untuk mempercayai adalah palsu atau mengelirukan, dalam penjalanan penyiasatan oleh Penolong Pengawal, melakukan suatu kesalahan.

Seksyen 27

Pemusnahan, penyembunyian, pencacatan dan pengubahan rekod

Open as pageSuggest a correction

(a)

memusnahkan, menyembunyikan, mencacatkan atau mengubah; atau

Suggest a correction

(b)

menghantar atau cuba untuk menghantar atau berkomplot dengan mana-mana orang lain untuk mengalihkan dari premisnya atau menghantar ke luar Malaysia, apa-apa buku, rekod, akaun, dokumen, data berkomputer, benda atau perkara yang disimpan atau disenggarakan dengan niat untuk memfraud Penolong Pengawal atau untuk menghalang, melengahkan atau menggalang penjalanan suatu penyiasatan atau penjalanan mana-mana kuasa Penolong Pengawal di bawah Akta ini melakukan suatu kesalahan.

Kawalan Harga dan Antipencatutan 23

Suggest a correction

Bab

Bab 3

Kuasa penggeledahan dan penyitaan

Suggest a correction

Akses kepada tempat atau premis

Seksyen 28

Open as pageSuggest a correction

(2)

Penolong Pegawal dalam memasuki tempat atau premis di bawah subseksyen (1) boleh membawa mana-mana pegawai yang diberi kuasa sebagaimana yang difikirkan perlu bagi pentadbiran wajar Akta ini.

Kuasa untuk memasuki premis dengan waran geledah

Suggest a correction

Seksyen 29

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), waran yang dikeluarkan oleh Majistret boleh memberi kuasa penggeledahan dan penyitaan apa-apa buku, rekod, akaun, dokumen, data komputer, barangan atau benda yang mengandungi atau dengan munasabahnya dipercayai mengandungi maklumat tentang apa-apa kesalahan yang disyaki telah dilakukan atau selainnya perlu untuk melaksanakan suatu penyiasatan bagi apa-apa kesalahan.

Suggest a correction

(3)

Penolong Pengawal yang menjalankan penggeledahan di bawah subseksyen (1) boleh, bagi maksud menyiasat kesalahan itu, memeriksa mana-mana orang yang berada di dalam atau di premis itu.

Undang-Undang Malaysia 24

Akta 723

Suggest a correction

(4)

Penolong Pengawal yang membuat pemeriksaan ke atas seseorang di bawah subseksyen (3) boleh menyita, atau mengambil milikan, dan menyimpan dalam jagaan selamat semua benda selain pakaian yang perlu yang dijumpai pada orang itu, dan apa-apa benda lain, yang mengenainya terdapat sebab untuk mempercayai bahawa benda itu merupakan peralatan atau keterangan mengenai kesalahan itu, dan benda itu boleh ditahan sehingga mahkamah mengeluarkan perintah pelupusan terhadapnya.

Suggest a correction

(5)

Jika, oleh sebab jenis, saiz atau amaunnya, adalah tidak praktik untuk memindahkan apa-apa buku, rekod, akaun, dokumen, data berkomputer, barangan atau benda yang disita di bawah seksyen ini,

Penolong Pengawal yang menyita itu hendaklah, dengan apa-apa cara mengelak premis atau bekas yang di dalamnya dijumpai buku, rekod, akaun, dokumen, data berkomputer, barangan atau benda itu.

Suggest a correction

(6)

Seseorang yang, tanpa kuasa yang sah, memecahkan, mengganggu atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen (5)

atau memindahkan apa-apa buku, rekod, akaun, dokumen, data berkomputer, barangan atau benda yang dilak atau cuba untuk berbuat demikian melakukan suatu kesalahan.

