Malaysia legislation
Section 24
Seksyen 24
(2)
Tiada apa pun dalam subseksyen (1) boleh berkuat kuasa untuk menghalang penzahiran maklumat jika—
(a)
penzahiran itu dibuat dengan persetujuan orang yang daripadanya maklumat atau dokumen itu diperoleh;
(b)
penzahiran itu dibuat dalam hal keadaan yang maklumat yang diberikan itu dirangka dengan cara yang sebegitu rupa sehingga sumber maklumat itu tidak dapat dipastikan;
(c)
maklumat itu telah sedia ada dalam domain awam;
(d)
penzahiran itu dibuat bagi memudahkan pelaksanaan fungsi
Pengawal, Timbalan Pengawal atau Penolong Pengawal;
(e)
penzahiran itu dibuat secara munasabah semasa apa-apa prosiding di bawah Akta ini dengan syarat bahawa penzahiran itu tidak dibuat berlawanan dengan apa-apa arahan Pengawal, Timbalan Pengawal atau Penolong
Pengawal yang di hadapannya prosiding itu berjalan;
atau
(f)
penzahiran itu dibuat berkaitan dengan penyiasatan terhadap suatu kesalahan di bawah Akta ini.
(3)
Bagi maksud seksyen ini, “maklumat rahsia” ertinya maklumat perdagangan, perniagaan atau perindustrian yang dipunyai oleh mana-mana orang, yang mempunyai nilai ekonomi dan secara amnya tidak tersedia kepada atau diketahui oleh orang lain.
Komunikasi terlindung