/akn/my/act/act/2011/730

*AKTA PERIHAL DAGANGAN 2011

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
2011
Last amended
2021
Sections
75
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

*AKTA PERIHAL DAGANGAN 2011 is Malaysia Act, cited as Act 730 2011, currently marked in force and first recorded in 2011.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta bagi maksud untuk menggalakkan amalan perdagangan yang baik dengan melarang perihal dagangan palsu dan pernyataan, pengendalian dan amalan palsu atau mengelirukan berhubung dengan pembekalan barang-barang dan perkhidmatan, dan dengan melarang, menyekat atau selainnya mengawal selia atau mengawal penggunaan apa-apa pernyataan, ungkapan atau petunjuk yang mungkin mendiskriminasi atau memboikot apa-apa keluaran atau barang-barang atau untuk tidak menggalakkan, melarang, menghalang atau mempengaruhi mana-mana orang daripada menggunakan atau mengambil apa-apa keluaran atau barang-barang dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan, dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan atau bersampingan dengannya. [1 November 2011, P.U. (B) 540/2011] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Bahagian I

BAHAGIAN I

Seksyen 1

Open as pageSuggest a correction

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perihal Dagangan 2011.

Suggest a correction

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh

Menteri, melalui pemberitahuan dalam Warta.

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 730

Tafsiran

Suggest a correction

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

Open as pageSuggest a correction

“Akta ini” termasuklah mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini;

“barang-barang” termasuk kapal, pesawat udara, kenderaan, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan hasil tanaman dan semua jenis harta alih;

“elektronik” ertinya teknologi yang menggunakan elektrik, optik, magnetik, elektromagnetik, biometrik, fotonik atau teknologi lain yang seumpamanya;

“iklan” ertinya tiap-tiap bentuk pengiklanan (sama ada atau tidak disertai dengan atau dikaitkan dengan perkataan yang ditutur atau ditulis atau dengan tulisan atau bunyi lain dan sama ada atau tidak terkandung atau diterbitkan dalam terbitan)

dengan cara mempamerkan notis atau melalui katalog, senarai harga, pekeliling, label, kad atau dokumen atau bahan lain atau dengan menunjukkan filem atau gambar atau fotograf, atau melalui radio atau televisyen, atau dengan apa-apa cara lain termasuk melalui cara elektronik;

“kapal” termasuk apa-apa bot dan apa-apa perihalan lain vesel yang digunakan dalam pelayaran;

“logam berharga” ertinya emas, perak atau platinum dalam bentuk tulen atau aloi emas, perak atau platinum;

“membekalkan” ertinya—

(a)

berhubung dengan barang-barang, pembekalan, termasuk pembekalan semula, secara penjualan, pertukaran, pajakan, sewaan atau sewa beli barang-barang itu; dan

Perihal Dagangan 11

Suggest a correction

(b)

berhubung dengan perkhidmatan, ertinya pengadaan secara penjualan, pemberian atau pembekalan perkhidmatan itu, melalui apa-apa cara termasuk melalui cara elektronik;

“Menteri”

ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perdagangan dalam negeri dan kepenggunaan;

“Pengawal” ertinya Pengawal Perihal Dagangan yang dilantik di bawah seksyen 3;

“Penolong

Pengawal”

ertinya

Penolong

Pengawal

Perihal

Dagangan yang dilantik di bawah seksyen 3;

“perkhidmatan” ertinya apa-apa perihalan perkhidmatan, sama ada perindustrian, perdagangan, profesional atau selainnya tetapi tidak termasuk apa-apa yang dibuat di bawah kontrak perkhidmatan;

“premis” ertinya apa-apa tempat, yang tidak bergerak atau sebaliknya yang ditubuhkan atau didirikan oleh mana-mana orang, sama ada tempat itu ada atau tiada kepungan, dan termasuklah kenderaan, pesawat udara, kapal dan apa-apa vesel lain;

“standard ketulenan”, berhubung dengan barang yang dibuat daripada logam berharga, ertinya bilangan bahagian mengikut berat emas, perak atau platinum tulen dalam seribu bahagian mengikut berat logam berharga;

“terbit”, berhubung dengan sesuatu iklan, ertinya menunjukkan iklan kepada orang awam atau mana-mana orang awam melalui apa-apa cara, termasuk melalui cara elektronik;

“Timbalan

Pengawal”

ertinya

Timbalan

Pengawal

Perihal

Dagangan yang dilantik di bawah seksyen 3.

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 730

Pelantikan Pengawal, Timbalan Pengawal, Penolong Pengawal, dsb.

Suggest a correction

Seksyen 3

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pengawal hendaklah melaksanakan kewajipan yang dikenakan dan menjalankan kuasa yang diberikan kepadanya tertakluk pada arahan dan kawalan am Menteri.

Suggest a correction

(3)

Timbalan Pengawal, Penolong Pengawal dan pegawai lain yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah berada di bawah arahan dan kawalan Pengawal.

Suggest a correction

(4)

Timbalan Pengawal boleh melaksanakan segala kewajipan yang dikenakan dan menjalankan segala kuasa yang diberikan kepada

Pengawal.

Suggest a correction

(5)

Pengawal dan Timbalan Pengawal boleh melaksanakan segala kewajipan yang dikenakan dan menjalankan segala kuasa yang diberikan kepada Penolong Pengawal.

Suggest a correction

(6)

Seseorang pegawai yang dilantik di bawah seksyen ini apabila bertindak terhadap mana-mana orang di bawah Akta ini hendaklah, apabila diminta, mengisytiharkan jawatannya dan mengemukakan kepada orang yang terhadapnya dia bertindak itu apa-apa kad kuasa sebagaimana yang diarahkan oleh Pengawal supaya dibawa oleh pegawai itu.

Suggest a correction

(7)

Seseorang pegawai yang dilantik di bawah seksyen ini hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam dalam pengertian

Kanun Keseksaan [Akta 574].

Suggest a correction

Bahagian II

BAHAGIAN II

LARANGAN PERIHAL DAGANGAN PALSU

Seksyen 5

Open as pageSuggest a correction

(a)

menggunakan suatu perihal dagangan palsu bagi apa-apa barang;

Suggest a correction

(b)

membekalkan atau menawarkan untuk membekalkan apa-apa barang yang baginya suatu perihal dagangan palsu digunakan; atau

Suggest a correction

(c)

mendedahkan untuk pembekalan atau mempunyai dalam milikan, jagaan atau kawalannya untuk pembekalan apa-apa barang yang baginya suatu perihal dagangan palsu digunakan, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—

Suggest a correction

(A)

jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit; atau

Suggest a correction

(B)

jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Suggest a correction

(2)

Istilah-istilah yang digunakan dalam seksyen ini dan di mana-mana jua ia terdapat dalam Akta ini hendaklah ditafsirkan mengikut seksyen 6, 7 dan 10.

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 730

Perihal dagangan

Suggest a correction

Seksyen 6

Open as pageSuggest a correction

(b)

kuantiti, panjang, lebar, tinggi, luas, isi padu, muatan, berat, saiz atau ukuran;

Suggest a correction

(c)

kaedah pembuatan, pengeluaran, pemprosesan atau pemulihan keadaan;

Suggest a correction

(e)

kelayakan bagi maksud, kekuatan, prestasi, gerak-geri atau ketepatan;

Suggest a correction

(f)

standard ketulenan barang yang dibuat daripada logam berharga;

Suggest a correction

(g)

apa-apa ciri fizikal atau teknologi yang tidak termasuk dalam perenggan yang terdahulu;

Suggest a correction

(i)

pengujian oleh mana-mana orang dan keputusannya;

Suggest a correction

(j)

kualiti selain yang ditetapkan dalam perenggan yang terdahulu;

Suggest a correction

(k)

kelulusan oleh mana-mana orang atau keakuran dengan jenis yang diluluskan oleh mana-mana orang;

Suggest a correction

(l)

tempat atau tarikh pembuatan, pengeluaran, pemprosesan atau pemulihan keadaan;

Perihal Dagangan 15

Suggest a correction

(m)

orang yang membuat, mengeluarkan, memproses atau memulihkan keadaan barang-barang;

Suggest a correction

(n)

sejarah lain, termasuk pemunyaan atau penggunaan sebelumnya.

Suggest a correction

(2)

Perkara yang dinyatakan dalam subseksyen (1) hendaklah dikira—

(a)

berhubung dengan apa-apa haiwan, sebagai termasuk jantina, baka atau kacukan, kesuburan dan kesempurnaan;

Suggest a correction

(b)

berhubung dengan apa-apa mani, sebagai termasuk pengenalan dan ciri-ciri haiwan yang daripadanya mani itu telah diambil dan sukatan kecairan.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Jika penggunaan apa-apa perihal dilarang di bawah peruntukan undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual kecuali jika digunakan bagi barang-barang yang mematuhi kehendak undang-undang itu, tiada perihal yang digunakan mengikut kehendak undang-undang itu akan menjadi suatu perihal dagangan palsu.

Suggest a correction

(4)

Menteri boleh meminda Jadual yang disebut dalam subseksyen (3) melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.

Suggest a correction

(5)

Bagi maksud Akta ini, suatu perihal dagangan atau pernyataan yang diterbitkan dalam mana-mana akhbar, buku atau majalah berkala atau dalam mana-mana filem atau siaran bunyian atau televisyen atau apa-apa medium lain, termasuk melalui cara elektronik, tidak boleh disifatkan sebagai suatu perihal dagangan atau pernyataan melainkan jika ia adalah atau menjadi sebahagian daripada sesuatu iklan.

Perihal dagangan palsu

Suggest a correction

Seksyen 7

Open as pageSuggest a correction

(2)

Suatu perihal dagangan, walaupun tidak palsu, adalah mengelirukan, iaitu yang mungkin dikira sebagai suatu petunjuk bagi mana-mana perkara yang dinyatakan dalam seksyen 6 yang adalah palsu ke takat darjah yang material, hendaklah disifatkan sebagai suatu perihal dagangan palsu.

