Malaysia legislation

Section 21

of *AKTA PERIHAL DAGANGAN 2011

Seksyen 21

Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan dalam Bahagian ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—

(a)

jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi satu juta ringgit; atau 24 Undang-Undang Malaysia AKTA 730

(b)

jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.