Malaysia legislation
Section 17
Seksyen 17
(a)
membuat suatu pernyataan yang diketahuinya adalah palsu;
(b)
secara melulu membuat suatu pernyataan palsu; atau
(c)
membuat apa-apa pernyataan yang mungkin memperdayakan atau mengelirukan mana-mana orang, tentang mana-mana perkara yang berikut:
(A)
pengadaan apa-apa perkhidmatan, penginapan atau kemudahan;
(B)
sifat apa-apa perkhidmatan, penginapan atau kemudahan;
(C)
bila masanya, bagaimana caranya atau orang yang olehnya apa-apa perkhidmatan, penginapan atau kemudahan yang diadakan sedemikian;
(D)
pemeriksaan, kelulusan atau penilaian oleh mana-mana orang bagi apa-apa perkhidmatan, penginapan atau kemudahan yang diadakan sedemikian;
(E)
lokasi atau kemudahan bagi apa-apa penginapan yang diadakan sedemikian; atau
(F)
kadar atau caj bagi apa-apa perkhidmatan, penginapan atau kemudahan yang diadakan sedemikian.
(2)
Bagi maksud seksyen ini—
(a)
suatu pernyataan, sama ada atau tidak merujuk kepada mana-mana perkara yang dinyatakan dalam subseksyen
(1)
, yang mungkin dikira sebagai suatu pernyataan mengenai mana-mana perkara itu yang mungkin palsu, adalah disifatkan sebagai suatu pernyataan palsu tentang perkara itu; dan 22 Undang-Undang Malaysia AKTA 730
(b)
suatu pernyataan yang dibuat tidak kira sama ada ia benar atau palsu adalah disifatkan telah dibuat secara melulu, sama ada atau tidak orang yang membuatnya ada sebab untuk mempercayai bahawa ia mungkin palsu.
(3)
Berhubung dengan apa-apa perkhidmatan yang mengandungi atau yang termasuk pengenaan apa-apa rawatan atau proses atau penjalanan apa-apa pembaikan, perkara yang dinyatakan dalam subseksyen (1) hendaklah dikira sebagai termasuk kesan rawatan, proses atau pembaikan itu.
Pernyataan palsu atau yang mengelirukan dalam iklan