Kuasa memasuki dan menggeledah dan menyita tanpa waran

Suggest a correction

Seksyen 30

Open as pageSuggest a correction

Jika Penolong Pengawal berpuas hati atas maklumat yang diterima bahawa dia mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa oleh sebab kelengahan dalam mendapatkan waran geledah di bawah seksyen 29 penyiasatan akan terjejas atau keterangan mengenai pelakuan pelanggaran atau kesalahan mungkin diganggu, dipindahkan, dirosakkan atau dimusnahkan,

Penolong Pengawal boleh memasuki premis dan menjalankan di dalam, pada dan berkenaan dengan premis itu semua kuasa yang disebut dalam seksyen 29 dengan cara yang sepenuhnya dan secukupnya seolah-olah dia diberi kuasa untuk berbuat demikian oleh suatu waran yang dikeluarkan di bawah seksyen itu.

Akses kepada maklumat berekod, data berkomputer, dsb.

Seksyen 31

Open as pageSuggest a correction

(2)

Dalam menjalankan kuasanya, Penolong Pengawal—

(a)

boleh memeriksa dan meneliti pengendalian apa-apa komputer dan apa-apa radas atau bahan yang berkaitan yang dia ada sebab munasabah untuk mengesyaki sedang atau telah digunakan berkaitan dengan maklumat atau data itu; dan

Suggest a correction

(i)

orang yang, olehnya atau bagi pihaknya, pegawai itu ada sebab munasabah untuk mengesyaki, komputer itu sedang atau telah digunakan sedemikian; atau

(ii)

orang yang bertanggungjawab, atau yang selainnya terlibat dengan, pengendalian komputer, radas atau bahan itu, untuk memberinya apa-apa bantuan munasabah sebagaimana yang dikehendaki olehnya bagi maksud seksyen ini.

Suggest a correction
Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Penolong Pengawal boleh membuat salinan atau mengambil cabutan maklumat berekod, data berkomputer atau berdigital itu jika difikirkannya perlu.

Suggest a correction

(4)

Bagi maksud seksyen ini, “akses” termasuk diberi kata laluan, kod penyulitan, kod penyahsulitan, perisian atau perkakasan yang perlu dan apa-apa cara lain yang dikehendaki untuk membolehkan pemahaman maklumat berekod, data berkomputer atau berdigital.

Pemberian maklumat

Suggest a correction

Seksyen 32

Kawalan Harga dan Antipencatutan 25

Open as pageSuggest a correction

(a)

mengetahui atau mempunyai sebab untuk mengesyaki bahawa seorang Penolong Pengawal sedang bertindak, atau bercadang untuk bertindak, berkaitan dengan suatu penyiasatan yang sedang, atau akan, dijalankan di bawah atau bagi maksud Akta ini atau mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini dan menzahirkan kepada mana-mana orang lain maklumat atau apa-apa perkara lain yang mungkin akan menjejaskan penyiasatan itu atau penyiasatan yang dicadangkan itu; atau

Undang-Undang Malaysia 26

Akta 723

Suggest a correction

(b)

mengetahui atau mempunyai sebab untuk mengesyaki bahawa suatu penzahiran telah dibuat kepada seorang

Penolong Pengawal di bawah Akta ini dan menzahirkan kepada mana-mana orang lain maklumat atau apa-apa perkara lain yang mungkin akan menjejaskan apa-apa penyiasatan yang mungkin dijalankan berikutan penzahiran itu, melakukan suatu kesalahan.

Suggest a correction

(2)

Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1) menjadikannya suatu kesalahan jika seseorang peguam bela dan peguam cara atau pekerjanya menzahirkan apa-apa maklumat atau perkara lain—

(a)

kepada pelanggannya atau wakil pelanggannya berkaitan dengan pemberian nasihat kepada pelanggan itu dalam perjalanan dan bagi maksud khidmat profesional peguam bela dan peguam cara itu; atau

Suggest a correction

(b)

kepada mana-mana orang pada menjangkakan, atau berkaitan dengan dan bagi maksud, apa-apa prosiding undang-undang.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Subseksyen (2) tidaklah terpakai berhubungan dengan apa-apa maklumat atau perkara lain yang dizahirkan dengan tujuan untuk melaksanakan apa-apa maksud yang menyalahi undang-undang.

