Malaysia legislation

Section 4

of AKTA KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN 2011

Seksyen 4

Pengawal boleh, dengan kelulusan Menteri, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menentukan harga maksimum, minimum atau tetap bagi pembuatan, pengeluaran, pemborongan atau peruncitan—

(a)

apa-apa barangan;

(b)

apa-apa kelas atau kelas-kelas tertentu barangan; dan

(c)

apa-apa unit atau kuantiti apa-apa barangan, yang boleh termasuk caj bagi apa-apa perkhidmatan yang berhubungan dengan pembekalan, penghantaran, pembaikan, penyenggaraan, pembungkusan, pembawaan atau penyimpanan barangan itu.

Kuasa Pengawal untuk menentukan caj bagi perkhidmatan