Suggest a correction

(3)

Apa-apa jua, walaupun bukan suatu perihal dagangan, iaitu yang mungkin dikira sebagai suatu petunjuk bagi mana-mana perkara yang dinyatakan dalam seksyen 6 yang adalah palsu ke takat darjah yang material, hendaklah disifatkan sebagai suatu perihal dagangan palsu.

Suggest a correction

(4)

Suatu petunjuk palsu, atau apa-apa jua yang mungkin dikira sebagai suatu petunjuk yang adalah palsu, bahawa apa-apa barang mematuhi standard yang ditentukan atau diiktiraf oleh mana-mana orang atau disiratkan dengan kelulusan mana-mana orang disifatkan sebagai suatu perihal dagangan palsu, jika tidak ada orang sedemikian atau tidak ada standard yang ditentukan, diiktiraf atau difahamkan sedemikian.

Suggest a correction

Seksyen 10

Menggunakan perihal dagangan bagi barang-barang

Open as pageSuggest a correction

(a)

menampalkan atau melampirkannya pada atau dengan apa-apa cara mengecapkannya di atas atau menyatukannya dengan—

Suggest a correction

(i)

barang-barang itu sendiri; atau

Perihal Dagangan 17

(ii)

apa-apa benda yang di dalamnya, di atasnya atau dengannya barang-barang itu dibekalkan;

Suggest a correction
Suggest a correction

(b)

meletakkan barang-barang itu di dalam, di atas atau dengan apa-apa benda yang perihal dagangan itu telah ditampalkan atau dilampirkan padanya, dicapkan di atasnya atau disatukan dengannya, atau meletakkan mana-mana benda itu dengan barang-barang itu; atau

Suggest a correction

(c)

menggunakan perihal dagangan itu dengan apa-apa cara yang mungkin dianggap sebagai merujuk kepada barang-barang itu.

Suggest a correction

(2)

Bagi maksud Akta ini, suatu pernyataan lisan boleh terjumlah kepada penggunaan suatu perihal dagangan.

Suggest a correction

(3)

Jika barang-barang dibekalkan menurut suatu permintaan yang dalamnya suatu perihal dagangan digunakan dan hal keadaannya adalah sebegitu rupa sehingga menjadikan munasabah untuk membuat inferens bahawa barang-barang itu dibekalkan sebagai barang-barang yang bersamaan dengan perihal itu, orang yang membekalkan barang-barang itu disifatkan sebagai telah menggunakan perihal dagangan itu bagi barang-barang itu.

Suggest a correction

Seksyen 12

Dalam milikan untuk pembekalan

Open as pageSuggest a correction

Seseorang yang ada dalam milikannya tiga barang atau lebih yang sama daripada perihalan yang serupa dan menggunakan perihal dagangan yang sama sebagaimana yang disebut dalam seksyen 6

disifatkan sebagai mempunyai dalam milikan barang-barang untuk pembekalan.

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 730

Bahagian III

BAHAGIAN III

PERNYATAAN SILAP SELAIN PERIHAL DAGANGAN PALSU

Suggest a correction

Tafsiran

Seksyen 13

Open as pageSuggest a correction

Bagi maksud Bahagian ini, “palsu” atau “mengelirukan” ertinya apa-apa pelakuan, representasi, pernyataan atau amalan yang berupaya untuk membawa mana-mana orang kepada kesilapan.

Seksyen 14

Petunjuk palsu atau yang mengelirukan tentang harga barang-barang

Open as pageSuggest a correction

(a)

bahawa harga barang-barang yang ditawarkan itu adalah sama dengan atau lebih rendah daripada harga yang disyorkan;

Suggest a correction

(b)

bahawa barang-barang itu ditawarkan pada harga yang lebih rendah daripada harga yang sebenarnya ditawarkan;

atau

Suggest a correction

(c)

bahawa barang-barang itu ditawarkan pada harga yang lebih rendah daripada harga yang ditawarkan oleh mana-mana orang lain.

Suggest a correction

(2)

Jika mana-mana orang dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah seksyen ini, beban untuk membuktikan bahawa—

(a)

harga barang-barang yang ditawarkan olehnya adalah lebih rendah daripada harga yang ditawarkan oleh mana-mana orang lain; atau

Perihal Dagangan 19

Suggest a correction

(b)

kewujudan dan terma apa-apa harga yang disyorkan yang padanya dia bergantung atau bahawa kehendak subseksyen (3) telah dipatuhi, hendaklah terletak pada orang yang dipertuduh itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Bagi maksud seksyen ini—

(a)

suatu petunjuk tentang suatu harga yang disyorkan—

Suggest a correction

(i)

hendaklah dikira, melainkan jika dinyatakan sebaliknya, sebagai suatu petunjuk bahawa ia suatu harga yang disyorkan oleh pembuat atau pengeluarnya; dan

(ii)

hendaklah dikira, melainkan jika dinyatakan sebaliknya, sebagai suatu petunjuk bahawa ia suatu harga yang disyorkan pada amnya untuk pembekalan secara jualan runcit di kawasan tempat barang-barang itu ditawarkan;

Suggest a correction
Suggest a correction

(b)

apa-apa jua yang mungkin dikira sebagai suatu petunjuk tentang suatu harga yang disyorkan hendaklah dianggap sebagai suatu petunjuk sedemikian; dan

Suggest a correction

(c)

mana-mana orang yang mengiklankan barang-barang sebagai ada untuk pembekalan hendaklah dikira sebagai menawarkan untuk membekalkannya.

Harga disifatkan termasuk cukai

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 15

Open as pageSuggest a correction

(2)

Subseksyen (1) tidak terpakai bagi apa-apa iklan yang dibuat dalam penjalanan perdagangan atau perniagaan yang ditetapkan di bawah seksyen 10B Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011

[Akta 723].

*(3) (Dipotong).

*(4) (Dipotong).

Representasi palsu tentang pembekalan atau kelulusan barang-barang atau perkhidmatan

Suggest a correction

Seksyen 16

Open as pageSuggest a correction

(2)

Subseksyen (1) hendaklah berkuat kuasa tanpa menjejaskan peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang melarang atau menyekat penggunaan apa-apa nama, lambang, lambang kebesaran, meterai, bendera, panji-panji, gelaran, jata, tanda, perkataan atau huruf atau apa-apa bentuk perihalan yang lain dalam perjalanan perdagangan, perniagaan, pekerjaan atau profesion.

Pernyataan palsu atau yang mengelirukan tentang perkhidmatan, dsb.

*CATATAN—Subseksyen 15(3) dan (4) tidak lagi terpakai berikutan dengan pemansuhan Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 [Akta 762] yang berkuat kuasa pada 1 September 2018–lihat seksyen 3 Akta Cukai Barang dan

Perkhidmatan (Pemansuhan) 2018 [Akta 805].

Perihal Dagangan 21

Suggest a correction

Seksyen 17

Open as pageSuggest a correction

(a)

membuat suatu pernyataan yang diketahuinya adalah palsu;

Suggest a correction

(b)

secara melulu membuat suatu pernyataan palsu; atau

Suggest a correction

(c)

membuat apa-apa pernyataan yang mungkin memperdayakan atau mengelirukan mana-mana orang, tentang mana-mana perkara yang berikut:

Suggest a correction

(A)

pengadaan apa-apa perkhidmatan, penginapan atau kemudahan;

Suggest a correction

(B)

sifat apa-apa perkhidmatan, penginapan atau kemudahan;

Suggest a correction

(C)

bila masanya, bagaimana caranya atau orang yang olehnya apa-apa perkhidmatan, penginapan atau kemudahan yang diadakan sedemikian;

Suggest a correction

(D)

pemeriksaan, kelulusan atau penilaian oleh mana-mana orang bagi apa-apa perkhidmatan, penginapan atau kemudahan yang diadakan sedemikian;

Suggest a correction

(E)

lokasi atau kemudahan bagi apa-apa penginapan yang diadakan sedemikian; atau

Suggest a correction

(F)

kadar atau caj bagi apa-apa perkhidmatan, penginapan atau kemudahan yang diadakan sedemikian.

Suggest a correction

(2)

Bagi maksud seksyen ini—

(a)

suatu pernyataan, sama ada atau tidak merujuk kepada mana-mana perkara yang dinyatakan dalam subseksyen

Suggest a correction
Suggest a correction

(1)

, yang mungkin dikira sebagai suatu pernyataan mengenai mana-mana perkara itu yang mungkin palsu, adalah disifatkan sebagai suatu pernyataan palsu tentang perkara itu; dan 22 Undang-Undang Malaysia AKTA 730

(b)

suatu pernyataan yang dibuat tidak kira sama ada ia benar atau palsu adalah disifatkan telah dibuat secara melulu, sama ada atau tidak orang yang membuatnya ada sebab untuk mempercayai bahawa ia mungkin palsu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Berhubung dengan apa-apa perkhidmatan yang mengandungi atau yang termasuk pengenaan apa-apa rawatan atau proses atau penjalanan apa-apa pembaikan, perkara yang dinyatakan dalam subseksyen (1) hendaklah dikira sebagai termasuk kesan rawatan, proses atau pembaikan itu.

Pernyataan palsu atau yang mengelirukan dalam iklan

Suggest a correction

Seksyen 18

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika mana-mana orang dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah seksyen ini, beban untuk membuktikan bahawa pernyataan yang dibuat olehnya adalah benar atau tidak mengelirukan hendaklah terletak pada orang yang dipertuduh itu.

Anggapan liabiliti ke atas pengiklan, dsb.

