Malaysia legislation
Section 28
Seksyen 28
(a)
bahawa adalah demi kepentingan orang yang kepadanya apa-apa barang dibekalkan atau apa-apa perkhidmatan diadakan; atau
(b)
bahawa adalah demi kepentingan orang yang olehnya apa-apa barang dieksport dan tidak berlawanan dengan kepentingan orang yang kepadanya barang-barang itu dibekalkan di Malaysia, bahawa apa-apa ungkapan yang digunakan berhubung dengan barang-barang atau perkhidmatan itu patut difahami sebagai mempunyai pengertian yang tertentu, Menteri boleh melalui perintah, memberikan apa-apa pengertian sama ada—
(A)
kepada ungkapan itu apabila digunakan dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan sebagai, atau sebagai sebahagian daripada, suatu perihal dagangan yang digunakan bagi barang-barang atau perkhidmatan itu;
atau
(B)
kepada ungkapan itu apabila digunakan sedemikian dalam apa-apa hal keadaan yang dinyatakan dalam perintah itu,
Perihal Dagangan 29
dan jika suatu pengertian diberikan sedemikian kepada suatu ungkapan ia hendaklah disifatkan bagi maksud Akta ini sebagai mempunyai pengertian itu apabila digunakan sebagaimana yang disebut dalam perenggan (A) atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, perenggan (B).
(2)
Menjadi suatu kesalahan bagi mana-mana orang yang menggunakan ungkapan yang telah ditakrifkan dalam perintah yang dinyatakan dalam subseksyen (1) sebagai perihal dagangan bagi barang-barang atau perkhidmatan, dengan tujuan untuk memperdaya atau mengelirukan orang yang mahu membeli atau mendapatkan barang-barang atau perkhidmatan itu, seolah-olah barang-barang atau perkhidmatan itu dibekalkan menurut takrif yang diberikan kepada ungkapan itu.
(3)
Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini boleh, apabila disabitkan—
(a)
jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi lima juta ringgit, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit; atau
(b)
jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Perintah cap bermaklumat dan perakuan