Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Akta ini” termasuklah mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini;
“barang-barang” termasuk kapal, pesawat udara, kenderaan, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan hasil tanaman dan semua jenis harta alih;
“elektronik” ertinya teknologi yang menggunakan elektrik, optik, magnetik, elektromagnetik, biometrik, fotonik atau teknologi lain yang seumpamanya;
“iklan” ertinya tiap-tiap bentuk pengiklanan (sama ada atau tidak disertai dengan atau dikaitkan dengan perkataan yang ditutur atau ditulis atau dengan tulisan atau bunyi lain dan sama ada atau tidak terkandung atau diterbitkan dalam terbitan)
dengan cara mempamerkan notis atau melalui katalog, senarai harga, pekeliling, label, kad atau dokumen atau bahan lain atau dengan menunjukkan filem atau gambar atau fotograf, atau melalui radio atau televisyen, atau dengan apa-apa cara lain termasuk melalui cara elektronik;
“kapal” termasuk apa-apa bot dan apa-apa perihalan lain vesel yang digunakan dalam pelayaran;
“logam berharga” ertinya emas, perak atau platinum dalam bentuk tulen atau aloi emas, perak atau platinum;
“membekalkan” ertinya—
(a)
berhubung dengan barang-barang, pembekalan, termasuk pembekalan semula, secara penjualan, pertukaran, pajakan, sewaan atau sewa beli barang-barang itu; dan
Perihal Dagangan 11
(b)
berhubung dengan perkhidmatan, ertinya pengadaan secara penjualan, pemberian atau pembekalan perkhidmatan itu, melalui apa-apa cara termasuk melalui cara elektronik;
“Menteri”
ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perdagangan dalam negeri dan kepenggunaan;
“Pengawal” ertinya Pengawal Perihal Dagangan yang dilantik di bawah seksyen 3;
“Penolong
Pengawal”
ertinya
Penolong
Pengawal
Perihal
Dagangan yang dilantik di bawah seksyen 3;
“perkhidmatan” ertinya apa-apa perihalan perkhidmatan, sama ada perindustrian, perdagangan, profesional atau selainnya tetapi tidak termasuk apa-apa yang dibuat di bawah kontrak perkhidmatan;
“premis” ertinya apa-apa tempat, yang tidak bergerak atau sebaliknya yang ditubuhkan atau didirikan oleh mana-mana orang, sama ada tempat itu ada atau tiada kepungan, dan termasuklah kenderaan, pesawat udara, kapal dan apa-apa vesel lain;
“standard ketulenan”, berhubung dengan barang yang dibuat daripada logam berharga, ertinya bilangan bahagian mengikut berat emas, perak atau platinum tulen dalam seribu bahagian mengikut berat logam berharga;
“terbit”, berhubung dengan sesuatu iklan, ertinya menunjukkan iklan kepada orang awam atau mana-mana orang awam melalui apa-apa cara, termasuk melalui cara elektronik;
“Timbalan
Pengawal”
ertinya
Timbalan
Pengawal
Perihal
Dagangan yang dilantik di bawah seksyen 3.
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 730
Pelantikan Pengawal, Timbalan Pengawal, Penolong Pengawal, dsb.