Suggest a correction

Seksyen 19

Open as pageSuggest a correction

Orang yang berikut hendaklah, melainkan jika dibuktikan sebaliknya, disifatkan telah membuat suatu pernyataan palsu atau yang mengelirukan dalam mana-mana iklan:

(a)

orang yang secara langsung atau tidak langsung menawarkan untuk membekalkan barang-barang atau perkhidmatan;

Suggest a correction

(b)

orang yang bagi pihaknya iklan itu dibuat.

Perihal Dagangan 23

Pernyataan palsu atau yang mengelirukan berhubung dengan peraduan, permainan, dsb.

Suggest a correction

Seksyen 20

Tiada seorang pun boleh membuat apa-apa pernyataan palsu atau yang mengelirukan—

Open as pageSuggest a correction

(a)

bahawa barang-barang atau perkhidmatan yang ditawarkan olehnya dapat memudahkan kemenangan dalam mana-mana peraduan atau permainan mencuba nasib; atau

Suggest a correction

(b)

bahawa mana-mana orang telah pun memenangi, akan memenangi, atau akan, sekiranya melakukan perbuatan tertentu, memenangi hadiah atau faedah lain yang setara, sedangkan pada hakikatnya—

Suggest a correction

(i)

tiada hadiah atau faedah lain yang setara;

(ii)

hadiah atau faedah lain yang setara itu tidak diadakan sebagaimana yang ditawarkan; atau

Suggest a correction

(iii)

mengambil apa-apa tindakan berhubung dengan menuntut hadiah atau faedah yang setara itu adalah tertakluk pada orang itu membayar wang, menanggung kos atau apa-apa syarat yang tidak munasabah.

Pelanggaran Bahagian III menjadi suatu kesalahan

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 21

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan dalam Bahagian ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—

(a)

jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi satu juta ringgit; atau 24 Undang-Undang Malaysia AKTA 730

Suggest a correction

(b)

jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Suggest a correction

Bahagian IV

BAHAGIAN IV

PEMBELAAN

Suggest a correction

Kesalahan yang disebabkan oleh salah orang lain

Seksyen 22

Open as pageSuggest a correction

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), mana-mana orang boleh dipertuduh dan disabitkan atas kesalahan itu, sama ada atau tidak prosiding diambil terhadap orang yang mula-mula disebut itu.

Pembelaan kegunaan peribadi atau domestik

Suggest a correction

Seksyen 23

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika sesuatu pertubuhan perbadanan dipertuduh atas sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, pertubuhan perbadanan itu tidak berhak untuk bergantung pada pembelaan yang disebut dalam seksyen ini.

Perihal Dagangan 25

Pembelaan kesilapan, tidak sengaja, dsb.

Suggest a correction

Seksyen 24

Open as pageSuggest a correction

(b)

oleh kebergantungan kepada maklumat yang diberikan kepadanya;

Suggest a correction

(c)

oleh perbuatan atau keingkaran seseorang lain; atau

Suggest a correction

(d)

oleh sesuatu yang tidak sengaja atau sesuatu sebab lain di luar kawalannya, dan bahawa dia telah mengambil segala langkah berjaga-jaga yang munasabah dan menjalankan segala usaha yang wajar untuk mengelakkan pelakuan kesalahan itu olehnya atau mana-mana orang di bawah kawalannya.

Suggest a correction

(2)

Jika dalam apa-apa hal pembelaan melibatkan pengataan bahawa pelakuan kesalahan itu adalah disebabkan oleh sesuatu kesilapan pada pihaknya atau kebergantungan kepada maklumat yang diberikan kepadanya atau perbuatan atau keingkaran seseorang lain, orang yang dipertuduh itu tidak berhak, tanpa kebenaran Mahkamah, untuk bergantung pada pembelaan itu melainkan jika, dalam tempoh empat belas hari dari dia dipertuduh di Mahkamah, dia telah menyampaikan kepada pendakwa suatu notis bertulis memberikan apa-apa maklumat yang pada masa itu ada dalam milikannya yang mengecam atau membantu untuk mengecam orang lain itu.

Suggest a correction

(3)

Dalam mana-mana prosiding bagi kesalahan membekalkan atau menawarkan untuk membekalkan barang-barang yang padanya suatu perihal dagangan palsu digunakan, menjadi suatu pembelaan bagi orang yang dipertuduh untuk membuktikan bahawa dia tidak tahu, dan tidak mungkin dengan usaha yang munasabah dapat

26 Undang-Undang Malaysia AKTA 730

menentukan, bahawa barang-barang itu tidak mematuhi perihal itu atau bahawa perihal itu telah digunakan bagi barang-barang itu.

Suggest a correction

(4)

Jika sesuatu pertubuhan perbadanan dipertuduh atas sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, pertubuhan perbadanan itu tidak berhak untuk bergantung pada pembelaan yang disebut dalam seksyen ini.

Penyiaran iklan tanpa niat salah

Suggest a correction

Seksyen 25

Open as pageSuggest a correction

Dalam mana-mana prosiding bagi sesuatu kesalahan yang dilakukan oleh sebab penyiaran sesuatu iklan, menjadi suatu pembelaan bagi orang yang dipertuduh untuk membuktikan—

(a)

bahawa dia seorang yang urusannya adalah untuk menyiarkan atau mengaturkan penyiaran iklan;

Suggest a correction

(b)

bahawa dia telah menerima iklan itu untuk disiarkan dalam perjalanan biasa perniagaan; dan

Suggest a correction

(c)

bahawa dia tidak tahu dan tiada sebab untuk mengesyaki bahawa penyiarannya akan terjumlah kepada suatu kesalahan di bawah Akta ini.

Suggest a correction

Bahagian V

BAHAGIAN V

LARANGAN PENGIMPORTAN BARANG-BARANG

Suggest a correction

TERTENTU, DSB.

Larangan pengimportan barang-barang yang mengandungi petunjuk palsu mengenai asal

Seksyen 26

Open as pageSuggest a correction

Menteri boleh membuat perintah melarang pengimportan barang-barang ke dalam Malaysia jika perihal dagangan palsu digunakan pada mana-mana barang di luar Malaysia dan petunjuk palsu itu, atau salah satu petunjuk palsu itu, yang telah diberikan, atau mungkin dikira telah diberikan, ialah petunjuk mengenai tempat

Perihal Dagangan 27

dibuat, dikeluarkan, diproses atau dipulihkan barang-barang itu atau mana-mana bahagian daripada barang-barang itu.

Seksyen 27

Menyubahati kesalahan yang dilakukan di luar negeri

Open as pageSuggest a correction

(a)

perihal dagangan palsu yang berkenaan ialah suatu petunjuk (atau apa-apa jua yang mungkin dikira sebagai suatu petunjuk) bahawa barang-barang itu atau mana-mana bahagian daripadanya telah dibuat, dikeluarkan, diproses atau dipulihkan di Malaysia; atau

Suggest a correction

(i)

terdiri daripada atau mengandungi suatu ungkapan (atau apa-apa jua yang mungkin dikira sebagai suatu ungkapan)

yang kepadanya pengertian diberikan melalui suatu perintah yang dibuat di bawah perenggan 28(1)(b); dan

(ii)

jika pengertian itu diberikan sedemikian hanya dalam hal keadaan yang dinyatakan dalam perintah itu, perihal dagangan itu digunakan dalam hal keadaan itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(2)

Seseorang tidak melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) jika, melalui perintah yang dibuat di bawah seksyen 56, Menteri telah menetapkan ketidakpakaian seksyen 5 bagi barang-barang yang dimaksudkan untuk dihantar ke suatu tempat di luar

Malaysia.

Suggest a correction

(3)

Mana-mana orang yang, di Malaysia, membantu atau mendorong pelakuan sesuatu perbuatan di mana-mana negara lain,

28 Undang-Undang Malaysia AKTA 730

berkenaan dengan barang-barang yang jika perbuatan itu dilakukan di

Malaysia akan menjadi suatu kesalahan di bawah seksyen 26, melakukan suatu kesalahan.

Suggest a correction

Bahagian VI

BAHAGIAN VI

KUASA UNTUK MENTAKRIFKAN ISTILAH, MENGHENDAKI

Suggest a correction

SUPAYA MAKLUMAT DIBERIKAN, DSB.

Perintah takrif

Seksyen 28

Open as pageSuggest a correction

(a)

bahawa adalah demi kepentingan orang yang kepadanya apa-apa barang dibekalkan atau apa-apa perkhidmatan diadakan; atau

Suggest a correction

(b)

bahawa adalah demi kepentingan orang yang olehnya apa-apa barang dieksport dan tidak berlawanan dengan kepentingan orang yang kepadanya barang-barang itu dibekalkan di Malaysia, bahawa apa-apa ungkapan yang digunakan berhubung dengan barang-barang atau perkhidmatan itu patut difahami sebagai mempunyai pengertian yang tertentu, Menteri boleh melalui perintah, memberikan apa-apa pengertian sama ada—

Suggest a correction

(A)

kepada ungkapan itu apabila digunakan dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan sebagai, atau sebagai sebahagian daripada, suatu perihal dagangan yang digunakan bagi barang-barang atau perkhidmatan itu;

atau

Suggest a correction

(B)

kepada ungkapan itu apabila digunakan sedemikian dalam apa-apa hal keadaan yang dinyatakan dalam perintah itu,

Perihal Dagangan 29

dan jika suatu pengertian diberikan sedemikian kepada suatu ungkapan ia hendaklah disifatkan bagi maksud Akta ini sebagai mempunyai pengertian itu apabila digunakan sebagaimana yang disebut dalam perenggan (A) atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, perenggan (B).

Suggest a correction

(2)

Menjadi suatu kesalahan bagi mana-mana orang yang menggunakan ungkapan yang telah ditakrifkan dalam perintah yang dinyatakan dalam subseksyen (1) sebagai perihal dagangan bagi barang-barang atau perkhidmatan, dengan tujuan untuk memperdaya atau mengelirukan orang yang mahu membeli atau mendapatkan barang-barang atau perkhidmatan itu, seolah-olah barang-barang atau perkhidmatan itu dibekalkan menurut takrif yang diberikan kepada ungkapan itu.