Suggest a correction

(4)

Dalam prosiding terhadap seseorang bagi suatu kesalahan di bawah seksyen ini, menjadi pembelaan jika orang itu membuktikan bahawa—

(a)

dia tidak mengetahui atau mengesyaki bahawa penzahiran yang dibuat di bawah perenggan (1)(b) berkemungkinan menjejaskan penyiasatan itu; atau

Suggest a correction

(b)

dia mempunyai kuasa sah atau alasan munasabah untuk membuat penzahiran itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(5)

Seorang Penolong Pengawal atau orang yang lain tidak melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini berkenaan dengan apa-apa perkara yang telah dibuat olehnya dalam perjalanan tindakan yang berkaitan dengan penguatkuasaan, atau penguatkuasaan yang dicadangkan, bagi Akta ini.

Kawalan Harga dan Antipencatutan 27

Waran boleh diterima walaupun cacat

Suggest a correction

Seksyen 33

Open as pageSuggest a correction

Sesuatu waran geledah yang dikeluarkan di bawah Akta ini adalah sah dan boleh dikuatkuasakan walau apa pun kecacatan, kesilapan atau peninggalan dalamnya atau dalam permohonan bagi waran itu dan mana-mana buku, rekod, akaun, dokumen, data berkomputer, barangan atau benda yang disita di bawah waran itu boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding di bawah Akta ini.

Seksyen 34

Senarai benda yang disita

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika premis itu tidak berpenghuni, Penolong Pengawal yang melakukan penyitaan itu hendaklah bila mana mungkin menampalkan senarai benda yang disita itu di tempat yang mudah dilihat di premis itu.

Pelucuthakan barangan

Suggest a correction

Seksyen 35

Open as pageSuggest a correction

(2)

Suatu perintah bagi melucuthakkan atau melepaskan apa-apa barangan yang disita pada menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan di bawah Akta ini hendaklah dibuat oleh mahkamah yang di hadapannya pendakwaan berkenaan dengannya telah dijalankan dan suatu perintah bagi melucuthakkan barangan itu hendaklah dibuat jika dibuktikan dengan memuaskan hati mahkamah bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa barangan itu ialah hal perkara atau telah digunakan dalam melakukan kesalahan itu, walau pun tiada orang telah disabitkan atas kesalahan itu.

Undang-Undang Malaysia 28

Akta 723

Suggest a correction

(3)

Jika tiada pendakwaan berkenaan dengan mana-mana barangan yang disita pada menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, barangan itu hendaklah dikira dan disifatkan telah dilucuthakkan apabila habis tempoh satu bulan kalendar dari tarikh ia disita melainkan jika suatu tuntutan mengenainya dibuat sebelum tarikh itu mengikut cara yang dinyatakan kemudian daripada ini.

Suggest a correction

(4)

Mana-mana orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya barangan itu dan bahawa barangan itu tidak boleh dilucuthakkan boleh dengan sendirinya atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis memberikan notis bertulis kepada

Penolong Pengawal bahawa dia menuntut barangan itu.

Suggest a correction

(5)

Apabila diterima notis itu Penolong Pengawal hendaklah merujukkan tuntutan itu kepada Pengawal yang boleh mengarahkan supaya barangan itu dilepaskan atau boleh mengarahkan Penolong

Pengawal supaya merujukkan perkara itu kepada suatu mahkamah untuk keputusan.

