Malaysia legislation

Section 27

of *AKTA PERIHAL DAGANGAN 2011

Seksyen 27

Menyubahati kesalahan yang dilakukan di luar negeri

(a)

perihal dagangan palsu yang berkenaan ialah suatu petunjuk (atau apa-apa jua yang mungkin dikira sebagai suatu petunjuk) bahawa barang-barang itu atau mana-mana bahagian daripadanya telah dibuat, dikeluarkan, diproses atau dipulihkan di Malaysia; atau

(b)

perihal dagangan palsu yang berkenaan—

(i)

terdiri daripada atau mengandungi suatu ungkapan (atau apa-apa jua yang mungkin dikira sebagai suatu ungkapan)

yang kepadanya pengertian diberikan melalui suatu perintah yang dibuat di bawah perenggan 28(1)(b); dan

(ii)

jika pengertian itu diberikan sedemikian hanya dalam hal keadaan yang dinyatakan dalam perintah itu, perihal dagangan itu digunakan dalam hal keadaan itu.

(2)

Seseorang tidak melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) jika, melalui perintah yang dibuat di bawah seksyen 56, Menteri telah menetapkan ketidakpakaian seksyen 5 bagi barang-barang yang dimaksudkan untuk dihantar ke suatu tempat di luar

Malaysia.

(3)

Mana-mana orang yang, di Malaysia, membantu atau mendorong pelakuan sesuatu perbuatan di mana-mana negara lain,

28 Undang-Undang Malaysia AKTA 730

berkenaan dengan barang-barang yang jika perbuatan itu dilakukan di

Malaysia akan menjadi suatu kesalahan di bawah seksyen 26, melakukan suatu kesalahan.

Section 27 — AKTA PERIHAL DAGANGAN 2011 | mylaw.my