Malaysia legislation
Section 62
Seksyen 62
Perlindungan pegawai dan orang lain
Tiada tindakan atau pendakwaan boleh dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap—
(a)
Pengawal, Timbalan Pengawal, Penolong Pengawal atau mana-mana orang lain berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang diperintahkan atau yang dilakukan bagi maksud melaksanakan Akta ini; dan
(b)
mana-mana orang lain berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang dilakukan atau berupa sebagai dilakukan olehnya di bawah perintah, arahan atau suruhan Pengawal atau pegawai yang diberi kuasa jika perbuatan itu dilakukan dengan suci hati dan kepercayaan munasabah bahawa ia perlu bagi maksud yang dihasratkan untuk dicapai dengannya.
Kecualian dan peralihan