Suggest a correction

(6)

Mahkamah yang kepadanya perkara itu dirujukkan hendaklah mengeluarkan suatu saman yang menghendaki orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya barangan itu dan orang yang daripadanya barangan itu telah disita supaya hadir di hadapannya dan apabila dia hadir atau tidak hadir, selepas dibuktikan bahawa saman itu telah disampaikan dengan sewajarnya, mahkamah hendaklah meneruskan pemeriksaan perkara itu dan apabila dibuktikan bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa barangan itu ialah hal perkara kesalahan itu atau telah digunakan dalam melakukan kesalahan itu hendaklah memerintahkan supaya barangan itu dilucuthakkan atau boleh, jika tidak dibuktikan sedemikian, memerintahkan supaya barangan itu dilepaskan.

Suggest a correction

(7)

Semua benda yang dilucuthakkan atau disifatkan dilucuthakkan hendaklah diserahkan kepada Penolong Pengawal dan hendaklah dilupuskan mengikut arahan Pengawal.

Pelepasan benda yang disita

Suggest a correction

Seksyen 36

Open as pageSuggest a correction

(2)

Suatu rekod bertulis hendaklah dibuat oleh Penolong

Pengawal yang melakukan pelepasan itu bagi apa-apa perkara di bawah subseksyen (1) dengan menyatakan secara terperinci hal keadaan dan sebab bagi pelepasan itu.

Penyitaan barangan mudah musnah

Suggest a correction

Seksyen 37

Open as pageSuggest a correction

Jika apa-apa barangan yang disita pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh Akta ini merupakan barangan yang mudah musnah sifatnya atau jika penjagaan barangan tersebut melibatkan perbelanjaan yang tidak munasabah dan kesulitan, barangan itu boleh dijual oleh Penolong Pengawal pada bila-bila masa dan hasil jualan itu boleh dipegang untuk mematuhi keputusan apa-apa pendakwaan atau tuntutan di bawah seksyen ini.

Seksyen 38

Tiada kos atau ganti rugi yang berbangkit daripada penyitaan boleh didapatkan balik

Open as pageSuggest a correction

Tiada seorang pun, dalam apa-apa prosiding di hadapan mana-mana mahkamah berkenaan dengan mana-mana buku, rekod, akaun, dokumen, data berkomputer, barangan atau benda yang disita pada menjalankan atau yang berupa sebagai menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, berhak kepada kos prosiding itu atau kepada apa-apa ganti rugi atau relief lain melainkan jika penyitaan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah.

Undang-Undang Malaysia 30

Akta 723

Seksyen 39

Halangan

Open as pageSuggest a correction

(a)

enggan untuk memberi mana-mana Penolong Pengawal akses kepada mana-mana premis yang Penolong Pengawal itu berhak kepadanya di bawah Akta ini atau dalam melaksanakan apa-apa kewajipan yang dikenakan atau kuasa yang diberikan oleh Akta ini;

Suggest a correction

(b)

mengamang, menggalang, menghalang atau melengahkan mana-mana Penolong Pengawal dalam membuat apa-apa kemasukan yang Penolong Pengawal itu berhak membuatnya di bawah Akta ini, atau dalam melaksanakan apa-apa kewajipan yang dikenakan atau kuasa yang diberikan oleh Akta ini; atau

Suggest a correction

(c)

enggan untuk memberi mana-mana Penolong Pengawal apa-apa maklumat yang berhubungan dengan suatu kesalahan atau suatu kesalahan yang disyaki di bawah Akta ini atau apa-apa maklumat lain yang secara munasabah dikehendaki supaya diberikan olehnya dan yang ada dalam pengetahuan atau kuasanya, melakukan suatu kesalahan.

Kuasa penyiasatan oleh pegawai polis

Suggest a correction

Seksyen 40

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana Penolong Pengawal yang menyiasat apa-apa pelakuan kesalahan di bawah Akta ini, boleh menjalankan semua atau mana-mana kuasa yang berhubungan dengan penyiasatan polis dalam kes boleh tangkap yang diperuntukkan oleh Kanun

Tatacara Jenayah [Akta 593].

