Malaysia legislation
Section 29
Seksyen 29
(2)
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), waran yang dikeluarkan oleh Majistret boleh memberi kuasa penggeledahan dan penyitaan apa-apa buku, rekod, akaun, dokumen, data komputer, barangan atau benda yang mengandungi atau dengan munasabahnya dipercayai mengandungi maklumat tentang apa-apa kesalahan yang disyaki telah dilakukan atau selainnya perlu untuk melaksanakan suatu penyiasatan bagi apa-apa kesalahan.
(3)
Penolong Pengawal yang menjalankan penggeledahan di bawah subseksyen (1) boleh, bagi maksud menyiasat kesalahan itu, memeriksa mana-mana orang yang berada di dalam atau di premis itu.
Undang-Undang Malaysia 24
Akta 723
(4)
Penolong Pengawal yang membuat pemeriksaan ke atas seseorang di bawah subseksyen (3) boleh menyita, atau mengambil milikan, dan menyimpan dalam jagaan selamat semua benda selain pakaian yang perlu yang dijumpai pada orang itu, dan apa-apa benda lain, yang mengenainya terdapat sebab untuk mempercayai bahawa benda itu merupakan peralatan atau keterangan mengenai kesalahan itu, dan benda itu boleh ditahan sehingga mahkamah mengeluarkan perintah pelupusan terhadapnya.
(5)
Jika, oleh sebab jenis, saiz atau amaunnya, adalah tidak praktik untuk memindahkan apa-apa buku, rekod, akaun, dokumen, data berkomputer, barangan atau benda yang disita di bawah seksyen ini,
Penolong Pengawal yang menyita itu hendaklah, dengan apa-apa cara mengelak premis atau bekas yang di dalamnya dijumpai buku, rekod, akaun, dokumen, data berkomputer, barangan atau benda itu.
(6)
Seseorang yang, tanpa kuasa yang sah, memecahkan, mengganggu atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen (5)
atau memindahkan apa-apa buku, rekod, akaun, dokumen, data berkomputer, barangan atau benda yang dilak atau cuba untuk berbuat demikian melakukan suatu kesalahan.
Kuasa memasuki dan menggeledah dan menyita tanpa waran