Malaysia legislation

Section 29

of *AKTA PERIHAL DAGANGAN 2011

Seksyen 29

(a)

diperakukan oleh pihak berkuasa yang berwibawa;

(b)

ditandakan dengan cap yang ditentukan oleh Menteri;

atau

(c)

disertai dengan apa-apa maklumat (sama ada atau tidak terjumlah kepada atau termasuk suatu perihal dagangan)

atau arahan yang berhubungan dengan barang-barang,

Menteri boleh, melalui perintah, mengenakan kehendak untuk menjamin bahawa barang-barang itu diperakukan, ditandakan atau disertai sedemikian dan mengawal selia atau melarang pembekalan barang-barang dan kehendak itu boleh meliputi bentuk dan cara maklumat atau arahan itu diberikan.

(2)

Jika suatu perintah di bawah seksyen ini sedang berkuat kuasa berkenaan dengan barang-barang daripada apa-apa perihal, mana-mana orang yang, dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan—

(a)

memperakukan;

(b)

menandakan;

(c)

membekalkan; atau

(d)

menawarkan untuk membekalkan, barang-barang daripada perihal itu dengan melanggar perintah itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—

(A)

jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit; atau

(B)

jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan yang kedua atau

Perihal Dagangan 31

yang berikutnya, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

(3)

Bagi maksud seksyen ini, “pihak berkuasa yang berwibawa”

ertinya pihak berkuasa yang berwibawa yang dinamakan oleh

Menteri selepas mendapat persetujuan pihak berkuasa yang berwibawa itu.