Malaysia legislation

Section 14

of *AKTA PERIHAL DAGANGAN 2011

Seksyen 14

Petunjuk palsu atau yang mengelirukan tentang harga barang-barang

(a)

bahawa harga barang-barang yang ditawarkan itu adalah sama dengan atau lebih rendah daripada harga yang disyorkan;

(b)

bahawa barang-barang itu ditawarkan pada harga yang lebih rendah daripada harga yang sebenarnya ditawarkan;

atau

(c)

bahawa barang-barang itu ditawarkan pada harga yang lebih rendah daripada harga yang ditawarkan oleh mana-mana orang lain.

(2)

Jika mana-mana orang dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah seksyen ini, beban untuk membuktikan bahawa—

(a)

harga barang-barang yang ditawarkan olehnya adalah lebih rendah daripada harga yang ditawarkan oleh mana-mana orang lain; atau

Perihal Dagangan 19

(b)

kewujudan dan terma apa-apa harga yang disyorkan yang padanya dia bergantung atau bahawa kehendak subseksyen (3) telah dipatuhi, hendaklah terletak pada orang yang dipertuduh itu.

(3)

Bagi maksud seksyen ini—

(a)

suatu petunjuk tentang suatu harga yang disyorkan—

(i)

hendaklah dikira, melainkan jika dinyatakan sebaliknya, sebagai suatu petunjuk bahawa ia suatu harga yang disyorkan oleh pembuat atau pengeluarnya; dan

(ii)

hendaklah dikira, melainkan jika dinyatakan sebaliknya, sebagai suatu petunjuk bahawa ia suatu harga yang disyorkan pada amnya untuk pembekalan secara jualan runcit di kawasan tempat barang-barang itu ditawarkan;

(b)

apa-apa jua yang mungkin dikira sebagai suatu petunjuk tentang suatu harga yang disyorkan hendaklah dianggap sebagai suatu petunjuk sedemikian; dan

(c)

mana-mana orang yang mengiklankan barang-barang sebagai ada untuk pembekalan hendaklah dikira sebagai menawarkan untuk membekalkannya.

Harga disifatkan termasuk cukai