Suggest a correction

(3)

Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini boleh, apabila disabitkan—

(a)

jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi lima juta ringgit, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit; atau

Suggest a correction

(b)

jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Perintah cap bermaklumat dan perakuan

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 29

Open as pageSuggest a correction

(a)

diperakukan oleh pihak berkuasa yang berwibawa;

Suggest a correction

(b)

ditandakan dengan cap yang ditentukan oleh Menteri;

atau

Suggest a correction

(c)

disertai dengan apa-apa maklumat (sama ada atau tidak terjumlah kepada atau termasuk suatu perihal dagangan)

atau arahan yang berhubungan dengan barang-barang,

Menteri boleh, melalui perintah, mengenakan kehendak untuk menjamin bahawa barang-barang itu diperakukan, ditandakan atau disertai sedemikian dan mengawal selia atau melarang pembekalan barang-barang dan kehendak itu boleh meliputi bentuk dan cara maklumat atau arahan itu diberikan.

Suggest a correction

(2)

Jika suatu perintah di bawah seksyen ini sedang berkuat kuasa berkenaan dengan barang-barang daripada apa-apa perihal, mana-mana orang yang, dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan—

(d)

menawarkan untuk membekalkan, barang-barang daripada perihal itu dengan melanggar perintah itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—

Suggest a correction

(A)

jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit; atau

Suggest a correction

(B)

jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan yang kedua atau

Perihal Dagangan 31

yang berikutnya, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Bagi maksud seksyen ini, “pihak berkuasa yang berwibawa”

ertinya pihak berkuasa yang berwibawa yang dinamakan oleh

Menteri selepas mendapat persetujuan pihak berkuasa yang berwibawa itu.

Suggest a correction

Bahagian VII

BAHAGIAN VII

PENYIASATAN DAN PENGUATKUASAAN

Bab

Bab 1

Penyiasatan dan aduan

Suggest a correction

Penyiasatan oleh Penolong Pengawal

Seksyen 30

Open as pageSuggest a correction

Jika Penolong Pengawal mempunyai alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa apa-apa kesalahan sedang atau akan dilakukan di bawah Akta ini, maka Penolong Pengawal boleh menjalankan apa-apa penyiasatan yang difikirkannya suai manfaat bagi pentadbiran wajar Akta ini.

Seksyen 31

Aduan kepada Penolong Pengawal

Open as pageSuggest a correction

(2)

Aduan itu hendaklah menyatakan orang yang terhadapnya aduan itu dibuat atau premis tempat kesalahan yang dikatakan itu dilakukan dan butiran mengenai kesalahan yang dikatakan di bawah

Akta ini.

32 Undang-Undang Malaysia AKTA 730

Suggest a correction

Bab

Bab 2

Kuasa mengumpul maklumat

Suggest a correction

Kuasa Penolong Pengawal untuk menghendaki pemberian maklumat

Seksyen 32

Open as pageSuggest a correction

(a)

mempunyai apa-apa maklumat atau apa-apa dokumen yang berkaitan dengan pelaksanaan kuasa dan fungsi

Penolong Pengawal di bawah Akta ini; atau

Suggest a correction

(b)

berupaya memberikan apa-apa keterangan yang Penolong

Pengawal mempunyai sebab untuk mempercayai adalah berkaitan dengan pelaksanaan kuasa dan fungsi Penolong

Pengawal di bawah Akta ini.

Suggest a correction

(2)

Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang lain, Penolong Pengawal, dengan notis bertulis, boleh mengarahkan mana-mana orang—

(a)

supaya memberi Penolong Pengawal, dalam tempoh dan mengikut cara dan bentuk yang dinyatakan dalam notis itu, apa-apa maklumat atau dokumen yang disebut dalam subseksyen (1);

Suggest a correction

(b)

supaya mengemukakan kepada Penolong Pengawal, dalam tempoh dan mengikut cara yang dinyatakan dalam notis itu, apa-apa maklumat atau dokumen yang disebut dalam subseksyen (1), sama ada dalam bentuk fizikal atau media elektronik;

Suggest a correction

(c)

supaya membuat salinan, atau cabutan daripada, apa-apa dokumen yang disebut dalam subseksyen (1) dan supaya mengemukakan salinan atau cabutan dokumen itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, kepada Penolong

Perihal Dagangan 33

Pengawal dalam tempoh dan mengikut cara yang dinyatakan dalam notis itu;

Suggest a correction

(d)

jika orang itu seorang individu, supaya hadir di hadapan

Penolong Pengawal pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa maklumat, sama ada secara lisan atau bertulis, dan untuk mengemukakan apa-apa dokumen yang disebut dalam subseksyen (1), sama ada dalam bentuk fizikal atau media elektronik;

Suggest a correction

(e)

jika orang itu suatu pertubuhan perbadanan atau badan awam, supaya menyebabkan pegawai yang berkaitan dan berkelayakan bagi pertubuhan atau badan itu untuk hadir di hadapan Penolong Pengawal pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa maklumat, sama ada secara lisan atau bertulis, dan untuk mengemukakan apa-apa dokumen yang disebut dalam subseksyen (1), sama ada dalam bentuk fizikal atau media elektronik;

Suggest a correction

(f)

jika orang itu suatu perkongsian, supaya menyebabkan individu yang merupakan seorang pekongsi dalam perkongsian itu atau pekerja perkongsian itu untuk hadir di hadapan Penolong Pengawal pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa maklumat, sama ada secara lisan atau bertulis, dan untuk mengemukakan apa-apa dokumen yang disebut dalam subseksyen (1), sama ada dalam bentuk fizikal atau media elektronik; atau

Suggest a correction

(g)

supaya membuat suatu pernyataan kepada Penolong

Pengawal dengan memberikan suatu penjelasan mengenai apa-apa maklumat atau dokumen yang disebut dalam subseksyen (1) dalam tempoh dan mengikut cara dan bentuk yang dinyatakan dalam notis itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Jika Penolong Pengawal mengarahkan mana-mana orang supaya mengemukakan apa-apa dokumen di bawah subseksyen (2)

34 Undang-Undang Malaysia AKTA 730

dan orang itu tidak mempunyai jagaan ke atas dokumen itu, orang itu hendaklah—

(a)

menyatakan, sepanjang pengetahuan dan kepercayaannya, di mana dokumen itu boleh dijumpai;

dan

Suggest a correction

(b)

mengenal pasti, sepanjang pengetahuan dan kepercayaannya, orang yang terakhir mempunyai jagaan ke atas dokumen itu dan menyatakan, sepanjang pengetahuan dan kepercayaannya, di mana orang terakhir yang disebut itu boleh dijumpai.

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Mana-mana orang yang diarahkan supaya memberikan maklumat di bawah subseksyen (2) atau (3) hendaklah memastikan bahawa maklumat yang diberikan itu adalah benar, tepat dan lengkap dan orang itu hendaklah memberikan representasi yang nyata yang bermaksud sedemikian, termasuk suatu perisytiharan bahawa dia tidak menyedari mengenai apa-apa maklumat lain yang akan menjadikan maklumat yang diberikan itu tidak benar atau mengelirukan.

Suggest a correction

(5)

Mana-mana orang yang enggan atau tidak mematuhi arahan yang dibuat oleh Penolong Pengawal di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan.

Penolong Pengawal boleh memegang simpan dokumen

Suggest a correction

Seksyen 33

Open as pageSuggest a correction

(2)

Orang yang memberikan dokumen itu berhak untuk dibekalkan, dengan secepat yang dapat dilaksanakan, suatu salinan yang diperakui sah oleh Penolong Pengawal sebagai suatu salinan benar dokumen itu.

Perihal Dagangan 35

Suggest a correction

(3)

Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang lain, salinan yang diperakui sah bagi dokumen itu boleh diterima sebagai keterangan seolah-olah salinan itu ialah dokumen asal.

Suggest a correction

(4)

Jika Penolong Pengawal berpuas hati bahawa dokumen itu tidak lagi perlu dipegang simpan, Penolong Pengawal boleh mengembalikan dokumen itu kepada orang yang memberikan dokumen itu, dengan secepat yang dapat dilaksanakan.

Akses kepada rekod

Suggest a correction

Seksyen 35

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiada apa pun dalam subseksyen (1) boleh berkuat kuasa untuk menghalang penzahiran maklumat jika—

(a)

penzahiran itu dibuat dengan persetujuan orang yang daripadanya maklumat atau dokumen itu diperoleh;

36 Undang-Undang Malaysia AKTA 730

Suggest a correction

(b)

penzahiran itu dibuat dalam hal keadaan maklumat yang diberikan itu dirangka dengan cara yang sebegitu rupa sehingga sumber maklumat itu tidak dapat dipastikan;

Suggest a correction

(c)

maklumat itu telah sedia ada dalam domain awam;

Suggest a correction

(d)

penzahiran itu dibuat bagi memudahkan pelaksanaan fungsi atau kuasa Pengawal, Timbalan Pengawal atau

Penolong Pengawal;

Suggest a correction

(e)

penzahiran itu dibuat secara munasabah semasa apa-apa prosiding di bawah Akta ini dengan syarat bahawa penzahiran itu tidak dibuat berlawanan dengan apa-apa arahan Pengawal, Timbalan Pengawal atau Penolong

Pengawal yang di hadapannya prosiding itu berjalan; atau

Suggest a correction

(f)

penzahiran itu dibuat berkaitan dengan penyiasatan terhadap suatu kesalahan di bawah Akta ini.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Bagi maksud seksyen ini, “maklumat rahsia” ertinya maklumat perdagangan, perniagaan atau perindustrian yang dipunyai oleh mana-mana orang, yang mempunyai nilai ekonomi dan secara amnya tidak tersedia kepada atau diketahui oleh orang lain.