Bahagian VII

Bahagian VII

MAJLIS PENASIHAT HARGA

Seksyen 41

Open as pageSuggest a correction

Menteri boleh menubuhkan suatu Majlis Penasihat Harga untuk menasihatinya tentang perkara-perkara yang berikut:

(a)

isu-isu yang berhubungan dengan pencatutan; dan

Suggest a correction

(b)

apa-apa perkara lain yang berhubungan dengan harga barangan dan caj bagi perkhidmatan.

Kawalan Harga dan Antipencatutan 31

Keanggotaan Majlis

Suggest a correction

Seksyen 42

Open as pageSuggest a correction

(a)

Pengerusi yang hendaklah merupakan Ketua Setiausaha

Kementerian yang bertanggungjawab bagi perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna atau wakilnya;

Suggest a correction

(b)

empat anggota yang mewakili Kerajaan yang akan dilantik oleh Menteri;

Suggest a correction

(c)

tidak lebih daripada enam orang anggota lain, yang akan dilantik oleh Menteri, yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam perkara-perkara yang berhubungan dengan perniagaan, perindustrian, perdagangan, undang-undang, ekonomi, pentadbiran awam, perdagangan adil, persaingan, perlindungan pengguna atau apa-apa kelayakan yang sesuai yang lain sebagaimana yang ditentukan oleh

Menteri.

Suggest a correction

(2)

Anggota yang disebut dalam perenggan (1)(b) dan (c)—

(a)

hendaklah dilantik bagi tempoh tidak melebihi dua tahun;

dan

Suggest a correction

(b)

adalah layak untuk dilantik semula apabila habis tempoh jawatannya.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Menteri hendaklah melantik daripada kalangan anggota

Majlis seorang Timbalan Pengerusi.

Penjalanan sementara fungsi Pengerusi

Suggest a correction

Seksyen 43

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika kerana apa-apa sebab Pengerusi dan Timbalan Pengerusi tidak dapat melaksanakan fungsi Pengerusi atau semasa apa-apa tempoh kekosongan jawatan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi,

Menteri boleh melantik mana-mana anggota Majlis untuk melaksanakan fungsi Pengerusi.

Undang-Undang Malaysia 32

Akta 723

Suggest a correction

(3)

Timbalan Pengerusi atau anggota yang dilantik di bawah subseksyen (2), mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah, semasa tempoh dia melaksanakan fungsi Pengerusi di bawah seksyen ini, disifatkan sebagai Pengerusi.

Pengosongan jawatan

Suggest a correction

Seksyen 45

Open as pageSuggest a correction

Menteri boleh membatalkan pelantikan seorang anggota Majlis yang disebut dalam perenggan 42(1)(b) dan (c)—

(a)

jika kelakuannya, sama ada berkaitan dengan kewajipannya sebagai seorang anggota Majlis atau selainnya, adalah sedemikian rupa sehingga memburukkan nama Majlis;

Suggest a correction

(b)

jika dia menjadi tidak berupaya untuk menjalankan kewajipannya sebagai anggota Majlis dengan sepatutnya;

Suggest a correction

(c)

jika telah dibuktikan terhadapnya, atau jika dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan—

Suggest a correction

(i)

suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;

(ii)

suatu kesalahan di bawah undang-undang yang berhubungan dengan rasuah;

Suggest a correction

(iv)

apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan lebih daripada dua tahun;

Suggest a correction
Suggest a correction

(d)

jika dia dihukum bankrap;

Kawalan Harga dan Antipencatutan 33

Suggest a correction

(e)

jika dia didapati atau diisytiharkan tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya untuk menguruskan hal ehwalnya; atau

Suggest a correction

(f)

jika dia tidak menghadiri mesyuarat Majlis tiga kali berturut-turut tanpa mendapatkan kebenaran bertulis daripada Pengerusi.

Peletakan jawatan

Suggest a correction

Seksyen 46

Seorang anggota Majlis yang dilantik di bawah perenggan 42(1)(b)

Open as pageSuggest a correction

dan (c) boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan surat yang dialamatkan kepada Menteri.

