Malaysia legislation
Section 10
Seksyen 10
Menggunakan perihal dagangan bagi barang-barang
(a)
menampalkan atau melampirkannya pada atau dengan apa-apa cara mengecapkannya di atas atau menyatukannya dengan—
(i)
barang-barang itu sendiri; atau
Perihal Dagangan 17
(ii)
apa-apa benda yang di dalamnya, di atasnya atau dengannya barang-barang itu dibekalkan;
(b)
meletakkan barang-barang itu di dalam, di atas atau dengan apa-apa benda yang perihal dagangan itu telah ditampalkan atau dilampirkan padanya, dicapkan di atasnya atau disatukan dengannya, atau meletakkan mana-mana benda itu dengan barang-barang itu; atau
(c)
menggunakan perihal dagangan itu dengan apa-apa cara yang mungkin dianggap sebagai merujuk kepada barang-barang itu.
(2)
Bagi maksud Akta ini, suatu pernyataan lisan boleh terjumlah kepada penggunaan suatu perihal dagangan.
(3)
Jika barang-barang dibekalkan menurut suatu permintaan yang dalamnya suatu perihal dagangan digunakan dan hal keadaannya adalah sebegitu rupa sehingga menjadikan munasabah untuk membuat inferens bahawa barang-barang itu dibekalkan sebagai barang-barang yang bersamaan dengan perihal itu, orang yang membekalkan barang-barang itu disifatkan sebagai telah menggunakan perihal dagangan itu bagi barang-barang itu.