Komunikasi terlindung

Suggest a correction

Seksyen 36

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika—

(a)

Pengawal membuat suatu kehendak di bawah seksyen 33

terhadap seorang peguam bela dan peguam cara berkenaan dengan apa-apa maklumat atau dokumen; dan

Perihal Dagangan 37

Suggest a correction

(b)

maklumat atau dokumen itu mengandungi komunikasi terlindung yang dibuat oleh atau bagi pihak atau kepada peguam bela dan peguam cara itu atas sifatnya sebagai seorang peguam bela dan peguam cara, peguam bela dan peguam cara itu berhak untuk enggan mematuhi kehendak itu melainkan jika orang yang kepadanya atau olehnya atau bagi pihaknya komunikasi itu dibuat atau, jika orang itu ialah pertubuhan perbadanan yang di bawah penerimaan atau sedang digulung, penerima atau pelikuidasi, mengikut mana-mana yang berkenaan, bersetuju supaya peguam bela dan peguam cara itu mematuhi kehendak itu, tetapi jika peguam bela dan peguam cara itu enggan untuk mematuhi kehendak sedemikian, peguam bela dan peguam cara itu hendaklah dengan segera memberi Pengawal secara bertulis nama dan alamat orang yang kepadanya atau olehnya atau bagi pihaknya komunikasi itu dibuat.

Memberikan maklumat, keterangan atau dokumen palsu atau yang mengelirukan

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 37

Open as pageSuggest a correction

Seseorang yang tidak menzahirkan atau meninggalkan untuk memberikan apa-apa maklumat, keterangan atau dokumen yang berkaitan, atau memberikan apa-apa maklumat, keterangan atau dokumen yang diketahuinya atau dia ada sebab untuk mempercayai adalah palsu atau mengelirukan, dalam penjalanan penyiasatan oleh

Penolong Pengawal, melakukan suatu kesalahan.

Seksyen 38

Pemusnahan, penyembunyian, pencacatan dan pengubahan rekod

Open as pageSuggest a correction

(a)

memusnahkan, menyembunyikan, mencacatkan atau mengubah; atau 38 Undang-Undang Malaysia AKTA 730

Suggest a correction

(b)

menghantar atau cuba untuk menghantar atau berkomplot dengan mana-mana orang lain untuk mengalihkan dari premisnya atau menghantar ke luar Malaysia, apa-apa buku, rekod, akaun, dokumen, data berkomputer, barang atau benda yang disimpan atau disenggarakan dengan niat untuk memfraud Penolong Pengawal atau untuk menghalang, melengahkan atau menggalang penjalanan suatu penyiasatan atau penjalanan mana-mana kuasa Penolong Pengawal di bawah Akta ini melakukan suatu kesalahan.

Suggest a correction

Bab

Bab 3

Kuasa menangkap, penggeledahan dan penyitaan

Seksyen 39A

Kuasa menangkap

Open as pageSuggest a correction

(2)

Seseorang Penolong Pengawal yang membuat tangkapan di bawah subseksyen (1) hendaklah tanpa kelengahan yang tidak perlu membawa orang itu ke balai polis yang paling hampir, dan selepas itu orang itu hendaklah diperlakukan sebagaimana yang diperuntukkan oleh Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] seolah-olah dia ditangkap oleh seorang pegawai polis.

Kuasa untuk memasuki premis dan memeriksa dan menyita barang-barang dan dokumen

Suggest a correction

Seksyen 40

Open as pageSuggest a correction

(a)

dia boleh, bagi maksud menentukan sama ada apa-apa kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan, memeriksa mana-mana barang dan memasuki mana-mana premis selain premis yang digunakan sebagai tempat kediaman sahaja;

Suggest a correction

(b)

jika dia ada sebab yang munasabah bagi mengesyaki bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan, dia boleh menyita dan menahan apa-apa barang bagi maksud menentukan, dengan cara menguji atau dengan cara lain, sama ada kesalahan itu telah dilakukan;

Suggest a correction

(c)

dia boleh menyita dan menahan mana-mana barang atau dokumen yang dia ada sebab untuk mempercayai mungkin dikehendaki sebagai keterangan dalam prosiding bagi suatu kesalahan di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(d)

dia boleh, bagi maksud menjalankan kuasanya di bawah subseksyen ini untuk menyita barang-barang, tetapi hanya jika dan setakat yang semunasabahnya perlu untuk memastikan bahawa peruntukan Akta ini dan peruntukan mana-mana perintah yang dibuat di bawah Akta ini dituruti dengan sewajarnya, menghendaki mana-mana orang yang mempunyai kuasa untuk berbuat demikian supaya memecah buka apa-apa bekas atau membuka apa-apa mesin penjualan dan, jika orang itu tidak mematuhi kehendak itu, dia sendiri boleh berbuat demikian.

Suggest a correction

(2)

Seseorang Penolong Pengawal yang menyita apa-apa barang atau dokumen pada menjalankan kuasanya di bawah seksyen ini hendaklah memberitahu orang yang daripadanya barang-barang itu disita dan, dalam hal barang-barang yang disita daripada mesin penjualan, orang yang nama dan alamatnya dinyatakan pada mesin itu sebagai tuan punyanya atau, jika tiada nama dan alamat dinyatakan sedemikian, penduduk premis tempat mesin itu berada atau penduduk premis yang padanya mesin itu dilekatkan.

40 Undang-Undang Malaysia AKTA 730

Suggest a correction

(3)

Jika barang-barang atau dokumen yang disita oleh Penolong

Pengawal pada menjalankan kuasanya di bawah seksyen ini adalah disebabkan oleh jenis, saiz atau amaunnya tidak praktik untuk dipindahkan dari tempat barang-barang atau dokumen itu dijumpai, dia boleh dengan apa-apa cara mengelak barang-barang atau dokumen itu di dalam premis atau bekas yang di dalamnya barang-barang atau dokumen itu dijumpai dan menjadi suatu kesalahan bagi mana-mana orang tanpa kuasa yang sah untuk memecahkan, mengganggu atau merosakkan lak itu atau untuk memindahkan barang-barang atau dokumen itu atau untuk cuba berbuat demikian.

Kuasa untuk memasuki premis dengan waran geledah

Suggest a correction

Seksyen 41

Perihal Dagangan 39

Open as pageSuggest a correction

(2)

Seseorang Penolong Pengawal yang memasuki mana-mana premis menurut seksyen ini boleh membawa bersama-samanya mana-mana orang lain dan apa-apa kelengkapan yang ternyata padanya perlu; dan apabila meninggalkan mana-mana premis yang telah dimasukinya menurut kuasa waran di bawah subseksyen yang terdahulu dia hendaklah, jika premis itu tidak diduduki atau penduduknya tidak ada buat sementara waktu, meninggalkan premis itu dalam keadaan yang betul-betul selamat daripada penceroboh sebagaimana keadaan premis itu didapati olehnya.

Suggest a correction

(3)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), waran yang dikeluarkan oleh Majistret boleh memberi kuasa penggeledahan dan

Perihal Dagangan 41

penyitaan apa-apa buku, rekod, akaun, dokumen, data komputer, barang atau benda yang mengandungi atau dengan munasabahnya dipercayai mengandungi maklumat tentang apa-apa kesalahan yang disyaki telah dilakukan atau selainnya perlu untuk melaksanakan suatu penyiasatan bagi apa-apa kesalahan.

Suggest a correction

(4)

Penolong Pengawal yang menjalankan penggeledahan di bawah subseksyen (1) boleh, bagi maksud menyiasat kesalahan itu, memeriksa mana-mana orang yang berada di dalam atau di premis itu.

Suggest a correction

(5)

Penolong Pengawal yang membuat pemeriksaan ke atas seseorang di bawah subseksyen (4) boleh menyita, atau mengambil milikan, dan menyimpan dalam jagaan selamat semua benda selain pakaian yang perlu yang dijumpai pada orang itu, dan apa-apa benda lain, yang berkenaan dengannya terdapat sebab untuk mempercayai bahawa benda itu merupakan peralatan atau keterangan mengenai kesalahan itu, dan benda itu boleh ditahan sehingga Mahkamah mengeluarkan perintah pelupusan terhadapnya.

Suggest a correction

(6)

Jika, oleh sebab jenis, saiz atau amaunnya, adalah tidak praktik untuk memindahkan apa-apa buku, rekod, akaun, dokumen, data berkomputer, barang atau benda yang disita di bawah seksyen ini, Penolong Pengawal yang menyita itu hendaklah dengan apa-apa cara mengelak premis atau bekas yang di dalamnya dijumpai buku, rekod, akaun, dokumen, data berkomputer, barang atau benda itu.

Suggest a correction

(7)

Seseorang yang, tanpa kuasa yang sah, memecahkan, mengganggu atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen (6)

atau memindahkan apa-apa buku, rekod, akaun, dokumen, data berkomputer, barang atau benda yang dilak atau cuba untuk berbuat demikian melakukan suatu kesalahan.

Kuasa memasuki dan menggeledah dan menyita tanpa waran

Suggest a correction

Seksyen 42

Open as pageSuggest a correction

Jika Penolong Pengawal berpuas hati atas maklumat yang diterima bahawa dia mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa oleh sebab kelengahan dalam mendapatkan

42 Undang-Undang Malaysia AKTA 730

waran geledah di bawah seksyen 41 penyiasatan akan terjejas atau keterangan mengenai pelakuan pelanggaran atau kesalahan mungkin diganggu, dipindahkan, dirosakkan atau dimusnahkan, Penolong

Pengawal boleh memasuki premis dan menjalankan di dalam, pada dan berkenaan dengan premis itu semua kuasa yang disebut dalam seksyen 41 dengan cara yang sepenuhnya dan secukupnya seolah-olah dia diberi kuasa untuk berbuat demikian oleh suatu waran yang dikeluarkan di bawah seksyen itu.

Akses kepada maklumat berekod atau data berkomputer, dsb.