Seksyen 47

Mengisi kekosongan

Open as pageSuggest a correction

(c)

terhenti menjadi anggota Majlis, Menteri bolehlah melantik seorang lain untuk mengisi kekosongan itu untuk baki tempoh yang baginya anggota yang mengosongkan jawatan itu telah dilantik.

Setiausaha kepada Majlis dan pegawai lain

Suggest a correction

Seksyen 48

Open as pageSuggest a correction

Hendaklah dilantik seorang Setiausaha kepada Majlis dan pegawai lain yang perlu untuk membantu Majlis.

Seksyen 49

Elaun

Open as pageSuggest a correction

Anggota Majlis hendaklah dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.

Seksyen 50

Mesyuarat

Open as pageSuggest a correction

Majlis hendaklah bermesyuarat apabila dan bila perlu sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.

Undang-Undang Malaysia 34

Akta 723

Seksyen 51

Majlis boleh mengundang orang lain untuk menghadiri mesyuarat

Open as pageSuggest a correction

(2)

Seseorang yang diundang di bawah subseksyen (1) hendaklah dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.

Kesahan perbuatan dan prosiding

Suggest a correction

Seksyen 52

Open as pageSuggest a correction

Tiada perbuatan yang dilakukan atau prosiding yang diambil di bawah Akta ini boleh dipersoalkan atas alasan—

(a)

terdapat kekosongan dalam keanggotaan, atau terdapat kecacatan dalam penubuhan, Majlis; atau

Suggest a correction

(b)

terdapat peninggalan, kecacatan atau ketidakaturan yang tidak menyentuh merit hal itu.

Peraturan-peraturan yang berhubungan dengan Majlis

Suggest a correction

Seksyen 53

Open as pageSuggest a correction

Menteri boleh membuat apa-apa peraturan yang difikirkannya perlu atau suai manfaat berkenaan dengan Bahagian ini.

Kewajipan untuk menyimpan rekod 53a. (1) Mana-mana orang yang membekalkan atau menawarkan untuk membekalkan apa-apa barangan atau perkhidmatan hendaklah menyimpan dan menyenggarakan rekod yang wajar yang berhubungan dengan kendalian perniagaan termasuk rekod yang berikut:

(b)

rekod pembelian termasuk invois daripada pembekal;

Suggest a correction

(c)

rekod perbelanjaan termasuk rekod pembayaran, invois dan butiran mengenai perolehan;

Kawalan Harga dan Antipencatutan 35

Suggest a correction

(d)

dokumen yang berhubungan dengan penentuan harga bagi barangan atau perkhidmatan itu;

Suggest a correction

(f)

rekod cukai dan apa-apa dokumen yang berkaitan, jika ada.

Suggest a correction

(2)

Rekod di bawah subseksyen (1) hendaklah—

(a)

dipelihara bagi tempoh tujuh tahun dari tarikh terakhir yang berhubungan dengan rekod itu;

Suggest a correction

(b)

tersedia pada bila-bila masa bagi pemeriksaan oleh

Penolong Pengawal; dan

Suggest a correction

(c)

dikemaskinikan dan dalam keadaan teratur dan baik.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (1)

atau (2) melakukan suatu kesalahan.

Suggest a correction

Bahagian VIII

Bahagian VIII

Seksyen 54

Open as pageSuggest a correction

Walau apa pun apa-apa yang berlawanan dalam mana-mana undang-undang bertulis, Mahkamah Sesyen hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan apa-apa kesalahan di bawah

Akta ini dan mengenakan hukuman penuh bagi apa-apa kesalahan sedemikian.

