Malaysia legislation

Section 21

of AKTA KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN 2011

Seksyen 21

(a)

mempunyai apa-apa maklumat (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, rekod, akaun dan data berkomputer) atau apa-apa dokumen yang berkaitan dengan pelaksanaan kuasa dan fungsi Penolong Pengawal di bawah Akta ini; atau

Undang-Undang Malaysia 18

Akta 723

(b)

berupaya memberikan apa-apa keterangan yang Penolong

Pengawal mempunyai sebab untuk mempercayai adalah berkaitan dengan pelaksanaan kuasa dan fungsi Penolong

Pengawal di bawah Akta ini.

(2)

Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang lain, Penolong Pengawal, dengan notis bertulis, boleh mengarahkan mana-mana orang—

(a)

untuk memberi Penolong Pengawal, dalam tempoh masa dan mengikut cara dan bentuk yang dinyatakan dalam notis itu, apa-apa maklumat atau dokumen yang disebut dalam subseksyen (1);

(b)

untuk mengemukakan kepada Penolong Pengawal, dalam tempoh dan mengikut cara yang dinyatakan dalam notis itu, apa-apa maklumat atau dokumen yang disebut dalam subseksyen (1), sama ada dalam bentuk fizikal atau media elektronik;

(c)

untuk membuat salinan, atau cabutan daripada, apa-apa dokumen yang disebut dalam subseksyen (1) dan untuk mengemukakan salinan atau cabutan dokumen itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, kepada Penolong Pengawal dalam tempoh dan mengikut cara yang dinyatakan dalam notis itu;

(d)

jika orang itu seorang individu, untuk hadir di hadapan

Penolong Pengawal pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa maklumat, sama ada secara lisan atau bertulis, dan untuk mengemukakan apa-apa dokumen yang disebut dalam subseksyen (1), sama ada dalam bentuk fizikal atau media elektronik;

(e)

jika orang itu suatu pertubuhan perbadanan, untuk menyebabkan pegawai yang berkaitan dan berkelayakan bagi pertubuhan itu untuk hadir di hadapan Penolong

Pengawal pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa maklumat, sama ada secara lisan atau bertulis, dan untuk mengemukakan apa-apa dokumen yang disebut dalam subseksyen (1), sama ada dalam bentuk fizikal atau media elektronik;

Kawalan Harga dan Antipencatutan 19

(f)

jika orang itu suatu perkongsian, untuk menyebabkan individu yang merupakan seorang pekongsi dalam perkongsian itu atau pekerja perkongsian itu untuk hadir di hadapan Penolong Pengawal pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa maklumat, sama ada secara lisan atau bertulis, dan untuk mengemukakan apa-apa dokumen yang disebut dalam subseksyen (1), sama ada dalam bentuk fizikal atau media elektronik; atau

(g)

untuk membuat suatu pernyataan kepada Penolong Pengawal dengan memberikan suatu penjelasan mengenai apa-apa maklumat atau dokumen yang disebut dalam subseksyen (1)

dalam tempoh dan mengikut cara dan bentuk yang dinyatakan dalam notis itu.

(3)

Jika Penolong Pengawal mengarahkan mana-mana orang supaya mengemukakan apa-apa dokumen di bawah subseksyen (2)

dan orang itu tidak mempunyai jagaan ke atas dokumen itu, orang itu hendaklah—

(a)

menyatakan, sepanjang pengetahuan dan kepercayaannya, di mana dokumen itu boleh dijumpai; dan

(b)

mengenal pasti, sepanjang pengetahuan dan kepercayaannya, orang yang terakhir mempunyai jagaan ke atas dokumen itu dan di mana orang terakhir yang disebut itu boleh dijumpai.

(4)

Mana-mana orang yang diarahkan supaya memberikan maklumat di bawah subseksyen (2) atau (3) hendaklah memastikan bahawa maklumat yang diberikan itu adalah benar, tepat dan lengkap dan orang itu hendaklah memberikan representasi yang nyata bermaksud sedemikian, termasuk suatu perisytiharan bahawa yang dia tidak menyedari mengenai apa-apa maklumat lain yang boleh menjadikan maklumat yang diberikan itu tidak benar atau mengelirukan.

(5)

Mana-mana orang yang enggan atau tidak mematuhi arahan yang dibuat oleh Penolong Pengawal di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan.

Undang-Undang Malaysia 20

Akta 723

Penolong Pengawal boleh memegang simpan dokumen