Seksyen 43

Open as pageSuggest a correction

(2)

Dalam menjalankan kuasanya, Penolong Pengawal—

(a)

boleh memeriksa dan meneliti pengendalian apa-apa komputer dan apa-apa radas atau bahan yang berkaitan yang dia ada sebab munasabah untuk mengesyaki sedang atau telah digunakan berkaitan dengan maklumat atau data itu; dan

Suggest a correction

(i)

orang yang, olehnya atau bagi pihaknya, pegawai itu ada sebab munasabah untuk mengesyaki, komputer itu sedang atau telah digunakan sedemikian; atau

(ii)

orang yang bertanggungjawab, atau yang selainnya terlibat dengan, pengendalian komputer, radas atau bahan itu, untuk memberinya apa-apa bantuan yang munasabah sebagaimana yang dikehendaki olehnya bagi maksud seksyen ini.

Perihal Dagangan 43

Suggest a correction
Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Penolong Pengawal boleh membuat salinan atau mengambil cabutan maklumat berekod atau data berkomputer atau berdigital itu jika difikirkannya perlu.

Suggest a correction

(4)

Bagi maksud seksyen ini, “akses” termasuk diberi kata laluan yang perlu, kod penyulitan, kod penyahsulitan, perisian atau perkakasan yang perlu atau apa-apa cara lain yang dikehendaki untuk membolehkan pemahaman maklumat berekod dan data berkomputer atau berdigital itu.

Pemberian maklumat

Suggest a correction

Seksyen 44

Open as pageSuggest a correction

(a)

mengetahui atau mempunyai sebab untuk mengesyaki bahawa seorang Penolong Pengawal sedang bertindak, atau bercadang untuk bertindak, berkaitan dengan suatu penyiasatan yang sedang, atau akan, dijalankan di bawah atau bagi maksud Akta ini dan menzahirkan kepada mana-mana orang lain maklumat atau apa-apa perkara lain yang mungkin akan menjejaskan penyiasatan itu atau penyiasatan yang dicadangkan itu; atau

Suggest a correction

(b)

mengetahui atau mempunyai sebab untuk mengesyaki bahawa suatu penzahiran telah dibuat kepada seorang

Penolong Pengawal di bawah Akta ini dan menzahirkan kepada mana-mana orang lain maklumat atau apa-apa perkara lain yang mungkin akan menjejaskan apa-apa penyiasatan yang mungkin dijalankan berikutan dengan penzahiran itu, melakukan suatu kesalahan.

Suggest a correction

(2)

Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1) menjadikannya suatu kesalahan jika seseorang peguam bela dan peguam cara atau pekerjanya menzahirkan apa-apa maklumat atau perkara lain—

44 Undang-Undang Malaysia AKTA 730

(a)

kepada pelanggannya atau wakil pelanggannya berkaitan dengan pemberian nasihat kepada pelanggan itu dalam perjalanan dan bagi maksud khidmat profesional peguam bela dan peguam cara itu; atau

Suggest a correction

(b)

kepada mana-mana orang pada menjangkakan, atau berkaitan dengan dan bagi maksud, apa-apa prosiding undang-undang.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Subseksyen (2) tidaklah terpakai berhubung dengan apa-apa maklumat atau perkara lain yang dizahirkan dengan tujuan untuk melaksanakan apa-apa maksud yang menyalahi undang-undang.

Suggest a correction

(4)

Dalam prosiding terhadap seseorang bagi suatu kesalahan di bawah seksyen ini, menjadi pembelaan jika orang itu membuktikan bahawa—

(a)

dia tidak mengetahui atau mengesyaki bahawa penzahiran yang dibuat di bawah perenggan (1)(b)

berkemungkinan menjejaskan penyiasatan itu; atau

Suggest a correction

(b)

dia mempunyai kuasa sah atau alasan yang munasabah untuk membuat penzahiran itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(5)

Seseorang Penolong Pengawal atau mana-mana orang lain tidak melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini berkenaan dengan apa-apa jua perkara yang telah dibuat olehnya dalam perjalanan tindakan yang berkaitan dengan penguatkuasaan, atau penguatkuasaan yang dicadangkan, bagi Akta ini.

Waran boleh diterima walaupun cacat

Suggest a correction

Seksyen 45

Open as pageSuggest a correction

Sesuatu waran geledah yang dikeluarkan di bawah Akta ini adalah sah dan boleh dikuatkuasakan walau apa pun kecacatan, kesilapan atau peninggalan dalamnya atau dalam permohonan bagi waran itu dan mana-mana buku, rekod, akaun, dokumen, data berkomputer, barang

Perihal Dagangan 45

atau benda yang disita di bawah waran itu boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding di bawah Akta ini.

Seksyen 46

Senarai benda yang disita

Open as pageSuggest a correction

(2)

, jika apa-apa buku, rekod, akaun, dokumen, data berkomputer, barang atau benda disita di bawah Bahagian ini, Penolong Pengawal yang melakukan penyitaan itu hendaklah dengan secepat yang dapat dilaksanakan menyediakan senarai benda yang disita itu dan dengan segera menyerahkan suatu salinan senarai itu yang ditandatangani olehnya kepada penghuni premis yang digeledah itu, atau kepada ejen atau pekhidmatnya, di premis itu.

Suggest a correction

(2)

Jika premis itu tidak berpenghuni, Penolong Pengawal yang melakukan penyitaan itu hendaklah bilamana mungkin menampalkan senarai benda yang disita itu di tempat yang mudah dilihat di premis itu.

Pelucuthakan barang-barang

Suggest a correction

Seksyen 47

Open as pageSuggest a correction

(2)

Suatu perintah bagi melucuthakkan atau melepaskan apa-apa barang yang disita pada menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan di bawah Akta ini hendaklah dibuat oleh Mahkamah yang di hadapannya pendakwaan berkenaan dengannya telah dijalankan dan suatu perintah bagi melucuthakkan barang-barang itu hendaklah dibuat jika dibuktikan dengan memuaskan hati Mahkamah bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa barang-barang itu ialah hal perkara atau telah digunakan dalam melakukan kesalahan itu walaupun tiada orang telah disabitkan atas kesalahan itu.

Suggest a correction

(3)

Jika tiada pendakwaan berkenaan dengan mana-mana barang yang disita pada menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan di bawah

Akta ini, barang-barang itu hendaklah dikira dan disifatkan telah

46 Undang-Undang Malaysia AKTA 730

dilucuthakkan apabila habis tempoh satu bulan kalendar dari tarikh ia disita melainkan jika suatu tuntutan mengenainya dibuat sebelum tarikh itu mengikut cara yang dinyatakan kemudian daripada ini.

Suggest a correction

(4)

Mana-mana orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya barang-barang itu dan bahawa barang-barang itu tidak boleh dilucuthakkan boleh dengan sendirinya atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis memberikan notis bertulis kepada

Penolong Pengawal bahawa dia menuntut barang-barang itu.

Suggest a correction

(5)

Apabila diterima notis itu Penolong Pengawal hendaklah merujukkan tuntutan itu kepada Pengawal yang boleh mengarahkan supaya barang-barang itu dilepaskan atau dilucuthakkan atau boleh mengarahkan Penolong Pengawal supaya merujukkan perkara itu kepada Mahkamah untuk keputusan.

Suggest a correction

(6)

Mahkamah yang kepadanya perkara itu dirujukkan hendaklah mengeluarkan suatu saman yang menghendaki orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya barang-barang itu dan orang yang daripadanya barang-barang itu telah disita supaya hadir di hadapannya dan apabila dia hadir atau tidak hadir, selepas dibuktikan bahawa saman itu telah disampaikan dengan sewajarnya, Mahkamah hendaklah meneruskan pemeriksaan perkara itu dan apabila dibuktikan bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa barang-barang itu ialah hal perkara kesalahan itu atau telah digunakan dalam melakukan kesalahan itu hendaklah memerintahkan supaya barang-barang itu dilucuthakkan atau boleh, jika tidak dibuktikan sedemikian, memerintahkan supaya barang-barang itu dilepaskan.

Suggest a correction

(7)

Semua benda yang dilucuthakkan atau disifatkan dilucuthakkan hendaklah diserahkan kepada Penolong Pengawal dan hendaklah dilupuskan mengikut arahan Pengawal.

Suggest a correction

(8)

Jika apa-apa barang yang disita pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh Akta ini adalah daripada jenis mudah musnah atau jika jagaan barang-barang itu melibatkan perbelanjaan dan kesusahan yang tidak munasabah, barang-barang itu boleh dijual pada bila-bila

Perihal Dagangan 47

masa dan hasil jualan itu boleh dipegang untuk mematuhi keputusan apa-apa pendakwaan atau tuntutan di bawah seksyen ini.

Pelepasan benda yang disita

Suggest a correction

Seksyen 48

Open as pageSuggest a correction

(2)

Suatu rekod bertulis hendaklah dibuat oleh Penolong

Pengawal yang melakukan pelepasan itu bagi apa-apa perkara di bawah subseksyen (1) dengan menyatakan secara terperinci hal keadaan dan sebab bagi pelepasan itu.

Penyitaan barang-barang mudah musnah

Suggest a correction

Seksyen 49

Open as pageSuggest a correction

Jika apa-apa barang yang disita pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh Akta ini merupakan barang-barang yang mudah musnah sifatnya atau jika jagaan barang-barang itu melibatkan perbelanjaan dan kesusahan yang tidak munasabah, barang-barang itu boleh dijual oleh Penolong Pengawal pada bila-bila masa dan hasil jualan itu boleh dipegang untuk mematuhi keputusan apa-apa pendakwaan atau tuntutan di bawah seksyen ini.