Seksyen 55

Ganjaran bagi maklumat

Open as pageSuggest a correction

Dalam hal sabitan yang melibatkan denda, mahkamah yang mengenakan denda itu boleh, atas permohonan pegawai pendakwa, mengarahkan pembayaran mana-mana bahagian denda itu, mengikut perkadaran yang difikirkan patut oleh mahkamah tetapi dalam apa-apa hal tidak melebihi setengah daripada denda itu, kepada orang yang memberikan maklumat yang membawa kepada sabitan itu.

Undang-Undang Malaysia 36

Akta 723

Seksyen 56

Pemulaan pendakwaan

Open as pageSuggest a correction

Tiada pendakwaan bagi atau berhubungan dengan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini boleh dimulakan tanpa keizinan

Pendakwa Raya.

Seksyen 57

Penalti am

Open as pageSuggest a correction

(a)

jika orang itu suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi seratus ribu ringgit, dan bagi kesalahan kali yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit; atau

Suggest a correction

(b)

jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan kali yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Pengkompaunan kesalahan

Suggest a correction

Seksyen 58

Akta ini yang baginya tiada penalti diperuntukkan dengan nyata boleh, apabila disabitkan—

Open as pageSuggest a correction

(2)

Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa masa lanjutan yang diberikan oleh Pengawal, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.

Kawalan Harga dan Antipencatutan 37

Suggest a correction

(3)

Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat, dan mana-mana buku, rekod, akaun, dokumen, data komputer, barangan dan benda yang disita berkaitan dengan kesalahan itu boleh dilepaskan oleh Pegawal, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut dikenakan mengikut syarat kompaun itu.

Suggest a correction

(4)

Semua wang yang diterima oleh Pengawal di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan

Persekutuan.

Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan

Suggest a correction

Seksyen 59

Open as pageSuggest a correction

(a)

boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama bersekali dengan pertubuhan perbadanan; dan

Suggest a correction

(b)

jika pertubuhan perbadanan itu didapati bersalah melakukan kesalahan itu, hendaklah disifatkan bersalah atas kesalahan itu melainkan jika, setelah mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan, dia membuktikan—

Suggest a correction

(i)

bahawa kesalahan itu dilakukan tanpa pengetahuannya, persetujuannya atau pembiarannya; dan

(ii)

bahawa dia telah mengambil segala langkah berjaga-jaga yang munasabah dan telah menjalankan segala usaha wajar untuk mencegah pelakuan kesalahan itu.

Undang-Undang Malaysia 38

Akta 723

Suggest a correction
Suggest a correction

(2)

Jika mana-mana orang di bawah Akta ini boleh dikenakan apa-apa hukuman atau penalti bagi perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkarannya, maka dia juga boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran mana-mana pekerja atau ejennya, atau pekerja ejen itu, jika perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran itu dilakukan—

(a)

oleh pekerja orang itu dalam masa penggajian pekerja itu;

Suggest a correction

(b)

oleh ejen itu semasa bertindak bagi pihak orang itu; atau

Suggest a correction

(c)

oleh pekerja ejen itu dalam masa penggajian pekerja itu dengan ejen itu atau selainnya bagi pihak ejen yang bertindak bagi pihak orang itu.

Kuasa Menteri untuk membuat peraturan-peraturan

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 60

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut:

(a)

menetapkan apa-apa perkara yang dikehendaki di bawah

Akta ini supaya ditetapkan; dan

Suggest a correction

(b)

menetapkan suatu penalti atau suatu denda yang tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit bagi pelanggaran atau ketidakpatuhan mana-mana peruntukan mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

Kuasa untuk meminda Jadual 60a. Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, meminda Jadual.

Kawalan Harga dan Antipencatutan 39

Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 61

Open as pageSuggest a correction

Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam [Akta 198] hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Pengawal, Timbalan Pengawal, Penolong Pengawal atau terhadap Pengerusi, mana-mana anggota Majlis dan pekerja atau ejen Pengerusi atau Majlis berkenaan dengan apa-apa perbuatan, pengabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya dengan suci hati atau apa-apa peninggalan yang ditinggalkan olehnya dengan suci hati, atas sifat yang sedemikian.

