Malaysia legislation
Section 39
Seksyen 39
Halangan
(a)
enggan untuk memberi mana-mana Penolong Pengawal akses kepada mana-mana premis yang Penolong Pengawal itu berhak kepadanya di bawah Akta ini atau dalam melaksanakan apa-apa kewajipan yang dikenakan atau kuasa yang diberikan oleh Akta ini;
(b)
mengamang, menggalang, menghalang atau melengahkan mana-mana Penolong Pengawal dalam membuat apa-apa kemasukan yang Penolong Pengawal itu berhak membuatnya di bawah Akta ini, atau dalam melaksanakan apa-apa kewajipan yang dikenakan atau kuasa yang diberikan oleh Akta ini; atau
(c)
enggan untuk memberi mana-mana Penolong Pengawal apa-apa maklumat yang berhubungan dengan suatu kesalahan atau suatu kesalahan yang disyaki di bawah Akta ini atau apa-apa maklumat lain yang secara munasabah dikehendaki supaya diberikan olehnya dan yang ada dalam pengetahuan atau kuasanya, melakukan suatu kesalahan.
Kuasa penyiasatan oleh pegawai polis