48 Undang-Undang Malaysia AKTA 730

Seksyen 50

Tiada kos atau ganti rugi yang berbangkit daripada penyitaan boleh didapatkan balik

Open as pageSuggest a correction

Tiada seorang pun, dalam apa-apa prosiding di hadapan mana-mana mahkamah berkenaan dengan mana-mana buku, rekod, akaun, dokumen, data berkomputer, barang atau benda yang disita pada menjalankan atau yang berupa sebagai menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, berhak kepada kos prosiding itu atau kepada apa-apa ganti rugi atau relief lain melainkan jika penyitaan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah.

Seksyen 51

Halangan

Open as pageSuggest a correction

(a)

enggan untuk memberi mana-mana Penolong Pengawal akses kepada mana-mana premis yang Penolong

Pengawal itu berhak kepadanya di bawah Akta ini atau dalam melaksanakan apa-apa kewajipan yang dikenakan atau kuasa yang diberikan oleh Akta ini;

Suggest a correction

(b)

mengamang, menggalang, menghalang atau melengahkan mana-mana Penolong Pengawal dalam membuat apa-apa kemasukan yang

Penolong

Pengawal itu berhak membuatnya di bawah Akta ini atau dalam melaksanakan apa-apa kewajipan yang dikenakan atau kuasa yang diberikan oleh Akta ini; atau

Suggest a correction

(c)

enggan untuk memberi mana-mana Penolong Pengawal apa-apa maklumat yang berhubungan dengan suatu kesalahan atau suatu kesalahan yang disyaki di bawah

Akta ini atau apa-apa maklumat lain yang secara munasabah dikehendaki supaya diberikan olehnya dan yang ada dalam pengetahuan atau kuasanya, melakukan suatu kesalahan.

Perihal Dagangan 49

Kuasa membuat pembelian untuk ujian

Suggest a correction

Seksyen 52

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana Penolong Pengawal hendaklah mempunyai kuasa untuk membuat apa-apa pembelian barang yang ternyata suai manfaat bagi maksud menentukan sama ada atau tidak peruntukan Akta ini dan perintah yang dibuat di bawahnya dipatuhi.

Seksyen 52A

Kuasa untuk mengambil sampel

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang enggan mematuhi apa-apa permintaan yang dibuat oleh seseorang Penolong Pengawal di bawah subseksyen (1)

melakukan suatu kesalahan.

Keterangan agent provocateur boleh diterima

Suggest a correction

Seksyen 53

Open as pageSuggest a correction

(2)

Walau apa pun mana-mana rukun undang-undang atau peruntukan Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang berlawanan, dan walaupun agent provocateur itu ialah seorang Penolong

Pengawal, apa-apa pernyataan, sama ada lisan atau bertulis yang dibuat kepada agent provocateur itu oleh mana-mana orang yang selepas itu dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah Akta ini boleh diterima sebagai keterangan dalam perbicaraannya.

50 Undang-Undang Malaysia AKTA 730

Anggapan dan pemeriksaan berkenaan dengan sampel

Suggest a correction

Seksyen 54

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika bungkusan atau bekas mengandungi barang-barang yang melanggar peruntukan Akta ini atau yang selainnya boleh disita telah pun disita, adalah mencukupi untuk membuka dan memeriksa satu peratus atau tidak kurang daripada lima sampel, mengikut mana-mana yang lebih kurang, daripada kandungan dalam setiap bungkusan atau bekas yang disita itu.

Suggest a correction

(3)

Mahkamah hendaklah menganggap bahawa lebihan sampel yang terkandung dalam bungkusan atau bekas itu adalah sama jenis dengan sampel yang diperiksa.

Kuasa penyiasatan

Suggest a correction

Seksyen 55

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana Penolong Pengawal yang menyiasat apa-apa pelakuan kesalahan di bawah Akta ini boleh menjalankan semua atau mana-mana kuasa berhubung dengan penyiasatan polis dalam kes boleh tangkap yang diperuntukkan oleh Kanun Tatacara Jenayah

[Akta 593].

Bahagian VIII

BAHAGIAN VIII

Seksyen 56

Open as pageSuggest a correction

Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta dan tertakluk pada apa-apa syarat yang dinyatakan dalam perintah itu, mengecualikan pemakaian mana-mana peruntukan Akta ini —

(a)

kepada mana-mana orang atau kumpulan orang; atau

Suggest a correction

(b)

kepada apa-apa perihalan barang-barang yang dimaksudkan untuk —

Suggest a correction

(i)

dihantar ke suatu tempat di luar Malaysia; atau

(ii)

apa-apa kegunaan atau maksud tertentu sebagaimana yang disebut dalam perintah itu.

Kuasa untuk memerintahkan pematuhan

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 56A

Perihal Dagangan 51

Open as pageSuggest a correction

(2)

Sesalinan perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1)

hendaklah disampaikan kepada tiap-tiap orang yang dinamakan dalam perintah itu dan perintah itu hendaklah berkuat kuasa sebaik selepas perintah itu disampaikan.

Suggest a correction

(3)

Bagi maksud seksyen ini, penyampaian boleh dibuat melalui penyampaian ke diri atau melalui pos berdaftar Akuan Terima, pengiriman faksimili atau apa-apa cara penghantaran lain yang menyebabkan perintah itu dihantar secara bertulis kepada orang yang dinamakan dalamnya.

Suggest a correction

(4)

Kuasa untuk membuat perintah di bawah subseksyen (1)

boleh dijalankan oleh Pengawal sendiri atau oleh mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Pengawal.

Suggest a correction

(5)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi apa-apa perintah yang dikeluarkan di bawah seksyen ini oleh Pengawal atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Pengawal melakukan suatu kesalahan.

52 Undang-Undang Malaysia AKTA 730

Kontrak tidak tersentuh oleh pelanggaran

Suggest a correction

Seksyen 57

Open as pageSuggest a correction

Sesuatu kontrak bagi membekal apa-apa barang tidak boleh menjadi terbatal atau tidak boleh dikuatkuasakan semata-mata oleh sebab sesuatu pelanggaran mana-mana peruntukan Akta ini.

Seksyen 58

Eksperimen penyelidikan pasaran

Open as pageSuggest a correction

(b)

apa-apa benda yang dalamnya, atasnya atau dengannya barang-barang itu dibekalkan;

Suggest a correction

(c)

rupa atau apa-apa ciri lain barang-barang itu atau sesuatu benda itu; atau

Suggest a correction

(d)

nama atau perihal yang atasnya barang-barang itu dibekalkan.

Suggest a correction

(2)

Seksyen ini terpakai bagi apa-apa eksperimen penyelidikan pasaran yang berkenaan dengannya syarat yang berikut dipenuhi:

(a)

bahawa mana-mana peserta yang kepadanya apa-apa barang dibekalkan dalam penjalanan eksperimen itu diberitahu, pada atau sebelum masa barang-barang itu dibekalkan kepadanya, bahawa barang-barang itu dibekalkan bagi sesuatu maksud sebagaimana yang disebut dalam subseksyen (1); dan

Suggest a correction

(b)

bahawa tiada balasan berupa wang atau nilai wang diberikan oleh seorang peserta bagi barang-barang itu atau apa-apa barang yang dibekalkan kepadanya untuk perbandingan.

Perihal Dagangan 53

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Seksyen 5 dan 28 tidak terpakai berhubung dengan barang-barang yang dibekalkan atau ditawarkan untuk dibekalkan, sama ada kepada seorang peserta atau mana-mana orang lain, dalam penjalanan eksperimen penyelidikan pasaran yang seksyen ini terpakai baginya.

Penalti am

Suggest a correction

Seksyen 59

Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah

Open as pageSuggest a correction

(a)

jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit; atau

Suggest a correction

(b)

jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Bidang kuasa untuk membicarakan kesalahan

Suggest a correction

Seksyen 60

Akta ini yang baginya tiada penalti diperuntukkan dengan nyata boleh, apabila disabitkan—

Open as pageSuggest a correction

Walau apa pun apa-apa yang berlawanan dalam mana-mana undang-undang bertulis, Mahkamah Sesyen hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini dan mengenakan hukuman penuh bagi apa-apa kesalahan sedemikian.

Seksyen 61

Pewakilan kuasa

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pewakilan di bawah subseksyen (1) tidak menghalang

Pengawal atau Timbalan Pengawal daripada menjalankan pada bila-bila masa kuasa, kewajipan atau fungsi yang diwakilkan itu.

Pemulaan pendakwaan

Suggest a correction

Seksyen 62

Open as pageSuggest a correction

Tiada pendakwaan bagi atau berhubung dengan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini boleh dimulakan tanpa keizinan

Pendakwa Raya.

Seksyen 63

Pengkompaunan kesalahan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu, atau dalam apa-apa masa lanjutan yang diberikan oleh

Pengawal, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada habis tempoh masa yang ditetapkan dalam tawaran terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.

Suggest a correction

(3)

Apabila diterima bayaran di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh diambil terhadap orang itu berkenaan dengan kesalahan itu.

Perihal Dagangan 55

Suggest a correction

(4)

Pengawal boleh melucuthakkan atau memulangkan barang-barang yang disita semasa kes itu apabila diterima bayaran di bawah subseksyen (1).

Suggest a correction

(5)

Semua wang yang diterima di bawah subseksyen (1)

hendaklah dibayar ke dalam

Kumpulan

Wang

Disatukan

Persekutuan.

Prinsipal bertanggungjawab bagi perbuatan pekhidmat atau ejen

Suggest a correction

Seksyen 64

Open as pageSuggest a correction

Jika pekhidmat atau ejen seseorang melakukan suatu kesalahan atau membuat apa-apa atau meninggalkan daripada melakukan apa-apa perbuatan (yang jika dibuat atau ditinggalkan oleh orang itu akan menjadi suatu kesalahan di bawah Akta ini), orang itu hendaklah, walaupun orang itu tiada pengetahuan mengenai kesalahan itu, disifatkan melakukan kesalahan itu dan boleh dihukum bagi kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa—

(a)

perbuatan atau peninggalan yang diadukan itu bukan dalam skop biasa pekerjaan pekhidmat atau agensi ejen itu; atau

Suggest a correction

(b)

perbuatan atau peninggalan yang diadukan itu telah dilakukan atau ditinggalkan tanpa dipersetujui atau dibiarkan olehnya dan bahawa dia telah menjalankan segala usaha wajar untuk mengelakkan pembuatan atau peninggalan itu sebagaimana yang sepatutnya dilakukannya dengan mengambil kira segala hal keadaan kes itu.

Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan

Suggest a correction

Seksyen 65

Open as pageSuggest a correction

(a)

boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama bersekali dengan pertubuhan perbadanan itu; dan

Suggest a correction

(b)

jika pertubuhan perbadanan itu didapati bersalah melakukan kesalahan itu, hendaklah disifatkan bersalah melakukan kesalahan itu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan, dia membuktikan—

Suggest a correction

(i)

bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan, persetujuan atau pembiarannya; dan

(ii)

bahawa dia telah mengambil segala langkah berjaga-jaga yang munasabah dan telah menjalankan segala usaha yang wajar untuk mengelakkan pelakuan kesalahan itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(2)

Jika mana-mana orang di bawah Akta ini boleh dikenakan apa-apa hukuman atau penalti bagi perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkarannya, dia boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran mana-mana pekerja atau ejennya, atau pekerja ejen itu, jika perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran itu telah dilakukan—

(a)

oleh pekerja orang itu dalam masa penggajiannya;

Suggest a correction

(b)

oleh ejen itu semasa bertindak bagi pihak orang itu; atau

Suggest a correction

(c)

oleh pekerja ejen itu dalam masa penggajian pekerja itu dengan ejen itu atau selainnya bagi pihak ejen yang bertindak bagi pihak orang itu.

Perihal Dagangan 57

Ganjaran bagi maklumat

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 66

Open as pageSuggest a correction

Dalam hal sabitan yang melibatkan denda, mahkamah yang mengenakan denda itu boleh, atas permohonan pegawai pendakwa, mengarahkan pembayaran mana-mana bahagian denda itu mengikut perkadaran yang difikirkan patut oleh mahkamah tetapi dalam apa-apa hal tidak melebihi setengah daripada denda itu, kepada orang yang memberikan maklumat yang membawa kepada sabitan itu.

Seksyen 67

Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948

Open as pageSuggest a correction

hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Pengawal, Timbalan Pengawal, Penolong

Pengawal atau mana-mana pegawai yang dilantik di bawah seksyen 3

berkenaan dengan apa-apa perbuatan, pengabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya dengan suci hati atau apa-apa peninggalan yang ditinggalkan olehnya dengan suci hati, atas sifat yang sedemikian.

Seksyen 68

Perlindungan pegawai dan orang lain

Open as pageSuggest a correction

Tiada tindakan atau pendakwaan boleh dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap—

(a)

Pengawal, Timbalan Pengawal, Penolong Pengawal atau mana-mana orang lain berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang diperintahkan atau yang dilakukan bagi maksud melaksanakan Akta ini; dan

Suggest a correction

(b)

mana-mana orang lain berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang dilakukan atau berupa sebagai dilakukan olehnya di bawah perintah, arahan atau suruhan

Pengawal jika perbuatan itu dilakukan dengan suci hati dan kepercayaan munasabah bahawa ia perlu bagi maksud yang dihasratkan untuk dicapai dengannya.

58 Undang-Undang Malaysia AKTA 730

Kuasa Menteri untuk membuat peraturan-peraturan

Suggest a correction

Seksyen 69

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut:

(a)

memberikan pengertian bagi apa-apa ungkapan atau petunjuk yang digunakan dalam penjalanan perdagangan atau perniagaan;

Suggest a correction

(b)

melarang, menyekat atau selainnya mengawal selia atau mengawal penggunaan apa-apa pernyataan, ungkapan atau petunjuk yang digunakan dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan;

Suggest a correction

(c)

menetapkan fi yang akan dikenakan berkenaan dengan penggunaan apa-apa ungkapan atau petunjuk yang digunakan dalam penjalanan perdagangan atau perniagaan;

Suggest a correction

(d)

mengadakan peruntukan bagi penyenggaraan daftar atau rekod yang digunakan dalam penjalanan perdagangan atau perniagaan dan menetapkan butir-butir yang hendaklah direkodkan dalam daftar atau rekod itu;

Suggest a correction

(e)

menetapkan borang yang akan digunakan bagi maksud mengawal selia apa-apa perkara yang ditetapkan di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(f)

menetapkan standard ketulenan artikel yang dibuat daripada logam berharga dan mengawal selia atau mengawal penggunaan apa-apa ungkapan atau petunjuk yang digunakan dalam penjalanan perdagangan atau perniagaan berhubung dengan standard ketulenan itu; dan

Perihal Dagangan 59

Suggest a correction

(g)

menetapkan suatu penalti denda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun bagi pelanggaran atau ketidakpatuhan mana-mana peruntukan mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

Pemansuhan

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 71

Kecualian dan peralihan

Open as pageSuggest a correction

(a)

semua orang, benda dan hal keadaan yang dilantik atau diwujudkan oleh atau di bawah Akta Perihal Dagangan 1972 (“Akta yang dimansuhkan”) atau yang wujud atau yang berterusan di bawah Akta yang dimansuhkan sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, di bawah dan tertakluk pada Akta ini, terus mempunyai kedudukan, kuat kuasa dan kesan yang sama sebagaimana yang akan dipunyai masing-masing seolah-olah Akta yang dimansuhkan itu tidak dimansuhkan;

Suggest a correction

(b)

khususnya dan tanpa menjejaskan keluasan perenggan

Suggest a correction

(a)

, pemansuhan itu tidak menjejaskan pelantikan, perintah, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan yang dikeluarkan atau dibuat di bawah atau menurut kuasa

Akta yang dimansuhkan dan berkuat kuasa sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini dan pelantikan, perintah, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan itu hendaklah berkuat kuasa dan hendaklah terus berkuat kuasa seolah-olah tiap-tiap pelantikan, perintah, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan itu telah dikeluarkan atau dibuat di bawah atau menurut kuasa Akta ini sehingga digantikan atau dibatalkan oleh apa-apa pelantikan,

60 Undang-Undang Malaysia AKTA 730

perintah, kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan yang dikeluarkan atau dibuat di bawah atau menurut kuasa

Akta ini;

Suggest a correction

(c)

tiada apa jua pun boleh menjejaskan liabiliti mana-mana orang untuk didakwa atau dihukum bagi kesalahan yang dilakukan di bawah Akta yang dimansuhkan sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini dan pendakwaan kesalahan itu hendaklah dibuat mengikut Akta yang dimansuhkan;

Suggest a correction

(d)

apa-apa prosiding undang-undang, pendakwaan jenayah, penyiasatan atau prosiding tatatertib yang belum selesai di bawah Akta yang dimansuhkan hendaklah diteruskan di bawah Akta dimansuhkan; dan

Suggest a correction

(e)

apa-apa sebutan mengenai Akta yang dimansuhkan dalam mana-mana undang-undang bertulis hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Akta ini dan apa-apa sebutan mengenai mana-mana peruntukan tertentu

Akta yang dimansuhkan dalam mana-mana undang-undang bertulis hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai peruntukan Akta ini yang hampir-hampir bersamaan dengan peruntukan tertentu itu.

Suggest a correction

Jadual

Suggest a correction

JADUAL

[Subseksyen 6(3)]

Akta Jualan Dadah 1952 [Akta 368]

Perihal Dagangan 61

Akta 730

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

Akta A1545

Akta Perihal Dagangan

(Pindaan) 2017 01-01-2018;

s. 3: 01-11-2011

Akta A1607

Akta Perihal Dagangan

(Pindaan) 2019 27-12-2019

Akta A1639

Akta Perihal Dagangan

(Pindaan) 2021 11-01-2022

62

Akta 730

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

2

Akta A1545 01-01-2018

Akta A1607 27-12-2019

3

Akta A1545 01-11-2011

4

Akta A1607 27-12-2019

5

Akta A1607 27-12-2019

6

Akta A1607 27-12-2019

8

Akta A1607 27-12-2019

9

Akta A1607 27-12-2019

11

Akta A1607 27-12-2019

12

Akta A1607 27-12-2019

15

Akta A1545 01-01-2018

39

Akta A1607 27-12-2019

39A

Akta A1639 11-01-2022

52A

Akta A1639 11-01-2022

54

Akta A1639 11-01-2022

56

Akta A1639 11-01-2022

Perihal Dagangan 63

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

56A

Akta A1639 11-01-2022

69

Akta A1639 11-01-2022

Common questions

What is AKTA PERIHAL DAGANGAN 2011?
*AKTA PERIHAL DAGANGAN 2011 is Malaysia Act, cited as Act 730 2011, currently marked in force and first recorded in 2011.
Is AKTA PERIHAL DAGANGAN 2011 still in force?
Yes — AKTA PERIHAL DAGANGAN 2011 is currently in force.
When did AKTA PERIHAL DAGANGAN 2011 take effect?
AKTA PERIHAL DAGANGAN 2011 was first recorded in 2011.
How many sections does AKTA PERIHAL DAGANGAN 2011 have?
AKTA PERIHAL DAGANGAN 2011 contains 74 sections.
What amends AKTA PERIHAL DAGANGAN 2011?
AKTA PERIHAL DAGANGAN 2011 has been amended by AKTA PERIHAL DAGANGAN (PINDAAN) 2017, AKTA PERIHAL DAGANGAN (PINDAAN) 2019, and AKTA PERIHAL DAGANGAN (PINDAAN) 2021.
Where can I read the official version of AKTA PERIHAL DAGANGAN 2011?
The official text of AKTA PERIHAL DAGANGAN 2011 is published at lom.agc.gov.my.