Seksyen 62

Perlindungan pegawai dan orang lain

Open as pageSuggest a correction

Tiada tindakan atau pendakwaan boleh dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap—

(a)

Pengawal, Timbalan Pengawal, Penolong Pengawal atau mana-mana orang lain berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang diperintahkan atau yang dilakukan bagi maksud melaksanakan Akta ini; dan

Suggest a correction

(b)

mana-mana orang lain berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang dilakukan atau berupa sebagai dilakukan olehnya di bawah perintah, arahan atau suruhan Pengawal atau pegawai yang diberi kuasa jika perbuatan itu dilakukan dengan suci hati dan kepercayaan munasabah bahawa ia perlu bagi maksud yang dihasratkan untuk dicapai dengannya.

Kecualian dan peralihan

Suggest a correction

Seksyen 63

Open as pageSuggest a correction

(2)

Orang yang telah dilantik di bawah Akta yang dimansuhkan hendaklah terus menjadi pegawai di bawah Akta ini seolah-olah orang itu telah dilantik di bawah seksyen 3 Akta ini.

Suggest a correction

(3)

Semua peraturan, kaedah dan perintah yang dibuat di bawah Akta yang dimansuhkan, hendaklah terus berkuat kuasa dan mempunyai kesan seolah-olah ia telah dibuat di bawah Akta ini sehingga digantikan atau dibatalkan oleh apa-apa peraturan, kaedah dan perintah yang dibuat di bawah Akta ini.

Undang-Undang Malaysia 40

Akta 723

Suggest a correction

(4)

Apa-apa siasatan, perbicaraan dan prosiding yang telah dilakukan, diambil atau dimulakan di bawah Akta yang dimansuhkan sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah diteruskan atau diselesaikan di bawah dan dengan mengikut peruntukan Akta yang dimansuhkan.

*Jadual

(Dipotong)

*CATATAN—Jadual ini tidak lagi terpakai berikutan dengan pemansuhan Akta (Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 [Akta 762] yang telah berkuat kuasa pada 1 September 2018–lihat seksyen 3 Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pemansuhan) 2018 [Akta 805].

Kawalan Harga dan Antipencatutan 41

Akta 723

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

Akta A1464

Akta Kawalan Harga dan

Antipencatutan (Pindaan) 2014 01-09-2014

Akta A1544

Akta Kawalan Harga dan

Antipencatutan (Pindaan) 2017 01-01-2018

Undang-Undang Malaysia 42

Akta 723

Akta 723

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari 2

Akta A1464 01-09-2014 3

Akta A1464 01-09-2014 10a

Akta A1464 01-09-2014 10b

Akta A1544 01-01-2018 10c

Akta A1544 01-01-2018 15

Akta A1464 01-09-2014 28

Akta A1544 01-01-2018 53a

Akta A1464 01-09-2014 60a

Akta A1464 01-09-2014

Suggest a correction

Jadual

Suggest a correction

Jadual

Akta A1464 01-09-2014

KUALA LUMPUR

WJW012150 29-10-2018

Common questions

What is AKTA KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN 2011?
AKTA KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN 2011 is Malaysia Act, cited as Act 723 2011, currently marked in force and first recorded in 2011.
Is AKTA KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN 2011 still in force?
Yes — AKTA KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN 2011 is currently in force.
When did AKTA KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN 2011 take effect?
AKTA KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN 2011 was first recorded in 2011.
How many sections does AKTA KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN 2011 have?
AKTA KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN 2011 contains 64 sections.
What amends AKTA KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN 2011?
AKTA KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN 2011 has been amended by AKTA KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN (PINDAAN) 2014 and AKTA KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN (PINDAAN) 2017.
Where can I read the official version of AKTA KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN 2011?
The official text of AKTA KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN 2011 is published at lom.agc.gov.my.