Malaysia legislation

Section 2

of AKTA KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN 2011

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“Akta ini” termasuklah mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini;

“barangan” ertinya tiap-tiap jenis harta, sama ada ketara atau tidak ketara, sama ada harta alih atau tak alih, tetapi tidak termasuk wang dan hak dalam tindakan;

Undang-Undang Malaysia 8

Akta 723

“barangan harga terkawal” ertinya barangan yang berkenaan dengannya harga maksimum atau minimum atau tetap ditentukan di bawah seksyen 4;

“caj” ertinya apa-apa jumlah wang atau apa-apa bentuk balasan yang diberikan sebagai pertukaran bagi apa-apa perkhidmatan;

“ditetapkan” ertinya ditetapkan melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

“elektronik” ertinya teknologi yang menggunakan elektrik, optik, magnetik, elektromagnetik, biometrik, fotonik atau teknologi lain yang seumpamanya;

“harga” ertinya apa-apa jumlah wang atau apa-apa bentuk balasan yang diberikan sebagai pertukaran bagi apa-apa barangan;

“jualan” termasuklah sesuatu jualan barangan oleh seorang ejen bagi pihak prinsipalnya atau oleh seorang pekhidmat bagi pihak majikannya, sesuatu jualan barangan dengan komisen atau konsainan bagi jualan dan sesuatu perjanjian untuk menjual dan sesuatu tawaran untuk menjual;

“membekalkan” dengan apa-apa cara, termasuklah melalui transaksi elektronik—

(a)

berhubungan dengan barangan, ertinya pembekalan, termasuk pembekalan semula, secara penjualan, pertukaran, pajakan, sewaan atau sewa beli barangan itu; dan

(b)

berhubungan dengan perkhidmatan, ertinya pengadaan secara penjualan, pemberian atau pembekalan perkhidmatan itu;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna;

“pegawai yang diberi kuasa” ertinya mana-mana pegawai awam atau pegawai pihak berkuasa tempatan yang diberi kuasa di bawah subseksyen 3(6);

“Pengawal” ertinya Pengawal Harga yang dilantik di bawah seksyen 3;

Kawalan Harga dan Antipencatutan 9

“Penolong Pengawal” ertinya Penolong Pengawal Harga yang dilantik di bawah seksyen 3;

“perkhidmatan” ertinya apa-apa yang dilakukan atau akan dilakukan termasuk pemberian, penyerahhakan atau penyerahan apa-apa hak atau penyediaan apa-apa kemudahan atau kebaikan, tetapi tidaklah termasuk pembekalan barangan atau wang;

“perkhidmatan caj terkawal” ertinya perkhidmatan yang berkenaan dengannya caj maksimum atau minimum atau tetap ditentukan di bawah seksyen 5;

“premis” ertinya apa-apa tempat, yang tidak bergerak atau sebaliknya, yang ditubuhkan atau didirikan oleh mana-mana orang, sama ada tempat itu dengan atau tanpa kepungan, dan termasuklah kenderaan, pesawat udara, kapal laut dan apa-apa vesel lain;

“Timbalan Pengawal” ertinya Timbalan Pengawal Harga yang dilantik di bawah seksyen 3.

Pelantikan Pengawal Harga, Timbalan Pengawal Harga,

Penolong Pengawal Harga, dsb.