Malaysia legislation
Section 38
Seksyen 38
Tiada kos atau ganti rugi yang berbangkit daripada penyitaan boleh didapatkan balik
Tiada seorang pun, dalam apa-apa prosiding di hadapan mana-mana mahkamah berkenaan dengan mana-mana buku, rekod, akaun, dokumen, data berkomputer, barangan atau benda yang disita pada menjalankan atau yang berupa sebagai menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, berhak kepada kos prosiding itu atau kepada apa-apa ganti rugi atau relief lain melainkan jika penyitaan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah.
Undang-Undang Malaysia 30
Akta 723