Malaysia legislation

Section 25

of *AKTA PERIHAL DAGANGAN 2011

Seksyen 25

Dalam mana-mana prosiding bagi sesuatu kesalahan yang dilakukan oleh sebab penyiaran sesuatu iklan, menjadi suatu pembelaan bagi orang yang dipertuduh untuk membuktikan—

(a)

bahawa dia seorang yang urusannya adalah untuk menyiarkan atau mengaturkan penyiaran iklan;

(b)

bahawa dia telah menerima iklan itu untuk disiarkan dalam perjalanan biasa perniagaan; dan

(c)

bahawa dia tidak tahu dan tiada sebab untuk mengesyaki bahawa penyiarannya akan terjumlah kepada suatu kesalahan di bawah Akta ini.