Malaysia legislation

Section 35

of AKTA KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN 2011

Seksyen 35

(2)

Suatu perintah bagi melucuthakkan atau melepaskan apa-apa barangan yang disita pada menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan di bawah Akta ini hendaklah dibuat oleh mahkamah yang di hadapannya pendakwaan berkenaan dengannya telah dijalankan dan suatu perintah bagi melucuthakkan barangan itu hendaklah dibuat jika dibuktikan dengan memuaskan hati mahkamah bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa barangan itu ialah hal perkara atau telah digunakan dalam melakukan kesalahan itu, walau pun tiada orang telah disabitkan atas kesalahan itu.

Undang-Undang Malaysia 28

Akta 723

(3)

Jika tiada pendakwaan berkenaan dengan mana-mana barangan yang disita pada menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, barangan itu hendaklah dikira dan disifatkan telah dilucuthakkan apabila habis tempoh satu bulan kalendar dari tarikh ia disita melainkan jika suatu tuntutan mengenainya dibuat sebelum tarikh itu mengikut cara yang dinyatakan kemudian daripada ini.

(4)

Mana-mana orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya barangan itu dan bahawa barangan itu tidak boleh dilucuthakkan boleh dengan sendirinya atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis memberikan notis bertulis kepada

Penolong Pengawal bahawa dia menuntut barangan itu.

(5)

Apabila diterima notis itu Penolong Pengawal hendaklah merujukkan tuntutan itu kepada Pengawal yang boleh mengarahkan supaya barangan itu dilepaskan atau boleh mengarahkan Penolong

Pengawal supaya merujukkan perkara itu kepada suatu mahkamah untuk keputusan.

(6)

Mahkamah yang kepadanya perkara itu dirujukkan hendaklah mengeluarkan suatu saman yang menghendaki orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya barangan itu dan orang yang daripadanya barangan itu telah disita supaya hadir di hadapannya dan apabila dia hadir atau tidak hadir, selepas dibuktikan bahawa saman itu telah disampaikan dengan sewajarnya, mahkamah hendaklah meneruskan pemeriksaan perkara itu dan apabila dibuktikan bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa barangan itu ialah hal perkara kesalahan itu atau telah digunakan dalam melakukan kesalahan itu hendaklah memerintahkan supaya barangan itu dilucuthakkan atau boleh, jika tidak dibuktikan sedemikian, memerintahkan supaya barangan itu dilepaskan.

(7)

Semua benda yang dilucuthakkan atau disifatkan dilucuthakkan hendaklah diserahkan kepada Penolong Pengawal dan hendaklah dilupuskan mengikut arahan Pengawal.

Pelepasan benda yang disita

Section 35 — AKTA KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN 2011