Malaysia legislation
Section 20
Seksyen 20
Tiada seorang pun boleh membuat apa-apa pernyataan palsu atau yang mengelirukan—
(a)
bahawa barang-barang atau perkhidmatan yang ditawarkan olehnya dapat memudahkan kemenangan dalam mana-mana peraduan atau permainan mencuba nasib; atau
(b)
bahawa mana-mana orang telah pun memenangi, akan memenangi, atau akan, sekiranya melakukan perbuatan tertentu, memenangi hadiah atau faedah lain yang setara, sedangkan pada hakikatnya—
(i)
tiada hadiah atau faedah lain yang setara;
(ii)
hadiah atau faedah lain yang setara itu tidak diadakan sebagaimana yang ditawarkan; atau
(iii)
mengambil apa-apa tindakan berhubung dengan menuntut hadiah atau faedah yang setara itu adalah tertakluk pada orang itu membayar wang, menanggung kos atau apa-apa syarat yang tidak munasabah.
Pelanggaran Bahagian III menjadi suatu kesalahan