Malaysia legislation
Section 24
Seksyen 24
(a)
oleh sesuatu kesilapan pada pihaknya;
(b)
oleh kebergantungan kepada maklumat yang diberikan kepadanya;
(c)
oleh perbuatan atau keingkaran seseorang lain; atau
(d)
oleh sesuatu yang tidak sengaja atau sesuatu sebab lain di luar kawalannya, dan bahawa dia telah mengambil segala langkah berjaga-jaga yang munasabah dan menjalankan segala usaha yang wajar untuk mengelakkan pelakuan kesalahan itu olehnya atau mana-mana orang di bawah kawalannya.
(2)
Jika dalam apa-apa hal pembelaan melibatkan pengataan bahawa pelakuan kesalahan itu adalah disebabkan oleh sesuatu kesilapan pada pihaknya atau kebergantungan kepada maklumat yang diberikan kepadanya atau perbuatan atau keingkaran seseorang lain, orang yang dipertuduh itu tidak berhak, tanpa kebenaran Mahkamah, untuk bergantung pada pembelaan itu melainkan jika, dalam tempoh empat belas hari dari dia dipertuduh di Mahkamah, dia telah menyampaikan kepada pendakwa suatu notis bertulis memberikan apa-apa maklumat yang pada masa itu ada dalam milikannya yang mengecam atau membantu untuk mengecam orang lain itu.
(3)
Dalam mana-mana prosiding bagi kesalahan membekalkan atau menawarkan untuk membekalkan barang-barang yang padanya suatu perihal dagangan palsu digunakan, menjadi suatu pembelaan bagi orang yang dipertuduh untuk membuktikan bahawa dia tidak tahu, dan tidak mungkin dengan usaha yang munasabah dapat
26 Undang-Undang Malaysia AKTA 730
menentukan, bahawa barang-barang itu tidak mematuhi perihal itu atau bahawa perihal itu telah digunakan bagi barang-barang itu.
(4)
Jika sesuatu pertubuhan perbadanan dipertuduh atas sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, pertubuhan perbadanan itu tidak berhak untuk bergantung pada pembelaan yang disebut dalam seksyen ini.
Penyiaran iklan tanpa niat salah